NUFFNANG

Friday 6 December 2013

Pokok Bunga Kemboja (Plumeria)

Teks: khairunnisa hamzahara



Pokok bunga kemboja ini sangat disukai dalam landskap Bali. Saya juga sukakan pokok bunga ini. Dalam konsep rumah moden sekarang ramai yang sudah menggunapakai pokok bunga kemboja sebagai tanaman hiasan di depan rumah masing-masing. Saya juga tidak ketinggalan menanam pokok ini di kediaman pertama saya dahulu. Bagi saya walaupun rumah kelihatan moden, namun dengan adanya pokok ini, rumah moden tadi jadi lebih berseri dan nampak segar. Ia tidak seperti pokok lain yang biasa di tanam. Jika pokok bunga lain, ia hanyalah pokok bunga yang renek. Tapi Pokok bunga kemboja boleh jadi tinggi dan rimbun. 

Dahannya besar tidak seperti dahan pokok bunga lain yang mudah patah. Namun apabila sekali ia dipatahkan, ia masih boleh hidup kembali di tanah yang lain. Sungguh menhujakan. Padanlah harganya mahal jika dibeli di nursery pokok. Ini kerana setiap dahannya boleh memberikan pokok yang lain. Jadi, beli satu sahaja pokok, kita boleh hasilkan pokok bunga keboja yang lain.Namun jika beli pokok bunga kemboja liar, dahannya akan tumbuh dengan banyak dan meninggi.




Semasa saya tercari-cari pokok ini, sana-sini saya survey, harganya mahal. Dalam ratusan ringgit. Akhirnya saya dan suami jumpa juga pokok bunga kemboja yang murah, di kampung suami di Melaka. Namun ketika itu rumah kami di Selangor. Dan ketika itu kami hanya menaikki kereta Myvi. Pokok nya pula besar . Nekad untuk membawa pulang juga, kami membawanya juga dengan menaiki kereta Myvi di mana pokoknya diletakkan membaring dari cermin depan kereta hingga ke bonet belakang kereta (kami lipatkan kerusi kereta dan masukkan hujung pokok di bonet kereta) walaupun terpaksa melentukkan sedikit pokok ini, namun akhirnya ia sampai di rumah kami dengan selamat :) Pokok ini kami dapatkan dengan harga rm60 sahaja.


Kemudian kami dapat tahu dari orang nursery pokok bahawa dahan pokok ini boleh menghasilkan pokok yang lain. Ada juga hati nak buka perniagaan jual pokok bunga kemboja ini ;) namun mana ada masanya kerana masa itu saya dan suami sibuk bekerja dengan majikan siang malam sehingga hujung minggu.

Istimewanya bunga pokok kemboja ini ia boleh didapatkan dengan jenis pokok yang mengeluarkan bunga yang berlainan warna. Ada warna pink, ada warna merah ada warna putih dan ada warna campuran putih, pink dan merah. Kami pilih warna merah kerana nampak sangat fresh dan cantik. Bunga nya ini mengeluarkan bau yang harum. Rasanya bunga yang bewarna putih lagi harum sebab tu kita boleh lihat pokok bunga kemboja putih selalu diletakkan di perkuburan ;)




Setiap hari suami dan anak-anak suka sangat menyiram pokok bunga kemboja ini. Ia benar-benar menaikkan seri laman kami. Sehingga satu hari, kami lihat orang sebelah rumah kami juga tanam pokok bunga kemboja ini. Namun pokoknya sering diserang penyakit dan meninggi hingga ke balkoni tingkat dua rumah. Di belakang rumah kami pula sehingga ke bumbung rumah. Baru kami perasan, pokok bunga kemboja yang kami beli di nursery cina ini, telah di tot kan. Ia telah dibenih dengan pembenihan yang membantutkan ketinggiannya. Ia sangat menyelesakan, kami hanya perlu cantas dahan yang baru keluar saja tanpa perlu risau pokok ini membesar. Setiap bintik liang yang ada di dahan pokok ini berpotensi mengeluarkan dahan yang baru. Jika kita tidak minat dahan keluar dari sudut sini, kita boleh catas dan biarkan ia tumbuh di satu sudut yang lain pula.

Semoga perkongsian saya tentang pokok bunga kemboja ini dapat membantu ramai orang yang sedang mencari pokok yang sesuai untuk diletakkan di halaman rumah. Pokok bunga kemboja dan rumah pertamaku akan sentiasa menjadi kenangan selama-lamanya. Semoga tuan rumah yang baru yang telah membeli rumah ini dapat menjaganya dengan sebaiknya. Sejujurnya setiap hari selepas saya menjadi suri rumah sepenuh masa, saya akan siram pokok bunga kemboja kesayangan kami ini dan basuh dau serta bunga nya. Bila ada bunga yang layu dan kering ia akan keguguran di batu batuan di bawahnya. Sangat sedih. Setiap hari saya minta bunga-bunga ini doakan kebahagiaan dan rezeki kami. Saya harap ia sentasa ingat saya sekeluarga walaupun kami telah berpisah. Jika ada jodoh kita akan bertemu kembali. Alamak, sedih pula bila teringat pokok bunga kemboja kami. Teringat detik-detik menyumbatnya ke dalam kereta kerana jatuh hati dengannya di Melaka. Sekarang kami pula di Melaka dan dia pula di Selangor. Ya Allah, sungguh setiap makhluk mu itu ada hubungkaitnya di dunia ini, moga ia ada kaitan diantara kami di akhirat nanti. Amin ya rabbal alamin


Hati tersentuh mengingat kisah lama
Salam sayang dari saya
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah

Di dalam tulisan ada taman-taman yang indah. untuk mula bina blog, boleh baca dan belajar di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/kelas-asas-blog.html




3 comments:

Azlina Zabha said... [Reply to comment]

saya tertarik dengan rekaan landskap nisa.. :) harap suatu hari nanti, saya berpeluang membuat landskap sebegitu.. :)

Unknown said... [Reply to comment]

Cantiknya bunga kemboja awak. =) Boleh share tak macam mana penjagaan pokok kemboja ni? Saya ada tanam satu tapi macam tak menjadi la. Tak keluar bunga dan daun dia makin gugur pulak. Apa yang patut saya buat ye..

shedy said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO