Teks: khairunnisa hamzahara
Allauhurabbi, sedang saya menyiapkan ebook Panduan Kediaman Pertamaku, sebak pula mengenangkan nasib saudara kita yang dilanda banjir. Sebanyak mana pun kita berhati-hati dalam penjimatan dan pemilihan barangan kelengkapan kediaman, jika Allah nak ambil semula nikmatnya, sekelip mata barangan tersebut boleh musnah dan rosak. Kesempatan menggunakan barangan tersebut sekelip mata sahaja. Ia memang mungkin pernah kita miliki tapi bukan rezeki kita selamanya. Takziah saya ucapkan buat seluruh keluarga yang sedang dilanda musibah banjir di Pahang. Sungguh menyayat hati. Bagaimanalah mereka untuk teruskan kehidupan hari-hari esok. Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul. Jika ada wang yang banyak boleh lah bina semula kehidupan baru di rumah. Jika hanya ada wang cukup-cukup makan setiap hari, bagaimana pula ingin beli semula kelengkapan rumah yang hancur musnah? Bagi yang berkemampuan, ringankanlah beban mereka dengan menghulur bantuan. Jika ada program mengutip derma, kita hulurkanlah jika tak mampu ke sana untuk memberikan bantuan. Allahurabbi. Allah saja yang tahu hikmah disebalik ujian ini. Ya Allah, selamat kan kami dari bencana dan azab mu Ya Allah. Ringankalah mereka yang sedang di Kau Uji ketika ini. Semoga mereka beroleh katabahan dan pahala di sisi mu. Amin, amin, amin
Saya menerima message dari seseorang untuk hulurkan bantuan derma. Boleh lah sama-sama kita menderma di sini secara ikhlas. Wallahualam
0 comments:
Post a Comment