Wednesday, 5 March 2014

Teknik Memperkenalkan Perniagaan atau Perkhidmatan dengan Orang Ramai agar dikenali ramai

Assalammualaikum 




Pasti ramai yang tertanya Event Apakah ini?

Sebenarnya ianya adalah Bengkel Live Coaching Satu hari 

Tentang Strategi Penjenamaan Diri / Perkhidmatan / Perniagaan

[Masalah Dalam Diri Kita]

Masalah untuk memperkenalkan diri dan perkhidmatan ini sebenarnya berlaku kepada saya dan ramai orang lain di luar sana terutamanya mereka yang "berpendidikan tinggi" dan "pandai". Oleh kerana merasakan diri terlalu pandai, kita menghalang diri kita untuk mempelajari teknik-teknik ini. Ia adalah perkara asas yang utama yang menyebabkan orang yang berjaya terus berjaya apabila menggunakannya dan ia juga merupakan perkara asas yang utama menyebabkan orang gagal terus gagal dan gagal apabila tidak menggunakannya.

[Pengalaman Sendiri]

Saya belajar dari pengalaman sendiri dan juga pengalaman orang lain. Pada tahun 2012 saya telah meletakkan jawatan di sebuah agensi kerajaan tempat saya berkhidmat kerana mempunyai masalah pengurusan rumahtangga terutamanya hal kebajikan anak-anak yang sering keluar masuk hospital . 

Selama 1 tahun saya cuba menghasilkan pendapatan sendiri. Selama itu saya:
-Membuat, Menjual dan Mengedar Cheesetart 
-Menyertai perniagaan MLM
-Menjadi pemborang dan menjual busana Muslimah
-Menjadi ajen Tupperware dan sebagainya

Saya buat bermacam usaha untuk mendapatkan pendapatan kerana sudah berjawatan Suri Rumah Sepenuh Masa. Suami tidak suruh tapi saya yang sudah biasa ada gaji sendiri merasa janggal tanpa pendapatan sendiri.

[Mencari Mentor]

Lama juga saya mengalami "zaman meroyan dan kegelapan". Walau banyak usaha yang dilakukan, ia seolah-olah pembaziran tenaga dan masa kerana tidak mengetahui teknik-teknik sebenarnya. Dan saya katakan pada diri sendiri " Sudah, Nisa! Tak perlu bereksperimen lagi! Jangan buang masa, cari mentor segera."

Seawal perletakkan jawatan setahun yang lalu tersebut, saya menghadiri seminar Advance Marketing Power oleh pelatih jutawan terkenal iaitu Dr.Azizan Osman. Beliau banyak berkongsikan cara. Saya aplikasikan kepada kesemua perniagaan di atas, dan ia mendapat sambutan ramai. 

Namun, saya tersentak apabila ayah saya sendiri berkata " Baru untung rm50 dan riuh sekampung" setelah saya berjaya membawa hasil pulang sehari selepas pulang dari pejabat pos dengan berjalan kaki di panas terik kerana poskan barang dan borang yang dipesan oleh pelanggan onine.

Akhirnya saya bertemu dengan Mentor yang secocok dengan gaya kehidupan yang saya perlukan. Saya mendapat mentor yang juga seorang suri rumah namun berpendapatan dari rumah. Saya "membayar" untuk berilmu dengan beliau. Dan alhamdulillah, "bayaran" tersebut bukan sekadar pulang modal namun berlipat kali ganda keuntungannya. Ilmu apakah itu? Ya, itulah yang saya akan kongsikan dan saya akan berikan langkah demi langkah untuk kita :

-Mula pandang Kepakaran
-Mula pandang Ijazah yang ada
-Mula pandang Hobi dan Minat

Kemudian:

-Bagaimanakah cara untuk "menjenamakannya"?
-Bagaimana untuk "mendesignkannya"?
-Bagaimana untuk "memperkenalkannya"?

Apabila kita mengetahui tekniknya, dari rumah juga boleh "dikenali" , mendapat pelanggan dan perniagaan berjalan maju dan terus maju. Jika ada yang bercita-cita ingin menjadi ibu suri berijazah dan bekerja sepenuh masa di rumah (working mother at home) , ini adalah ilmu yang sangat diperlukan. Jika ada yang menjalankan perkhidmatan "professional" namun terpaksa tutup premis dan mula menjual baju atau coklet, inilah masanya untuk belajar teknik-teknik yang akan didedahkan untuk anda bangun semula perkhidmatan professional anda dengan penuh gaya dan kemesraan dengan pelanggan. Bagaimanakah caranya? Hadir ke Bengkel Live Coaching ini.

Insyaallah. Berbekalkan semangat luar biasa yang di anugerahkan oleh Allah swt, saya bersemangat berkongsi dan wajib berkongsi pengalaman dan ilmu seciput yang ada untuk membantu masyarakat kita untuk :

-bangun dari leka
-untuk tidak lagi bersedih dan bermurung
-untuk tidak lagi berada dalam kegelapan

Sudah tiba masanya untuk :

-keluar dari zon selesa
-berani melakukan
-lakukan semaksimum
-perkenalkan diri, produk, perkhidmatan atau perniagaan di mata orang ramai.

Jika kita tidak beritahu, ada orang lain tahu apa perniagaan/perkhidmatan kita?

Apa beza apabila orang lain yang menceritakan tentang kebaikkan perniagaan / perkhidmatan kita dengan kita yang bagi tahu sendiri di sana dan di sini yang perniagaan /perkhidmatan kita sangat baik?

Bagaimana pula jika media yang tolong bagi tahu kan? Agak-agak orang lebih percaya atau tidak jika media yang memperkenalkan diri/perniagaan/perkhidmatan kita?

Bagaimana ini semua boleh terjadi?

Maka saya luangkan sedikit masa buat pertama kalinya di khalayak ramai untuk berkongsikan langkah demi langkah. Selama ini saya berkongsikan selama 8 bulan dengan mereka yang masuk daftar kelas coaching personal saya secara online. Kini, masanya untuk saya kongsikan kepada semua orang tanpa batasan. Jika saya yang lemau dan lembik boleh lakukan, apatah lagi kalian yang sangat hebat di luar sana.

3 Lokasi untuk di tempah tempat duduknya:

-Melaka ( 5 April 2014)
-Kuala Lumpur ( 6 April 2014)
-Kelantan (26 April 2014)

Untuk daftar boleh PM saya. Saya akan maklumkan details nya.

Mohon untuk sebarkan kepada mereka yang lain. Mungkin anda "tidak perlukan" tapi kenalan anda dan orang sekeliling anda sangat memerlukannya. Apa yang baik kita sampaikan. Moga ianya dipanjang-panjangkan dan dimanfaatkan. Insyaallah

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
0197720507 (whatapps)
www.rekabentuk3donline.com



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO