NUFFNANG

Sunday 1 December 2013

ISTIQOMAH DALAM MENULIS BLOG


Teks: khairunnisa hamzahara

Assalammualaikum semua. Selamat pagi
Hari ini berlintas langsung dari Rumah Ayahbonda di Bangi.Alhamdulillah, pagi2 lagi dah selamat sampai hantar Email Rekabentuk Cover Imej 3D Kulit Ebook PESONA DIDIK ANAK CARA SUNNAH buat penulis buku kak Ashikin Hashim. Terima kasih buat kak Ashikin kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk merekabentuk cover ebook sulong kak Ashikin. Semoga Ebook ini benar-benar memberikan kebaikkan buat semua ibubapa yang prihatin. Bagi yang berminat untuk dapatan ebook ini bolehlah dapatkan pada kak Ashikin yang juga merupakan Pengetua Genius Aulad.





Sepanjang berada di akademi bekerja di rumah di bawah team guru-guru online, banyak manfaat yang kami perolehi. Kak Ashikin juga merupakan salah seorang guru online. Kami semua dahulu bertatih di dalam kelas asas blog dan penulisan di mana kami merupakan pelajar awal puan masayu iaitu pengasas kelas ini. Syukur saya juga sudah lancarkan Ebook PANDUAN KEDIAMAN PERTAMAKU ia khas buat sesiapa sahaja. Panduan adalah dari mula memiliki kediaman, membeli kelengkapan, menghias, menyelenggara serta turut mendapat BONUS iaitu Kediaman Menjana Pendapatan. Untuk menghargai semua yang memberikan sokongan kepada saya untuk terus berkongsi di blog, menulis di blog dan majalah dan mengajar di kelas online dan offline, EBOOK PANDUAN KEDIAMAN PERTAMAKU akan diberikan kepada semua yang mendaftar kelas asas blog di bulan DECEMBER ini sahaja sebelum ia dilancarkan pada 1.1.2014






Kini besar tanggungjawab saya selaku guru online untuk menunjukkan langkah demi langkah buat peserta kelas asas blog hari demi hari. Namun yang menjayakan sesebuah blog tak lain tak bukan hanyalah restu Allah dan usaha berterusan si penulis dan pemilik blog. Setiap hari perlu istiqomah meletakkan entry perkongsian kepada pembaca. Ia ibarat kedai atau pejabat yang berterusan terbuka. Pembaca/pelanggan akan terus mengikuti perkembangan hari demi hari.

Insyaallah langkah demi langkah akan diberikan bermula dari penjenamaan blog lagi. Kemasukan Bulan Disember sedang dibuka. Kini Kelas boleh dipilih sama ada mahu belajar Online atau Offline. Saya alu-alaukan pertanyaan dan pendaftaran di sepanjang hari ini 




KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO