NUFFNANG

Thursday, 23 May 2013

Tatarias Ruang Dapur



Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Alhamdulillah di pagi yang penuh barakah ini, pagi jumaat, saya merasakan ketenagan dan bersedia untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang panduan tatarias dapur di kediaman kita semua. Panduan yang saya berikan hanyalah sebagai panduan. Ianya adalah perspektif saya sebagai seorang arkitek, perekabentuk, dan juga sebagai seorang suri rumahtangga dan pemilik kediaman sendiri :)


1.Perancangan Ruang Dapur

Dalam banyak-banyak ruang, perancangan dapur paling penting. Dapur merupakan ruang yang paling aktif dalam sesebuah kediaman. Oleh itu, ia sangat penting untuk di titik beratkan. Percaya atau tidak, keselesaan di dapur menjamin mutu kehidupan seharian bagi seluruh keluarga. Pernah tak kita abaikan dapur? jika pernah, apa kesan daripadanya? pastinya kehidupan seharian kita pada hari tersebut berjalan dengan tidak selesa dengan rimasnya, kan? Bagi yang belum pernah ada dapur yang lengkap pasti setiap hari berusaha menyusun ruang dapur dan kadang kala boleh menjadi putus asa lantas membiarkan sahaja keadaan dapur tidak tersusun. Namun apakah natijahnya. Entry ini untuk memberi panduan kepada mereka yang telah bersedia untuk memberikan kualiti dalam rekabentuk dan tatarias dapur mereka. Pernah kah kita dengar tentang Setiap kejayaan seseorang pada sesuatu hari itu bermula dari dapur? ia mmg tepat sekali. Ia bukan sekadar tentang masakan tetapi ia juga berkenaan keadaan dapur. Dapur yang praktikal dan selesa menjanjikan kualiti masakan dan kreativiti dalam penghasilan menu.
 


Gambar: dari google


1.1 Pilih ruang

Langkah pertama dalam perancangan ruang ini adalah memilih ruang yang mana yang akan di jadikan dapur. Sekiranya rumah baru yang dibina sendiri mudah untuk kita mencipta ruang dapur mengikut kemahuan kita. Sekiranya kita membeli rumah yang telah siap dibina oleh pemaju, kadangkala ada timbul rasa tidak puas dengan ruang atau saiz yang disediakan oleh pemaju. Sebab itu banyak kita lihat ruang yang paling popular diubah suai adalah ruang dapur :)

Dalam pemilihan ruang ini ada beberapa pilihan yang boleh kita buat :
  1. Menggunapakai ruang yang disediakan oleh pemaju sebagai ruang dapur
  2. Menambah bahagian ruang dapur sekiranya masih ada ruang/tanah di bahagian belakang dapur bagi meluaskan dapur
  3. Membuka bahagian bilik lain bagi digabungkan dengan ruang dapur agar mendapat ruang yang lebih besar
  4. Menukar ruang seperti menjadikan ruang hadapan rumah sebagai dapur dan ruang belakang sebagai ruang family dan istirehat (ikut kreativiti dan level privacy yg dimahukan oleh penghuni)
Untuk pemahaman, anda boleh cuba dengan bersedia membaca langkah selanjutnya dengan menyediakan kertas kosong dan pen bersama-sama anda. 





1.2 Kenal Pasti Aktiviti setiap sudut ruang 

Baiklah. Lakarkan di kertas kosong tadi ruang yang kita dah pilih sebagai ruang dapur. Cuba lihat pada gambar di atas, di bahagian dapur itu sendiri di labelkankan aktiviti yang bakal dijalankan di ruang tersebut. Anda lakukan yang sama. Bayangkan aktiviti yang bakal dilakukan dan ianya mestilah praktikal dan logik mengikut saiz ruang dan cara hidup anda sekeluarga. Sekiranya anda sekeluarga tidak gemar pada meja bar, elakkan idea penggunaan bar. Jika sebaliknya, pastikan ia bakal menjadi meja bar yang paling best dalam kehidupan anda sekeluarga!

Aktiviti di dapur yang boleh dikenalpasti adalah : 
  1. Membasuh
  2. Memotong
  3. Memasak
  4. Membakar
  5. Menyimpan makanan kering
  6. Menyimpan makanan basah
  7. Menyimpan makanan baki
  8. Menyimpan kelengkapan memasak
  9. Menghidang
  10. Makan Dan Minum
  11. Berborak
  12. Dan pelbagai lagi (anda cuba kenal pasti aktiviti yang anda mahu wujudkan)  
 
2. Ukuran Ruang Dapur

Ukuran dapur amat penting untuk:-
  1. Di bawa bersama ketika berbincang dengan pembekal kabinet dapur
  2. Di bawa bersama ketika ingin membeli perabot dan kelangkapan dapur bagi memastikan cukup ruang untuk meletakkan barangan tersebut
 2.2 Ukuran Basic

Bagi ukuran asas, gunakan pita pengukur atau menggunakan alatan sekolah-pembaris panjang (satu pembaris dengan kepanjangan 30cm bersamaan dengan 1 kaki) Ukur guna nisbah meter, sentimeter dan kaki (setiap kedai yang bakal kita junjung mengguna pakai berlainan sistem ukuran pada produk mereka)

Ukuran asas yang boleh dibuat adalah :
  1. Ukur Kelebaran Keseluruhan Dapur
  2. Ukur Ketinggian Keseluruhan Dapur
  3. Ukur ketinggian dinding bawah tingkap (built in kabinet bawah)
  4. Ukur ketinggian dinding atas tingkap (built in kabinet atas tingkap)-kalau siling tinggi
 
2.3 Ukuran Aksesori

  1. Ukur saiz tingkap ( untuk tirai dan saiz sink misalnya)
  2. Ukur saiz pintu (memastikan ruang yang ada di belakang pintu dan di hadapan pintu -ketika ukur gerakkan pintu buka dan tutup, kenal pasti kitaran bukaan pintu bagi mengelakkan gangguan bukak pntu selepas perletakkan perabot)
  3. Ukur kelebaran bucu-bucu atau sudut-sudut yang siap sedia (kadangkala ruang dapur berbentuk-bentuk sikit) 

3. Kenal Pasti Laluan Aktif Dalam Ruang 

Laluan/ sirkualsi ruang sangat penting untuk di ambil kira dalam menata rias ruang dapur. Kecelaruan sirkulasi boleh menyebabkan kemalangan di dapur kerana dapur adalah ruang yang aktif dan boleh menjadi sangat aktif apabila menerima tetamu atau ketika adanya jamuan makan di rumah :)

lihat semula pada gambar di atas. Garisan-garisan unggu yang saya lakarkan itu adalah garisan laluan sirkulasi penghuni di dalam rumah tersebut. Lalaun ini kita yang cipta. dari laluan ini kita akan dapat panduan untuk perletakkan dan susunan perabot dan ruang.

 
3.1 Lakaran Laluan

Gerakkan tangan membuat garisan putus-putus, bermula dari pintu masuk rumah. anda perlu bayangkan laluan anda pergi ke setiap ruang dan bilik. mana yang akan anda lalu di situ anda buatkan garisan putus-putus sampai ke pintu belakang rumah. Untuk pengetahuan anda, di sepanjang garisan putus-putus itu adalah bahagian laluan jadi di bahagian ini anda kene elakkan meletakkan sebarang barang/benda/perabot di sini. Ia tidaklah dilarang tapi jika anda letak juga, maka laluan itu terpaksa di bengkokkan dek kerana ingin mengelakkan barang-barang tersebut.

Jika anda telah siap melakar laluan, tahniah! anda telah berjaya mengenal pasti tuang dan sirkulasi ruang

 
3.2 Perkara yang perlu dititiberatkan

Disepanjang laluan itu apa yang anda perlu menitikberatkan adalah :


  1. Memastikan laluan itu lurus dan tidak berliku-liku
  2. Memastikan laluan itu bersambung ke setiap ruang dan tempat di dalam rumah tanpa terputus.
  3. Memastikan laluan itu mudah
  4. Mengelakkan halangan pada laluan

4. Lakarkan Susunan Perabot

Ok langkah seterusya, lihat kembali gambar lakaran di atas dan cuba perhatikan lakaran susunan perabot yang dibuat dengan menggunakan pensil. Awas! jangan guna pen dahulu. Pastikan anda menggunakan pensil sahaja ketika penyusunan perabot ini. Sebelum itu, pastikan garisan dinding dan sirkulasi anda telah lukiskan dengan menggunakan pen. Oleh itu sekiranya anda tidak berpuas hati dengan penyusunan perabot tadi anda boleh memadam lakaran tersebut dan lukis semula mengikut kehendak anda.
 

4.1 Susunan Perabot Bina Siap

Gambar: google

semasa melakar anda boleh memilih untuk menggunakan orentasi dan susunatur seperti gambar di atas mengikut kesesuian cara kerja anda dan keserasian dengan ruang dapur anda iaitu dengan menggunakan layout seperti berikut :-

  1. U-shaped kitchen
  2. G-shaped kitchen
  3. L-shaped kitchen
  4. Single wall kitchen
  5. Gallery Kitchen
  6.  Island feature
Gambar : Single Wall Kitchen


Gambar : Island Kitchen

Gambar: U shaped kitchen

Gambar : Gallery kitchen

Gambar - L-shape kitchen

(sampai di sini dulu....bersambung....)
4.2 Susunan Perabot Dapur Lain (loose furniture)

5. Senaraikan Kelengkapan Dapur
5.1 Sistem Kabinet Dapur
5.2 Kelangkapan Memasak
5.3 Bar Dapur
5.4 Meja Makan

6. Kesilapan Yang Selalu di lakukan
6.1 Halang PenCahayaan
6.2 Halang Pengudaraan 
6.3 Sirkulasi laluan
6.4 Saiz Perabot dan Kelangkapan
6.5 Warna dan konsep
6.6 Pencampuran Aktiviti di dapur

7. Saranan Terbaik
7.1 Lantai
7.2 Dinding
7.3 Kabinet Dapur
7.4 Peralatan Memasak
7.5 Kelangkapan Dapur
7.6 Perabot 



2 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

Salam perkenalan, sila lawat blog saya untuk merawat dan mencegah masalah kesihatan, tq http://aljabbarsophia.blogspot.com/

Unknown said... [Reply to comment]

Foto-foto dapurnya bagus dan menarik
www.peluangproperti.com

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO