NUFFNANG

Thursday 14 November 2013

TIDAK PERNAH JEMU MEMBANTU ORANG LAIN

Teks: khairunnisa hamzahara

Salam Jumaat buat semua. Hari ini adalah hari ulang tahun suami tercinta jika mengikut perkiraan tarikh masihi. Umur yang ke berapa usah lah di tanya. Usia bukan lah pengukur segalanya. Yang dinilai oleh Allah adalah waktu yang dimanfaatkan, amalan dan ilmu yang di amal dan dikongsikan, harta yang digunakan untuk kebajikan dan amalan dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaiknya. Justeru dengan itu, saya memohon agar semua pembaca di blog ini mendoakan yang baik buat suami saya bersempena hari ulang tahunnya hari ini. Cukuplah untuk meluangkan masa sesaat untuk mendoakannya lebih-lebih lagi kalian yang saya tidak pernah mengenali. Sesungguhnya doa dari orang yang belum pernah kita membuat dosa ke atasnya lebih termakbul. Semoga doa kalian dimakbulkan Allah dan di balas dengan kebaikkan oleh Alla Taala.

Suka saya untuk berkongsi tentang suami saya ini. Seawal mengenali dia, jauh disudut hati saya siapakah dia? ketika itu saya sedang duduk di tepi jendela bas, menunggu bas untuk jalan meninggalkan Universiti jauh menuju ke Pulau Pinang. Kami ada program Universiti di sana. Terdetik di hati saya mungkin dia seorang Pensyarah bila melihat pakaian baju melayu hitam yang dipakai. Rambut dan janggutnya tersisir kemas. "semua dah ada ya? ada sesiapa belum naik lagi?" kata dia sambil mengira jumlah penumpang. Saya perhatikan dia sehingga dia menepuk bahu pemandu bas "Bang! Dah boleh jalan, nanti kita berhenti solat subuh di mana-mana". Saya melihat dia bersalaman dengan peserta dalam bas dan duduk. Kemudian saya lena dibuai alunan bas.

Sepanjang di Pulau Pinang, saya ikut rakan rombongan ke sana ke sini dan yang pasti dia ada saja dalam kelompok kami. Kata seorang sahabat dia merupakan pengurus group mereka. Ah, masih lagi saya tertanya-tanya siapakah dia. Pendek cerita sepanjang di Pulan Pinang dia biasa saja, pernah sekali dua, dia tolong angkat barang dan teman saya belikan beg galas kerana hasil shopping sakan yang tak larat dipegang dengan tangan. Siap dia berbahasa cina tawar menawar dengan tokey kedai. Saya tersenyum saja. Tak kuasa nak perasan lebih sebab semua orang dia layan sama. Semua orang dia ambil berat dan bantu jika mereka perlukan pertolongan. Gaya dan lagaknya tak ubah seperti seorang pengurus dan bapak kepada setiap ahli rombongan yang rata-rata masih berperangai kebudak-budakan.

Sekembalinya di Universiti saya tak ingat macam mana, tapi kami mula bermessage. Message nye bertanya tentang program tempoh hari kerana kami ingin buat laporan bas yang kami naik tempoh hari. Perkhidmatan yang diberikan yang kurang memuaskan. Akhirnya kami mula berkenalan di message. Barulah saya tahu yang dia sama umur dengan saya, juga seorang pelajar, bukannya pensyarah seperti yang disangka. Lebih mengejutkan saya dia merupakan Abang KOOP (koperasi) di kolej-kolej dan berniaga menjual roti sosej untuk wang kocek harian. Rajin nya dia , bisik hati saya. Sedang saya juga pelajar tapi tak terpikir nak cari duit. Duit biasiswa kan ada. Ayah pun bagi wang kocek mingguan. Bila ada peluang, dia akan menyertai pakcik katering untuk bantu pakcik katering di program-program universiti. Pernah dia bungkuskan makanan katering untuk saya. Satu yang saya suka tentang dia, tidak penat menolong orang. Niat utama bukan duit, tapi bantu orang, ringankan beban orang. Duit itu adalah bonus buat dia.

Akhirnya dia melamar saya ketika datang berhari raya bersama keluarganya ke rumah keluarga saya. Sebelum dia datang ke rumah, saya bercerita tentang dia pada ayah dan ibu bagi ayah dan ibu bersedia menerima kunjungan sahabat lelaki ke rumah. Bila dengar cerita yang dia seorang yang rajin mencari rezeki walau di universiti, ayah saya mula suka dan ayah dapat rasakan dia serius berkawan dengan saya. Ketika dia sampai bersama keluarga dengan berpakaian sedondon, ayah berbisik pada ibu, macam lain macam aje, sambil tersenyum. Memang betul kata ayah. Masa saya sedang buat air teh o di dapur, ibu panggil saya ke depan. Rupanya emak dia datang bawa cincin risik!. Malu yang tak terhingga namun terasa gembira. Saya di risik dengan orang yang saya betul-betul kagum. Saya selalu terpikir, kalaulah aku jadi isterinya, mesti selamat sebab dia pandai cari rezeki. Kalau tak dapat jadi isterinya, akan aku belajar macam mana nak jadi orang yang baik dan pandai cari rezeki macam dia.

Dengan izin Allah, selepas tamat peperiksaan akhir di program ijazah, kami berkahwin. Dan kini dikiurniakan 2 orang cahaya mata. Bermula dari mengumpul duit hantaran dengan menjual nasi lemak di tepi jalan (penuh bergaya siap pakai apron), dia dapat tawaran sebagai executive kesihatan dan keselamatan di syarikat perodua. Setelah berkahwin, 2 tahun saja dia bekerja di sana. Masanya sangat terbatas dengan keluarga. Masa tu kami diuji dengan anak sulung yang kerap keluar masuk hospital. 

Satu hari dokter kata anak kami perlu di monitor sepenuhnya di hospital, jadi kami mahu bayar yuran hospital dengan guarantee letter atau dengan Insurans? Kami tak pernah ada insurans. Jadi buat pertama kali anak masuk hospital kami guna gurantee letter. Sejak hari tu, dia gigih mencari ilmu dan ambil tahu pasal insurans. Katanya insurans boleh bantu ringankan kos perubatan, dia mahu tahu lagi selok belok insurans sebelum ambil insurans untuk anak. Berapa banyak ajen insurans dari berlainan syarikat dia bertanya. Akhirnya dia ambil keputusan untuk buat insurans anak dengan seorang senior saya masa di universiti dahulu. Kemudian setiap minggu ada saja yang suami rekomen kan rakan-rakan peroduanya untuk mencarum insurans dengan abang senior tersebut. Katanya penting ada insurans ni. Lama kelamaan, abang insurans tadi berikan ajak dia untuk ambil exam dan belajar selok belok jadi ajen insurans agar boleh membantu orang lain pula. Suami study dan lepas exam. Dengan semangat dan minat yang kuat dalam membantu orang lain memahami konsep insurans dan mengambil pelan perlindungan insurans demi orang tersayang, dia sanggup melepaskan jawatan di Perodua dan fokus sepenuhnya sebagai ajen insurans. 

Alhamdulillah, sekarang dialah ajen insurans yang bertauliah, sudah hampir 4 tahun sepenuh masa berkhidmat untuk orang ramai. Sudah beratus client yang di service oleh dia. Bonus dan ganjaran yang diperoleh menyebabkan dia lebih semangat untuk berkhidmat dengan lebih baik. Dahulu dia tidak pernah ke luar negara. Siapa sangka bukan negara jiran Singapura dan Indonesia saja pernah dia jejaki dalam masa 4 tahun ini, malah dia juga telah menjejakkan kaki ke Hong Kong, Ghuang Zhou, Beijing, dan Amerika Syarikat di San Francisco California! Walau tahun lepas dia layak ke Jerman, dia sekadar ambil wang tunai sebab ingin mengerjakan umrah. Namun ada masalah teknikal, rancangan ke umrah bertukar tahun hadapan. Dan tahun depan juga dia bakal menjejakkan kaki ke Spain iaitu di Barcelona. Paling mencuit hati, dia tidak pernah suka bazirkan wang, handphone, ipad dan sebagainya semuanya dihadiahkan oleh prudential iaitu syarikat tempat dia berkhidmat. Suami saya sangat penjimat orangnya. Sekarang dia berusaha untuk buat yang terbaik untuk semua orang disekeliling sehingga dia jarang ikut kami keluar minum petang dan berjalan-jalan. 

Paling bertuah saya dijemput duduk di rumah jaga anak sendiri oleh dia. Katanya, dia akan cari lagi rezeki, saya duduk di rumah dan jaga anak-anak. Kalau mahu teruskan kerja, bekerjalah di rumah. Dia akan terus bagi semangat dan dorongan.

Hari ini hari ulang tahun dia. Dia telah melangkah jauh. Jauh dari usianya. Bila orang tanya usia dia berapa? saya hanya senyum. Biarlah rahsia sebab ramai yang ingat dia telah berusia kerana penat lelahnya, dan kerana peribadinya. Ya Allah, kau jadikanlah suami ku seorang yang budiman dan beriman. Amin. Selamat hari lahir buat suami saya. Semoga terus berbakti sehingga dipanggil Illahi.

Salam sayang dari isterimu
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
{Senibina Kehidupan DI Rumah}

DIARI PENULIS
15 NOV 2013

1 comments:

Maria Qiptiyah said... [Reply to comment]

kak Long mmg kagum dgn kamu berdua. Semoga terus selamat maju jaya dunia dan akhirat...

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO