NUFFNANG

Monday 8 July 2013

San Francisco, California, USA

Teks : Khairunnisa Hamzahara

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Cepat masa berlalu, pejam celik dah masuk bulan Ramadhan. Malam ini akan mulanya terawikh. Macam mana ya persediaan saudara-saudara yang beragama Islam di Negara Lain. Semoga semua umat Islam dapat menjalankan Ibadah Puasa yang sempurna di Bulan Puasa kali ini.

Bercakap tentang Negara Lain, teringat pula kenangan semasa saya berjaya menjejakkan kaki di bumi Allah, San Francisco, California, Amerika Syarikat! Siapa sangka saya akan ke sini. Ini semua adalah percaturan dan perancangan Allah S.W.T yang maha berkuasa. Beberapa hari setelah pulang dari sini, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan dan melalui kehidupan yang lebih bermakna. Menghargai setiap peluang yang ada dan bekerja dengan lebih seronok. Tiada arahan, tiada birokrasi, tiada kesesakan trafik, tiada kepalsuan dalam percakapan, dan yang penting saya bebas bekarya.  





Perjalanan selama 20 jam menjadikan saya sangat menghargai setiap detik dan kenangan di sana. Apatah lagi proses untuk apply Visa nye saja telah memakan banyak masa dan melalui beberapa prosuder. Sungguh mereka sangat takut dengan orang Islam yang dikatakan Terrorist! Untuk sampai ke sana, kami transit dahulu di Taiwan.



Kalau selalu saya dengar kawan-kawan pergi ke sini dengan pakej kelana konvoi atau pergi secara backpacking, tapi rezeki saya dan suami, kami menikmati pakej first class di bumi Amerika! Kalau pergi sendiri manakan kita nak amik pakej yang mahal. Bertuah badan sebab suami dapat tiket intensif trip ke sini kerana dapat reward dari agensi dia bekerja iaitu Prudential Assurance Malaysia Berhad. Ini yang di namakan anda bekerja, anda terima ganjaran dari apa yang diusahakan. Dan sebagai spouse, pasti terkena tempiasnya. Jadi tugas spouse ni nak tak nak kena bagi sokongan motivasi dan semangat kepada suami agar seronok bekerja dan mencari rezeki. Suami rajin, kita pun dapat reward reward yang tidak disangka.Kami disediakan penginapan di Hotel Hilton San Francisco di sepanjang trip ini. Dalam bilik ala-ala bilik VIP. Kalau di Malaysia pun belum tentu tidur di Hilton kerana kos nya yang tinggi, di bumi Amerika yang currency Dollar pula kami dapat menginap di Hilton dan semuanya telah dibiayai oleh syarikat suami berniaga, iaitu Prudential!
 
 
Menikmati pemandangan di Bumi Allah san francisco, menjadikan hati kita sangat tenang dan damai. Namun pastilah Hujan Emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri juga! Bandar di sini berbukit-bukit dan ini adalah bandar yang membukit, tidak seperti di bandar KL yang rata. semasa parking kereta, perlu sendalkan batu bata di belakang tayar, takut tergelincir kereta ke bawah. Dan yang paling menarik, saya berkesempatan ke sini ; Lombard street ; di mana ia merupakan jalan yang paling sempit dan berbelok-belok di dunia! saya datang dari atas, dan jalan kaki turun ke bawah melalui tangga- tangga di sebelah kediaman di sisi bukit tersebut. Pengalaman yang sukar untuk digambarkan.





 
Gambar : antara koleksi gambar yang ada di laptop saya. kenangan di Lambord street, SF





 Sebenarnya terlalu banyak kenangan terindah , tak mampu untuk diceritakan semua dalam satu entry. Antara yang paling saya tidak boleh lupakan adalah pengalaman makan ketam sebesar pinggan sorang satu dan ianya telah pun masuk dalam pakej lawatan kami di sini. Kami adalah group yang dilihat sangat bahaya dan comot makan ketam ni. sehinggakan pelayan restoren tambahkan kain napkin lagi satu kepada setiap kami. Walau penuh gadget2 untuk menukang dan mengerjakan ketam disediakan, kami tetap menggunakan jari jemari yang dianugerahkan oleh Allah ini. Maka terlopong mulut pelayan di sana. sedang orang mereka sopan tertib memisahkanisi ketam dan kulitnya dengan menggunakan "spannar" dan "playar" yang disediakan oleh restaurant. sungguh lucu. Baru makan ke semua kaki dan tangan ketam, kami dah sedawa kekenyangan. Lepas makan isi ketam di badan, terus rasamuak dan kami kataka " tak boleh tengok ketam lagi" memang selepas kembali ke tanah air, lama juga tak makan ketam dek kerana makan ketam monster sebesar pinggan masa di san francisco. Ketam ini adalah ketem tempatan di tempat mereka. Mereka sangat mewah dengan makanan laut. Bertuah






Di tempat mereka ini haiwan laut sangat gemar bersantai. Bukan setakat si ketam, malah si anjing laut dan singa laut juga sangat gemar duduk tersadai di sini. Lalu mereka meletakkan platfrom untuk haiwan ini berjemur dan tersadai. secara tidak langsung ia menjadi tatapan tetamu untuk meliat aksi lucu mereka


Paling seronok apabila kami dapat naik cruise di san francisco dan menyeberangi laut untuk menikmati suasana melalui bawah jambatan yang menjadi trademark amerika iaitu Golden Gate Bridge. Bersama suami di atas cruise dan menikmati pemandangan dan pembinaan golden gate dari dekat merupakan satu detik yang sangat mahal dan ia akan dekenang sampai bila-bila. 


Cuma terasa galat sikit sebab kami tidak spend kan masa untuk pergi melawat AlCatraz iaitu satu-satunya penjara yang dibina di sebuah pulau yang kecil dan ia sekarang merupakan penjara yang dijadikan muzium penjara dan sejarah penjara di sana. Di sini selalu digunakan sebagai lokasi pengambaran kisah-kisah ketenteraan dan peperangan dalam filem Amerika.  Cruise kami hanya melalui tepi AlCatraz dan jika ingin ke sana kami perlu menaikki cruise yang lain dan perlu bayar tiket ke sana. Jadi kami pilih untuk menikmati pakej yang disediakan saja. Duit yang ada boleh digunakan untuk berbelanja buah tangan untuk keluarga. 


Gambar : alCatraz

Sebagai seorag pengamal ilmu seni bina, saya sangat suka dengan susunatur rumah-rumah di pinggiran bandar san francisco. Mereka membina rumah di lereng-lereng bukit dan deretan rumah mereka menjadi unik dan menarik. Ketika kami ke sana, ramai yang berjemur di atas bumbung rumah walau tiada balkoni. Mereka hanya tersadai di atas tiles bumbung saja.

Oleh kerana kedudukan bandar ini seperti sebuah tanjung, kehidupan dengan kapal layar memang tidak dapat dielakkan. Berhadapan rumah yang berbukit masing-masing meletakkan kapal layar di parking yang disediakan.

Dan yang paling menjadi kenangan dan catatan sejarah apabila kami dapat berjalan kaki di atas Golden Gate Bridge yang sejauh 2 kilometer. sesudahnya kami berjalan di atas bridge ini, kami diberikan sijil sorang satu kerana telah menghabiskan perjalanan oleh Mayor San Francisco! Saya dan suami frame kan sijil tersebut untuk tatapan anak cucu, jika ada rezeki dan diizinkan Allah, pasti saya akan bawa anak-anak ke sini satu hari nanti. Itu harapan saya. Insyaallah


 




Saya rasa sampai di sini dahulu, insyaallah satu hari nanti saya akan caeritakan lagi penagalaman sepanjang berada di San Fransisco, California, USA.

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//








0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO