NUFFNANG

Tuesday, 4 June 2013

Rutin Harian Suri Rumah / Stay At Home Mother / Work At Home Mother

Teks : Khairunnisa Hamzahara

 



Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan izin Nya, kita semua dapat hidup kembali di pagi hari setelah ditidurkan (mati kecil) malam tadi. 

Pada pagi ini rutin harian berjalan lancar. Sambil menyambil buat kerja-kerja rumah diselit selitkan sekali dengan aktiviti semak inbox di email, personal massage di facebook dan ketika saya tengah menulis ini, anak-anak sedang menyusu. Baru lepas bancuh susu mereka. Dan sekarang saya dan anak-anak sedang menonton Mickey Mouse Club House

AKTIVITI PAGI

Di pagi hari adalah aktiviti yang paling sibuk buat ibu-ibu suri rumah sepenuh masa seperti saya ni. Namun apa yang diharapkan adalah keberkatan di pagi hari berpanjangan sehingga tutup mata semula untuk tidur di malam hari nanti

Seawal jam 5.00 -5.30 pagi saya akan bangun untuk menunaikan solat tahajut. Namun kadang kala telajak juga hingga mencecah pukul 6.00 pagi. Jika dah terlambat bangun tu tak sempatlah nak solat tahajut. Saya ada dengar dalam ceramah agama, bahawa ibu-ibu yang solat tahajut di malam hari, Allah akan pelihara keselamatan dan kesejahteraan keluarganya. Jika keluarga selalu ditimpa masalah dan masalah kesihatan misalnya, mari kita perbanyakkan solat tahajut.

Kemudian bila tiba waktu solat subuh jika berkesempatan saya akan berjemaah dengan suami, tapi jika suami nak keluar cepat dan saya pula sedang uruskan anak-anak yang terjaga nak susu, nak ke bilik air dan sebagainya , tak dapatlah saya nak berimamkan suami. maka solat sendirian. Kadangkala untung badan, lepas anak-anak dah menyusu, mereka terlena semula. Maka saya ambil peluang ini untuk mengaji selepas solat subuh. Alhamdulillah dapat ketenangan. 

Ketika ini biasanya suami saya sedang mandi untuk keluar mencar rezeki seawal selepas solat subuh. Saya akan menyediakan pakaian suami terlebih dahulu dan segera ke dapur menyiapkan sarapan. Kadangkala dapatlah masak sarapan yang berat, kadangkala sempat siap yang ringan saja. Contoh sarapan berat :- Nasi Lemak , Spaghetti, Nasi Goreng, Mee Goreng. Contoh Sarapan ringan :- Cekodok, Lempeng cicah kuah sardin, Roti Telur dan Baked Bean, Roti Kaya dan Air Milo, atau goreng nugget sahaja. Syukur suami memahami. Tak pernah dia bising atau meminta-minta saya untuk masak itu ini. Apa sahaja yang dihidangkan pasti licin dan terukir senyuman di bibirnya. 

Selesai bersarapan, saya akan menghantar suami ke muka pintu. Masa ni standby jika suami minta ambil kan itu ini. Kadang-kadang dia minta stokin, kadang-kadang minta tolong ambilkan dokumen atau barang-barang peribadinya yang dia terlupa ambil sebelum keluar rumah tadi.

Masa suami dah berangkat keluar, anak-anak pula bangun dengan bermacam ragam. Basuh muka anak, dan ajak bersarapan atau menonton tv rancangan Disney Junior pada channel 612 atau 613. Seawal pukul 7 anak-anak suka tengok rancangan TAYO (si bas yang penuh ragam). Masa ni saya kemas rumah dan masukkan baju ke dalam mesin basuh.  Dalam Pukul 8.00-8.30 pagi saya menunaikan solat dhuha terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang pekerjaan.

Kemudian, saya akan masuk ke ruang kerja saya untuk siapkan kerja-kerja permintaan pelanggan, update blog, baca pesanan sms, email dan massage dari facebook.

Selepas mesin basuh dah selesai, saya keluarkan kain dalam mesin dan masuk ke bakul. masa ni anak-anak mula sama-sama menyibuk. Sorang nak angkat bakul, sorang nak bawa hanger dan macam-macam lagi. Kami keluar dan sidai baju bersama. Ketika ini anak-anak ambil kesempatan main basikal di perkarangan rumah. 

Selesai sidai baju saya akan bermain cikgu-cikgu dengan anak. Saya akan cakap ; "Ok, masuk kelas!"...mereka sangat suka dan sebelum masuk kelas mereka (berdua sahaja) akan beratur di ruang tamu dengan membaca doa belajar dan pelbagai lagi surah dan doa yang saya memang ajar mereka hari-hari untuk menghafal dan ulang. Selesai sesi hafalan, masuk bilik mainan mereka yang dibahagikan kepada beberapa sudut (walaupun bilik tersebut kecil sahaja) Sudut pertama: Sudut bacaan. Sudut Kedua: Sudut Khemah (main rumah-rumah). Sudut Ketiga: Sudut Susunan Mainan. Sudut Keempat : Sudut Melukis. Di dinding saya tampalkan bahan pembelajaran seperti ABC, Alif Ba Ta, Satu Dua Tiga, One two three. dan objek-objek untuk dikenali. Saya akan bertanya satu persatu pada mereka. 

Selesai sessi ulang membaca bahan pembelajaran di dinding tadi. Saya akan beralih pada bahan bacaan (buku) yang tersusun di rak. Mereka akan pilih buku mana yang mereka minat. Saya akan baca dan mereka akan ulang semula apa yang saya bacakan. Proses membaca ini sekejap sahaja dalam 20-30 minit. Kemudian tumpuan mereka mula penat. JAdi saya benarkan mereka bermain bebas dengan permainan mereka dahulu.

AKTIVITI TENGAH HARI
Ketika ini saya akan bergegas ke dapur untuk menyediakan masakan tengah hari. Mana tahu kalau-kalau suami saya pulang awal (suami saya kerja sendiri ). Sambil memasak anak-anak akan datang mengadu dan bertanya hal itu dan ini. Ketika ini penat dan perlu layan kerenah anak-anak sambil memasak. Setelah selesai memasak saya tutup dahulu masakan. Tunggu suami pulang. Dan saya akan kembali ke ruang kerja. Sementara anak-aak masih bermain, atau menonton tv, atau menyusu. Kadang-kadang mereka dah pun tertidur. Kalau mereka belum tidur, saya akan galakkan mereka tidur dengan saya pun kena turut berada disamping mereka. Ketika ini lah masanya untuk saya luruskan pinggan dan rehatkan badan.

Akhirnya mereka terlelap dan saya gunakan masa ini untuk semak facebook dan balas massage. semak email juga. sementara menunggu waktu zohor, saya lelap kan mata 10-20 minit. Sesudahnya masuk waktu zohor, saya solat zuhur dahulu, tenang saja sebab anak-anak sedang tidur. masa ni suami pulang ke rumah sekejap. kami makan tengah hari bersama. kemudian suami keluar semula.

Pada ketika ini saya menggunakan masa sebaik-baiknya untuk menyiapkan kerja. Antara jam 2.00pm - 4.00pm. Kemudian anak-anak dah bangun tidur dan perlu ke tandas, menyusu dan sebagainya. Mereka akan menonton tv seketika kemudian bila dah segar, saya akan mandikan mereka. 

AKTIVITI PETANG
kemudian mereka akan bermain sambil menunggu kepulangan suami. Masa ini saya keluar untuk angkat baju yang telah pon kering. Masuk rumah dan lipat baju. Masa ni juga buat makan petang. Kadang-kadang suami ajak keluar ke rumah mak mertua atau ke bandar. bersiar-siar sehingga waktu maghrib. 

 AKTIVITI MALAM

Masuknya waktu maghrib kami solat berjemaah. Kalau mood anak-anak masih baik, saya akan ajarkan iqra' pada mereka. Kemudian makan malam dan menonton tv. Masa ni anak-anak berbual dan tertidur. Selesai tidur kan mereka. Saya akan kembali ke ruang kerja menyelesaikan kerja-kerja yang masih belum selesai. Setelah malam meningkat saya pun turut jejak mereka, tidur merehatkan badan dan minda. Berdoa untuk dipanjangkan umur untuk esok hari...........

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akhirnya, 
Yang Di Tunggu-Tunggu,
Selepas 3 tahun pengalaman,
Selepas bertalu-talu menerima message dan pertanyaan,
Pendedahan dan Perkongsian Akan Dibuat:
JOM SERTAI !
----------------------------------------------------------------
BENGKEL MUDAHNYA W.A.H.M ONLINE
----------------------------------------------------------------
(work at home mom)
LOKASI : BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
TARIKH : 31 OKTOBER 2015
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
KHAS UNTUK WANITA SAHAJA!!
(suami-suami boleh daftarkan isteri)
----------------------------------------------------------------
  • Pendedahan langkah demi langkah bekerja dari rumah 100% di atas talian (online)
  • Membantu mencari fokus bidang pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah mengikut individu
  • Masih boleh bekerja sama seperti kerja yang dilakukan bersama majikan terdahulu atau seperti kelayakan di sijil yang diperolehi
  • Perkongsian Teknik perancangan kerja dari rumah
  • Memberikan Motivasi dan Matlamat kenapa perlunya bekerja dari rumah

--------------------------------------------------------------------
Modal pelaburan Ilmu memulakan langkah sebagai WAHM Online
Hanyalah 
RM130 sahaja seorang
--------------------------------------------------------------------------
Untuk Daftar,
Boleh ke link berikut : https://rahsiabranding.aztetic.my/buy/bengkelwahm

>>TIKET BENGKEL AKAN TERUS DIPEROLEH MELALUI SISTEM INI<<
(setiap pendaftaran melalui sistem ini akan menerima Ebook BONUS : EBOOK SURI PROFESIONAL : TIPS DAN PANDUAN DI RUMAH SEPENUH MASA sebaik pendaftaran di buat .Lepas menerima tiket bengkel di email lihat di bahagian bawahebook akan disertakan pada tiket online tersebut !


Selamat berjaya melakukan pendaftaran!!
Share kan status ini agar mereka yang berhasrat menjadi wahm online dapat sertai bengkel ini. Sebarkanlah walau sebaris ayat! (besar ganjarannya jika kita mudahkan laluan mereka yang lain yang mahu bekerja dari rumah)
Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah
www.khairunnisahamzahara.com
whatsapp 0197720507

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//


12 comments:

Mrs Kamilah said... [Reply to comment]

Nice sharing..I'm looking forward for it..

Khairunnisa Hamzah said... [Reply to comment]

insyaallah..jika ada cita-cita/kemahuan pasti ada jalan nya. Allah sentiasa bantu hambanya yang berniat baik lagi2 demi kelaurga dan agama :)

SYAzana said... [Reply to comment]

Syukur alhamdulillah...Looking forward for it too..Dah dekat 2 tahun lebih PJJ dengan suami..jika diberi keizinanNYA untuk menjadi WAHM, alangkah bahagia nya...Kita doa bersama-sama la ya..:D

Khairunnisa Hamzah said... [Reply to comment]

insyaallah boleh :)

mummy said... [Reply to comment]

assalamualaiukum, terima kasih kak coz sudi berkongsi ...sy sedang belajar untuk jadi ibu n isteri yang terbaik buat suami dan anak...insyaallah..doakan sy ye kak..

cahaya kejayaan said... [Reply to comment]

Thanks ye..bagus..sy baru 2bln lbh bergelar surirumah..dan baru nk menyesuaikan diri dgn aktiviti harian..tambah2 dgn 3 boys..semoga sy juga dpt jd suri yg terbaik buat suami dan ibu mithali kpd anak2.. sy pernah membaca tazkirah kalau kita nak masa yg berkat iaitu dpt menyiapkan kerja dgn tenang, kene solat awal waktu dan amalkan solat sunat dhuha dan tahajjud..

Ana Hafizah said... [Reply to comment]

sronoknya baca jadual akak...

zuriatiechesupli said... [Reply to comment]

Puan Nisa,

terima kasih atas perkongsian. masih belajar uuntuk mengurus masa dengan baik as WAHM (baru 2 months) since previously saya kerja full time 8am-6pm. looking forward to join your group in ABDR. doakan untuk saya....

Unknown said... [Reply to comment]

Seronok bca perkongsian puan. Sy juga dlm proses adjusting smnjk jd full time house wife. Sgt mncbr, trutama dlm pgrsn 7 org anak, trmsuk bby. Doakan sy ye.

iYda Juhar said... [Reply to comment]

tenkiu sharing :)

Unknown said... [Reply to comment]

Terima kasih ..info yg berguna.. Sy pon baru jd suri rumah sejak melahirkn anak yg ke4..

lulu matzam said... [Reply to comment]

Best nyer baca posting ni sy suka...

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO