NUFFNANG

Thursday 6 March 2014

Ilmu Strategi Berniaga

Teks: khairunnisa hamzahara



[Permintaan Tambah Lokasi]

Allahuakhbar

Sesi Coaching belum mula lagi.

Masa mula-mula beranikan diri buat banner hari tu,
Saya kata coaching live bermula
5 April, Melaka
Kemudian 6 April Kuala Lumpur

Lepas tu dapat message dari seorang hamba Allah di Kelantan 
minta untuk datang ke Kelantan, Dewan sudah disediakan.

Syukur sangat, jadi tak nak menghampakan,
kita on pula di Kelantan pada 26 April nanti.

Pagi ni dapat pula permintaan untuk datang Ke Johor Bahru
dan orang Sarawak nak turun semenanjung.
Allahurabbi, jika ada crowd yang mahu, mahu sangat untuk tahu
teknik branding diri dan bisnes ni,
Memang saya boleh hadir ke sana.

Tapi memang saya bagi tahu awal-awal, jika ada yang rasa yurannya
mahal atau berat untuk di bayar, percayalah yang anda belum ditakdirkan untuk menerima ilmu ini lagi. Ilmu ni bukan percuma. Jika saya taburkan secara percuma agak-agaknya apa jadi? Orang tak akan pandang sebelah mata dan orang tak akan praktikkannya. Jika anda bayar dengan nilai yang diletakkan, agaknya balik nanti anda buat tak? Mesti nak buat, gila apa tak buat kan? bayar dah mahal. Ruuuugi kalau tak buat. Lagi satu ada ilmu di sini yang saya perlu bayar royaltinya untuk setiap satu kepala kepada pengasasnya. Itu janji saya. Sebab saya pernah belajar dari Sifu saya, dalam dunia ni ada 2 perkara yang perlu kita bayar untuk kita rasa hasilnya:
1) Pendidikan 
2) Perubatan

Terima kasih kepada semua yang sentiasa berikan sokongan.
Ahli-ahli ABDR juga sudah ramai yang bersedia menjadi krew di kesemua lokasi.

Syukur Ya Allah di atas jalan yang dipermudahkan.
Tiba-tiba saja saya rasakan saya sudah ada jemaah yang besar.

Memang akademi bekerja di rumah asalnya secubit aje, pengasanya puan Masayu Ahmad dan saya pelajarnya yang ke berapa entah tapi boleh dikira dengan jari. 

Sekarang, masyaallah, sudah ada lebih 400 orang dan ada 13 Guru Online beroperasi di seluruh Malaysia. Tapi kami sikit pun tak berjumpa antara satu sama lain. Semuanya Online. 

Walau tak pernah berjumpa, apabila julung-julung kalinya saya berani muncul secara LIVE dan mohon bantuan para ABDR yang lain, ramai yang sudi membantu sebagai krew program. Nampak tak, jemaah itu penting? Ukhuwah itu penting? walau pun selama ini secara online saja. 

Tak apa, bukan ini yang nak saya ceritakan sangat sebenarnya. Yang saya nak ceritakan adalah, setiap peserta LIVE Coaching "Branding Yourself & Business Strategies" ini nanti akan di masukkan dalam satu group khas Akademi Bekerja Di Rumah (maksudnya boleh bekerja bebas di mana saja) untuk saling bertukar network, bekerjasama dan berukhuwah. Best tak? bukan setakat dapat tambah ilmu, tapi dapat tambah kenalan. Tak payah pening nak bertukar kad dan menunggu masa untuk buat calling. Kita akan terus menerus berukhuwah di dalam group nanti. Siapa suka! Angkat keyboard!

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah 

Countdown 
Melaka lagi 29 hari
Kuala Lumpur lagi 30 hari
Kelantan lagi 50 hari

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO