Teks: Khairunnisa Hamzahara
Khat khufi merupakan salah satu satu karya seni kaligrafi yang kini diminati ramai kerana seninya yang kemas, clean cut, simbolik dan berpetak. Dengan keunikannya yang tersendiri, ia mendapat tempat di hadi muda mudi yang minatkan konsep kediaman modern. Dengan penulisan khat yang berpetak ini, ia bersesuaian untuk kediaman yang berkonsepkan modern minimalis. Namun ia juga sesuai dan serasi dengan kediaman yang berkonsepkan tropikal dan juga klasik. Walaubagaimana pun tidak menjadi janggal jika ia turut digayakan pada kediaman yang bercirikan konsep Inggeris.
Di dalam menggantungkan ayat Al-Quran di kediaman, setiap pemilik kediaman perlu berhati-hati dalam menetapkan nawaitu menggantung kannya. Jika ia digantungkan dengan niat sebagai perhiasan, penarik, pembawa rezeki, tanggkal, perlindung dan sebagainya ia boleh membawa kepada bida'ah. Pemilik boleh menetapkan niat menggantungkan ayatul Quran Di kediaman agar menjadi peringatan kepada semua ahli keluarga untuk membaca dan mengamalkan ayat tersebut dalam kehidupan seharian. Jika sekadar menggantung dan menghias tanpa mengamalkannya ia adalah perkara yang rugi.
Alhamdulillah, program tajaan barang kediaman untuk rumah contoh kediaman idaman mendapat sambutan yang menggalakkan. Tajaan pertama yang diterima pada 28 Oktober yang lalu adalah KHAT KHUFI yang datangnya dalam satu set. Set ini terdiri daripada 4 keping ayat yang berbeza iaitu Ayat 4 Qul : Surah An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas dan Al-Kafirun. Warna yang digunakan dalam karya ini sangat menarik dan professional. Ia menggunakan gabungan warna hitam, kelabu pink dan putih. Semoga dengan perletakkan karya khufi yang menulis ayatul qurat dengan ayat 4 Qul ini menjadi bahan bacaan ahli kediaman dan pengunjung yang berkunjung.
Bagi anda yang turut ingin dapatkan Khat Khufi ini boleh lah mendapatkan dari pemilik kedai. Kami tidak pernah bersua namun melalui perhubungan secara online, saya mendapat perkhabaran gembira iaitu pemilik kedai sudi menaja khat khufi ini demi bacaan dan peringatan pengunjung yang berkunjung di kediaman contoh ini kelak.
|
Untuk dapatkan boleh hubungi pemilik kedai di sini:
nama perniagaan : Canvas D Arte (2254988-K)
FB Fan Page : www.facebook.com/canvasdarte
cara hubungi : call/sms/whatapps 0129896627
email: canvasdarte@gmail.com
- Untuk turut menaja di Program menghias kediaman contoh milik blog Panduan Untuk Kediaman Idaman boleh berhubung terus dengan penulis. Lihat di sini untuk lihat keterangan lanjut tentang program :
- http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/search/label/PELUANG%20MENAJA%20DI%20RANCANGAN%20REALITI%20HIAS%20KEDIAMAN%20IDAMAN
Salam Sayang dari saya,
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
{Senibina Kehidupan Di Rumah}
khairunnisahamzahara@gmail.com
0 comments:
Post a Comment