NUFFNANG

Wednesday 12 March 2014

Rekabentuk dan Kehidupan

Teks: khairunnisa hamzahara



Apa kaitannya rekabentuk dan kehidupan? Masa saya belajar di Universiti dahulu, pensyarah memperkenalkan kami dengan Frank Lloyd Wright. Beliau merupakan seorang yang bukan Islam namun sangat rendah diri terhadap dirinya dan membesarkan ciptaan tuhan sedangkan beliau merupakan seorang Arkitek. Ya, beliau merupakan seorang arkitek yang dikenali di seluruh dunia sehingga hari ini namun sayangnya beliau telah pergi meninggalkan dunia ini. Disepanjang hayatnya ia dikatakan gila dan tidak waras hanya kerana mempertahankan dan mengetengahkan ideologi rekabentuk dengan menggunakan unsur-unsur alam dan ketuhanan. Bagi beliau, sebagai manusia, tidak layak untuk beliau mencipta sesuatu binaan yang tidak sopan dan mencabar alam. Akhirnya, rekaan dan ciptaannya sangat disenangi ramai selepas kematiannya di mana bangunan yang dihasilkan menjadi tempat lawatan bagi pelancong-pelancong untuk mengenali dan memahami konsep yang cuba di ketengahkan oleh Frank Lloyd Wright ini.

Jadi apakah yang ingin saya ceritakan di sini?

Sejauh mana pemikiran dan idea seseorang, ia tidak dapat mengatasi kehebatan YANG MAHA MENCIPTA. Jadi adalah wajar untuk membuat rekabentuk yang menghormati alam dan penggunaannya. Rekabentuk yang mengejar NAMA dan ANUGERAH kebiasaannya mengalami masalah dan sering menjadi GAJAH PUTIH. Oleh itu semasa membuat sesutau rekabentuk baik di rumah sendiri, elakkan perasaan ingin menunjuk dan bermegah dengan sesiapa sahaja. Cukuplah nawaitu adalah untuk menjadikan ruang selesa, praktikal dan disenangi ramai. Rekaan sebegini biasanya lebih "ber roh", s"disenangi ramai, dan sentiasa digunakan kerana selesa dan sesuai dengan aktiviti yang dirancang ke atasnya.

Kerana itu, sebagai graduan arkitek dan arkitek professional yang lahir pasti akan mengetengahkan konsep FORM FOLLOW FUNCTION. Jika konsep ini diketepikan maka biasanya akan berlaku ketidak puashatian terhadap ruang yang tercipta.

Namun apa sekalipun rekabentuk yang terbaik adalah rekabentuk yang bergabung dengan alam tanpa mengenepikannya. Manusia dan alam sangat memerlukan. Apabila di pisahkan, maka pisahlah irama dan lagu nya. Wallahualam

Salam kasih sayang
Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Jemput untuk sama-sama hadir ke bengkel live coaching how to brand yourself and business strategies khas buat sesiapa sahaja yang memerlukannya. Layari di sini untuk dapatkan maklumat lanjut. http://bengkelbranding.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO