NUFFNANG

Sunday 12 January 2014

Merekabentuk Kediaman Mengikut Keperluan, Hobi dan Minat

Teks: khairunnisa hamzahara

Ada yang minta " Puan, boleh tak design kan rumah saya dengan design yang paling baik pernah Puan buat dalam hidup Puan"

Saya terkedu sebentar. Bukan kerana tidak mampu, tetapi kerana:

Keperluan dan Kehendak seorang pemilik sesebuah rumah itu berlainan bagi setiap orang yang lain. Ia tidak sama. Setiap orang ada keunikannya sendiri. Kediaman mebahasakan personality dan kehidupan seseorang. Jadi sudah pasti ia nya mungkin terbaik bagi si A tetapi bagi si B, ia adalah satu pembaziran atau tidak ada keperluannya langsung terhadap rekabentuk yang dibuat.

Semasa merekabentuk, saya paling suka untuk ambil tahu apa hobi dan minat setiap ahli dalam rumah tersebut.

Ini kerana apa? Kerana hobi dan minat lah yang membezakan antara rumah seseorang dengan seseorang tang lain. Misalnya:

Pak Ali : Gemar Mengumpul Barang Lama

Semasa merekabentuk kediaman, sudah pasti Pak Ali akan mengambil kira ruang untuk mempamerkan barangan lamanya. Mungkin Pak Ali akan memerlukan ruang di tengah rumah sebagai muzium barang lamanya atau Pak Ali ingin wujudkan suasana lorong menyambut tetamu dengan mempamerkan koleksi barangan lamanya di sepanjang lorong tersebut. Ini sudah pasti menjadikan rumah Pak Ali ada keunikannya tersendiri berbanding dengan jiran yang lain di sekitarnya. Masuk saja di laman rumah, pengunjung disajikan dengan taman klasik dengan beranda yang mengungkai segala nostalgia lama Pak Ali.




Mak Tijah : Gemar Menjahit Dan Mengambil Tempahan Menjahit apabila ada kelapangan masa




Jika dilihat kepada minat dan aktiviti Mak Tijah pula, Mak Tijah suka menjahit pakaian dan juga hiasan rumah. Saban hari masa yang dihabiskan adalah menjahit. Ini sudah pasti Mak Tijah perlukan ruang untuk dijadikan sebagai ruang menjahitnya. Di samping itu ada juga ruang untuk menerima kunjungan tetamu yang ingin menempah hasil kerja tangan Mak Tijah. 

Oleh kerana tidak mahu mengganggu privasy keluarganya, Mak Tijah perlukan satu idea untuk kediamannya di mana ia masih boleh menjalankan minatnya tanpa mengganggu keluarga yang lain. Lalu, dari pintu masuk lagi ia dibahagikan dua. Tetamu mak tijah masuk dari pintu tetamu dan terus melalui taman yang sampai ke anjung laman tetamu Mak Tijah. Di Anjung ini ia terpisah dari Anjung Utama rumah Mak Tijah. Tetamu hanya nampak pokok-poko dan taman. Sedangkan ia mungkin di belakang rumah atau di tepi rumah. Bengke menjahit Mak Tijah pula di bina dengan Tingkap Yang Banyak dan berkekisi. Ia bagi mengalirkan pengudaraan yang nyaman di ruang menjahit Mak Tijah sambil ia menjamukan pemandangan taman untuk Mak Tijah kekal segar dan seronok semasa menjahit. Ia benar-benar membawa rupa dan konsep yang berlainan antara rumah Mak Tijah dengan rumah jiran-jirannya.





Dr. Aminah : Gemar Membaca Buku dan Membuat Kajian

Berlainan pula dengan Dr.Aminah. Dia gemar menghabiskan masanya untuk membaca. Tak kira di mana saja. Jadi bagi tidak membataskan ruang membacanya, Sekaliling rumahnya dilengkapi dengan rak buku yang penuh dengan pelbagai kategori buku bacaan. Sekali pandang, tetamu tidak akan nampak dinding rumah kerana semua dinding di penuhi dengan rak buku. Sehinggakan di sisi sofa dan meja juga ada saja buku. Dr. Aminah juga melengkapkan kolam disekeliling rumahnya bagi memperdengarkan buni terjunan dan ombakan air yang menenangkan semasa dia menghabiskan waktunya untuk membaca. Dan sudah pasti, dia ingin mewujudkan ruang privacy nya , lalu, semasa proses merekabentuk rumahnya, Dr.Aminah meminta agar rumahnya di bina satu Menara membaca, di mana ia perlu memanjatnya dengan tangga dan ianya dibina sebagai anjungan yang membolehkan Dr.Aminah memnghayati pemandangan sekelilingnya sambil mendengar kicauan burung dan tiupan angin bayu.




Bukankah ketiga-tiga contoh di atas jelas menunjukkan kita bahawa hobi dan minat seseorang adalah pengaruh paling besar dalam membentuk ruang di kediaman dan sekaligus mendatangkan konsepnya sendiri yang unik berbanding kediaman yang lain. Sememangnya setiap manusia dijadikan berlainan citarasa dan ianya di terjemahkan dalam bentuk ruang dan fungsi ruang. Buat kata seorang penulis dan juga ahli politik jerman pada satu ketika dahulu :


"Architecture is frozen Music"
Seni Bina adalah Muzik Yang Beku
Johann Wolfgang Von Goethe

Ini bermakna, di dalam seni membina kediaman, ia membahasakan satu alunan dan nada yang menceritakan kisah diri pemilik dan aktiviti mereka sekeluarga. Apa yang membezakan rumah dan kediaman? Saya tinggalkan persoalan ini untuk difikir-fikirkan.

Sebelum itu, cuba mula fikirkan dan tuliskan apa minat anda dan setiap ahli keluarga di rumah, ia pasti seronok bila mengetahui ruang apa yang sebenarnya perlu ada dan perlu dicipta untuk menjadikan home sweet home seisi keluarga. Ia memang berbeza antara "house" dan "home" ;)

Untuk dapatkan panduan, info, tips dan idea tentang kediaman, boleh dapat kan ebook Panduan Kediaman Pertamaku yang kini sudah diterbitkan untuk semua pembaca-pembaca setiap blog Panduan Untuk Kediaman Idaman. 



Sampai di sini dahulu
Salam Sayang dari saya:

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Untuk tempah rekabentuk ruang / kediaman, boleh buat di sini: http://rekabentuk3donline.blogspot.com/

Untuk ingin belajar membina blog untuk tujuan perkongsian info dan ilmu, atau untuk perniagaan dan perkhidmatan, boleh mula belajar di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/kelas-asas-blog.html


1 comments:

Unknown said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO