NUFFNANG

Thursday, 23 May 2013

Rumah sebagai Pejabat

Menyewakan Rumah

Penjualan Semula Rumah dengan Keuntungan

Meningkatkan Harga Rumah

Penyediaan Ruang untuk mengadakan jamuan/majlis

Disiplin dan Etika di rumah

Alatan dan Kelengkapan Pembersih Kediaman

Jadual Pengurusan Rumah

Hamparan dan Permaidani

Barang-barang Perhiasan

Pemilihan Barangan Elektrikal

Taman Herba

Idea Susun Atur Laman

Tanaman Sesuai Di Dalam Rumah

Tanaman Sesuai Di Luar Rumah

Elemen Air

Landskap Lembut

Landskap Kejur

Tatarias Ruang Ibadah

Tatarias Ruang Belajar

Tatarias Ruang Pejabat Di Rumah

Tatarias Ruang Keluarga

Tatarias Bilik-Bilik Tidur

Tatarias Ruang Laundry

Tatarias Ruang Dapur



Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Alhamdulillah di pagi yang penuh barakah ini, pagi jumaat, saya merasakan ketenagan dan bersedia untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang panduan tatarias dapur di kediaman kita semua. Panduan yang saya berikan hanyalah sebagai panduan. Ianya adalah perspektif saya sebagai seorang arkitek, perekabentuk, dan juga sebagai seorang suri rumahtangga dan pemilik kediaman sendiri :)


1.Perancangan Ruang Dapur

Dalam banyak-banyak ruang, perancangan dapur paling penting. Dapur merupakan ruang yang paling aktif dalam sesebuah kediaman. Oleh itu, ia sangat penting untuk di titik beratkan. Percaya atau tidak, keselesaan di dapur menjamin mutu kehidupan seharian bagi seluruh keluarga. Pernah tak kita abaikan dapur? jika pernah, apa kesan daripadanya? pastinya kehidupan seharian kita pada hari tersebut berjalan dengan tidak selesa dengan rimasnya, kan? Bagi yang belum pernah ada dapur yang lengkap pasti setiap hari berusaha menyusun ruang dapur dan kadang kala boleh menjadi putus asa lantas membiarkan sahaja keadaan dapur tidak tersusun. Namun apakah natijahnya. Entry ini untuk memberi panduan kepada mereka yang telah bersedia untuk memberikan kualiti dalam rekabentuk dan tatarias dapur mereka. Pernah kah kita dengar tentang Setiap kejayaan seseorang pada sesuatu hari itu bermula dari dapur? ia mmg tepat sekali. Ia bukan sekadar tentang masakan tetapi ia juga berkenaan keadaan dapur. Dapur yang praktikal dan selesa menjanjikan kualiti masakan dan kreativiti dalam penghasilan menu.
 


Gambar: dari google


1.1 Pilih ruang

Langkah pertama dalam perancangan ruang ini adalah memilih ruang yang mana yang akan di jadikan dapur. Sekiranya rumah baru yang dibina sendiri mudah untuk kita mencipta ruang dapur mengikut kemahuan kita. Sekiranya kita membeli rumah yang telah siap dibina oleh pemaju, kadangkala ada timbul rasa tidak puas dengan ruang atau saiz yang disediakan oleh pemaju. Sebab itu banyak kita lihat ruang yang paling popular diubah suai adalah ruang dapur :)

Dalam pemilihan ruang ini ada beberapa pilihan yang boleh kita buat :
  1. Menggunapakai ruang yang disediakan oleh pemaju sebagai ruang dapur
  2. Menambah bahagian ruang dapur sekiranya masih ada ruang/tanah di bahagian belakang dapur bagi meluaskan dapur
  3. Membuka bahagian bilik lain bagi digabungkan dengan ruang dapur agar mendapat ruang yang lebih besar
  4. Menukar ruang seperti menjadikan ruang hadapan rumah sebagai dapur dan ruang belakang sebagai ruang family dan istirehat (ikut kreativiti dan level privacy yg dimahukan oleh penghuni)
Untuk pemahaman, anda boleh cuba dengan bersedia membaca langkah selanjutnya dengan menyediakan kertas kosong dan pen bersama-sama anda. 





1.2 Kenal Pasti Aktiviti setiap sudut ruang 

Baiklah. Lakarkan di kertas kosong tadi ruang yang kita dah pilih sebagai ruang dapur. Cuba lihat pada gambar di atas, di bahagian dapur itu sendiri di labelkankan aktiviti yang bakal dijalankan di ruang tersebut. Anda lakukan yang sama. Bayangkan aktiviti yang bakal dilakukan dan ianya mestilah praktikal dan logik mengikut saiz ruang dan cara hidup anda sekeluarga. Sekiranya anda sekeluarga tidak gemar pada meja bar, elakkan idea penggunaan bar. Jika sebaliknya, pastikan ia bakal menjadi meja bar yang paling best dalam kehidupan anda sekeluarga!

Aktiviti di dapur yang boleh dikenalpasti adalah : 
  1. Membasuh
  2. Memotong
  3. Memasak
  4. Membakar
  5. Menyimpan makanan kering
  6. Menyimpan makanan basah
  7. Menyimpan makanan baki
  8. Menyimpan kelengkapan memasak
  9. Menghidang
  10. Makan Dan Minum
  11. Berborak
  12. Dan pelbagai lagi (anda cuba kenal pasti aktiviti yang anda mahu wujudkan)  
 
2. Ukuran Ruang Dapur

Ukuran dapur amat penting untuk:-
  1. Di bawa bersama ketika berbincang dengan pembekal kabinet dapur
  2. Di bawa bersama ketika ingin membeli perabot dan kelangkapan dapur bagi memastikan cukup ruang untuk meletakkan barangan tersebut
 2.2 Ukuran Basic

Bagi ukuran asas, gunakan pita pengukur atau menggunakan alatan sekolah-pembaris panjang (satu pembaris dengan kepanjangan 30cm bersamaan dengan 1 kaki) Ukur guna nisbah meter, sentimeter dan kaki (setiap kedai yang bakal kita junjung mengguna pakai berlainan sistem ukuran pada produk mereka)

Ukuran asas yang boleh dibuat adalah :
  1. Ukur Kelebaran Keseluruhan Dapur
  2. Ukur Ketinggian Keseluruhan Dapur
  3. Ukur ketinggian dinding bawah tingkap (built in kabinet bawah)
  4. Ukur ketinggian dinding atas tingkap (built in kabinet atas tingkap)-kalau siling tinggi
 
2.3 Ukuran Aksesori

  1. Ukur saiz tingkap ( untuk tirai dan saiz sink misalnya)
  2. Ukur saiz pintu (memastikan ruang yang ada di belakang pintu dan di hadapan pintu -ketika ukur gerakkan pintu buka dan tutup, kenal pasti kitaran bukaan pintu bagi mengelakkan gangguan bukak pntu selepas perletakkan perabot)
  3. Ukur kelebaran bucu-bucu atau sudut-sudut yang siap sedia (kadangkala ruang dapur berbentuk-bentuk sikit) 

3. Kenal Pasti Laluan Aktif Dalam Ruang 

Laluan/ sirkualsi ruang sangat penting untuk di ambil kira dalam menata rias ruang dapur. Kecelaruan sirkulasi boleh menyebabkan kemalangan di dapur kerana dapur adalah ruang yang aktif dan boleh menjadi sangat aktif apabila menerima tetamu atau ketika adanya jamuan makan di rumah :)

lihat semula pada gambar di atas. Garisan-garisan unggu yang saya lakarkan itu adalah garisan laluan sirkulasi penghuni di dalam rumah tersebut. Lalaun ini kita yang cipta. dari laluan ini kita akan dapat panduan untuk perletakkan dan susunan perabot dan ruang.

 
3.1 Lakaran Laluan

Gerakkan tangan membuat garisan putus-putus, bermula dari pintu masuk rumah. anda perlu bayangkan laluan anda pergi ke setiap ruang dan bilik. mana yang akan anda lalu di situ anda buatkan garisan putus-putus sampai ke pintu belakang rumah. Untuk pengetahuan anda, di sepanjang garisan putus-putus itu adalah bahagian laluan jadi di bahagian ini anda kene elakkan meletakkan sebarang barang/benda/perabot di sini. Ia tidaklah dilarang tapi jika anda letak juga, maka laluan itu terpaksa di bengkokkan dek kerana ingin mengelakkan barang-barang tersebut.

Jika anda telah siap melakar laluan, tahniah! anda telah berjaya mengenal pasti tuang dan sirkulasi ruang

 
3.2 Perkara yang perlu dititiberatkan

Disepanjang laluan itu apa yang anda perlu menitikberatkan adalah :


  1. Memastikan laluan itu lurus dan tidak berliku-liku
  2. Memastikan laluan itu bersambung ke setiap ruang dan tempat di dalam rumah tanpa terputus.
  3. Memastikan laluan itu mudah
  4. Mengelakkan halangan pada laluan

4. Lakarkan Susunan Perabot

Ok langkah seterusya, lihat kembali gambar lakaran di atas dan cuba perhatikan lakaran susunan perabot yang dibuat dengan menggunakan pensil. Awas! jangan guna pen dahulu. Pastikan anda menggunakan pensil sahaja ketika penyusunan perabot ini. Sebelum itu, pastikan garisan dinding dan sirkulasi anda telah lukiskan dengan menggunakan pen. Oleh itu sekiranya anda tidak berpuas hati dengan penyusunan perabot tadi anda boleh memadam lakaran tersebut dan lukis semula mengikut kehendak anda.
 

4.1 Susunan Perabot Bina Siap

Gambar: google

semasa melakar anda boleh memilih untuk menggunakan orentasi dan susunatur seperti gambar di atas mengikut kesesuian cara kerja anda dan keserasian dengan ruang dapur anda iaitu dengan menggunakan layout seperti berikut :-

  1. U-shaped kitchen
  2. G-shaped kitchen
  3. L-shaped kitchen
  4. Single wall kitchen
  5. Gallery Kitchen
  6.  Island feature
Gambar : Single Wall Kitchen


Gambar : Island Kitchen

Gambar: U shaped kitchen

Gambar : Gallery kitchen

Gambar - L-shape kitchen

(sampai di sini dulu....bersambung....)
4.2 Susunan Perabot Dapur Lain (loose furniture)

5. Senaraikan Kelengkapan Dapur
5.1 Sistem Kabinet Dapur
5.2 Kelangkapan Memasak
5.3 Bar Dapur
5.4 Meja Makan

6. Kesilapan Yang Selalu di lakukan
6.1 Halang PenCahayaan
6.2 Halang Pengudaraan 
6.3 Sirkulasi laluan
6.4 Saiz Perabot dan Kelangkapan
6.5 Warna dan konsep
6.6 Pencampuran Aktiviti di dapur

7. Saranan Terbaik
7.1 Lantai
7.2 Dinding
7.3 Kabinet Dapur
7.4 Peralatan Memasak
7.5 Kelangkapan Dapur
7.6 Perabot 



Tatarias Ruang Tamu & Ruang Makan

Tatarias Ruang Masuk (Foyer/lobby)

Penambahan landskap

Pemasangan Grill

Penambahan tinkat lantai

Penambahan Balkoni dan Anjung Kereta

Penambahan Ruang Dapur

Kelengkapan Asas Rumah untuk didiami

Jenis Rumah yang Anda Mahukan

Jenis Kejiranan Pilihan anda dan keluarga?

Lokasi yang Strategik Dalam Pemilihan Rumah

Membeli untuk Melabur atau untuk Mendiami?

Cara hidup anda dan keluarga

Rumah Jenis Berkembar

Rumah Teres



Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....


Alhamdulillah entry berkenaan Rumah Jenis Bertingkat telah pun selesai , sekarang ni tibalah mood dan semangat untuk berkongsi perkara dan panduan berkenaan Rumah Jenis Teres pula (Terrace House)


Gambar: kenangan terindah-Anak-anak di hadapan rumah teres kami di area bangi pada satu ketika dulu :)

Rumah teres vs Rumah Panjang

Rumah jenis teres ini dah lama wujud di Malaysia dan di luar negara. Di malaysia rumah teres yang masih penuh dengan identiti kemasyarakatan dan traditional adalah rumah panjang di sarawak. Konsep rumah teres masakini tidak banyak bezanya dengan rumah panjang melainkan paras rupa, bahan dan kos pembinaannya sahaja. namun demikian rumah panjang sarawak penuh dengan kebudayaan dan nilai-nilai kemasyarakatan berbanding rumah teres sekarang kerana dengan adanya konsep kaki lima/beranda dan laluan berlantaikan dan bertongkatkan buluh dan rotan yang merapatkan ukhuwah sesama penghuni. Jika di lihat konsep rumah teres moden sekarang, masing-masing berhadapan dengan jalan tar yang mesra untuk kereta sahaja. 


Gambar : kaki lima rumah panjang. sememangnya untuk penghuni bukan untuk kenderaan. berjalan kaki eartkan ukhuwah. kenderaan diletakkan di bawah (rumah panjang ini ditinggikan bagi mengelakkan kemalangan dan serangan haiwan liar)


Gambar : kaki lima rumah teres tiada. keluar terus ke jalan tar yang lebih "friendly" dengan kenderaan

 "Honey Comb"

Walaupun demikian, dengan kesedaran kemanusiaan yang semakin meningkat, ada juga pemaju yang mewujudkan rekabentuk rumah yang berkonsepkan "double frontage" di mana di bahagian hadapan berhadapan dengan tamandan bahagian belakang merupakan laluan kereta dan laluan bertar. Jadi tempat pertembungan dan tempat sosial kejiranan adalah di bahagian taman manakala tempat pertembungan kenderaan di bahagian jalan tar. kedua-dua bahagian ini di rekabentuk sebagai bahagian depan, maka sebab itu ia dipanggil "double fronted".




Gambar: contoh Bahagian yang biasanya dijadikan bahagian belakang dijadikan bahagian mengadap taman dan untuk tujuan pertembungan sosial sesama penghuni


Kebanyakkan design rumah yang sedemikian  menggunakan pakai konsep "honey comb". Layout begini mengetengahkan "small courtyard" (taman2 kecil) pada setiap kelompok. Kini ia telah digunapakai di Malaysia sebagai alternatif kepada konsep rumah teres sediada bagi meningkatkan mutu kehidupan dan kejiranan walaupun di tengah-tengah bandar.



Gambar: Kualiti kehidupan berbanding rumah teres sediaada.




Gambar: Disebelah kiri rumah teres biasa sediaada, manakala di sebelah kanan dan ke belakang adalah rumah berbentuk honey comb yang dikenali di malaysia sebagai cluster house



Ini entry lama saya semasa menguruskan blog peribadi di nuanisa blogspot


7 LOKASI KEDIAMAN TERBAIK DILEMBAH KLANG TAHUN 2010/ 2011 

 

 

Gambar: diambil ketika mula2 kami pusing-pusing mencari rumah di alam sari pada tahun 2010

Secara umumnya kebanyakkan pemaju perumahan di lembah klang hari ini tertumpu pada pembangunan sedarhana sehinggalah penempatan mewah khususnya dibandar-bandar utama.

Dari pemerhatian yang dibuat, majoriti hartanah yang di bina pada suku pertama tahun 2010/2011 adalah hartanah yang berada pada harga RM400,000 keatas yang mewakili 81% pembangunan hartanah baru. Walau bagaimanapun keseluruhan pembangunan untuk suku tahun pertama masih rendah berbanding pelancaran projek kediaman pada waktu yang sama tahun lepas.

Jika disusuri setiap pemaju dan lokasi yang cadangkan ini, hampir kesemua pemaju yang tersenarai mempunyai model pembangunan yang serupa iaitu pembangunan sebuah bandar pintar. Setelah membuat perbandingan menyeluruh, Drumah.com menyenaraikan 7 Lokasi Pembangunan Kediaman Bandar Pintar Terbaik Pada Tahun 2010 Pilihan Editor; lokasi tersebut adalah;-

1. Bukit Jelutong, Shah Alam (Sime Darby)
2. Bandar Seri Putra, Bangi (UM Land)
3. Denai Alam, Shah Alam (Sime Darby)
4. D’Alpinia, Puchong (Hap Seng Land)
5. Alam Sari, Bangi (I&P Menara Sendirian Berhad)
6. Laman Granview, Puchong, (IJM Land)
7. Jade Hills, Kajang (Gamuda Land)

Laporan ini berdasarkan skor kredit pada lokasi dan fasiliti, reka bentuk hartanah, keluasan tanah, luas binaan, spesifikasi, tawaran harga realistik, lanskap (township) dan nilai tambah pelan pembangunaan masa hadapan jangka singkat sekurang-kurangnya 5 tahun.

Dari perbandingan diantara contoh pembangunaan diatas, terdapat permintaan dan tren pemilikan hartanah berpagar di kawasan Kuala Lumpur; manakala daerah Hulu Langat bakal terus mencatatkan permintaan yang berterusan.

Daerah Sepang kini mempunyai prospek pertumbuhan baik dengan pelan pembangunan sokongan dari pihak Majlis Tempatan yang dilakukan secara berperingkat. Oleh kerana lokasinya yang berdekatan dengan Putrajaya dan KLIA ia menjadikan Sepang sebagai lokasi berpotensi untuk diterokai.

Dari sudut sewaan, hartanah-hartanah yang berada di kawasan utama seperti Bangsar, Damansara Heights, TTDI dan Bandar Utama terus dijadikan tumpuan pelabur dengan tawaran gaya hidup moden dan faktor keselamatan menjadi pilihan.

Secara keseluruhannya, tawaran pembangunan hartanah kediaman dan plot pada tahun ini mungkin akan mengalami sedikit penurunan. Walau bagaimanapun, nilai hartanah di bandar-bandar besar utama seperti Kuala Lumpur, Damansara Heights dan Daerah Petaling mungkin akan mengalami kenaikan singkat berbanding lokasi lain yang mungkin mendatar sehingga ke penghujung tahun.

Tujuh lokasi terbaik pembangunan kediaman untuk tahun 2010 adalah satu cadangan dari pihak editor Drumah.com untuk komuniti majalah hartanah online nya. Pelabur dan pembeli dinasihati untuk membuat penilaian yang lebih mendalam sebelum membuat sebarang tindakan berdasarkan artikel ini.

Bagaimana dengan anda?ketika ini telah cecah tahun 2013. pastinya berlaku peningkatan harga rumah yang melampau. sebelum membuat keputusan pastikan anda telah buat kajian terlebih dahulu. Bijak lah merancang. Rumah yang dibeli haruslah menjadi Aset (harta) bukan liabiliti (tanggungan). Ini akan dibincangkan dalam entry (Rumah sebagai aset)





Gambar: Rumah teres lama saya di alam sari dengan kereta Myvi lama saya dalam kenangan :) Rumah ini telah pun saya jual semula dek kerana peningkatan harga rumah yang mendadak di kawasan ini seperti yang dirujuk kepada penilai (valuer) pada ketika itu.

Ok..cop..iklan sikit, Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli rumah di kawasan ALAM SARI (salah satu dari 7 lokasi strategik yang dibincangkan di atas) boleh hubungi saya di: khairunnisahamzahara@gmail.com (maklumlah saya ni bekas kejiranan di sana-kini dah berpindah- so banyak kenalan dan jiran di sana. mudah untuk dapatkan contact dan penjual) :)

Ok, next kita akan bincangkan serba sedikit berkenaan dengan rumah teres ni. Cuba kita pikir balik rumah teres ni ada berapa jenis? bagi saya rumah teres ini terdiri daripada :-


  1. rumah teres kos rendah
  2. rumah teres kos sederhana
  3. rumah teres kos tinggi (atau disebut "superlink house")
  4. rumah teres berpagar dan berpengawal keselamatan ("gated")    
 
Rumah Teres Bertangga
 
Dalam kesemua jenis ini  rumah-rumah teres tersebut dibina dalam bentuk:-

  1. Satu tingkat ( tiada tangga)
  2. Satu tingkat setengah ( ada antara 11- 21 anak tangga)
  3. Dua Tingkat (ada > 21 anak tangga)
  4. Dua Tingkat Setengah (ada 32 -42 anak tangga)
  5. Tiga Tingkat ( ada dalam > 60 anak tangga)
Di Malaysia paling tinggi kita lihat adalah 3 tingkat. Kalau ada yang pernah nampak 4 tingkat boleh kongsi sikit dekat mana lokasi nya. Jika dilihat jumlah bilangan anak tangga, adakah anda rasa anda suka yang jumlah anak tangga nya lebih banyak atau lebih sikit atau tiada tangga? :)
 
Gambar : bukan apa, bila tangga dah banyak sangat dah tak larat nak panjat tangga hari-hari. kalau budak2 mahunye mereka lompat aje. nak tak nak kene buat slide kat tepi tangga, bole dropkan barang dari atas juga. Pernah tengok filem P.Ramlee? La Porko..Watakungsi..Landing Time :)


isu-isu penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan rumah yang banyak anak tangga di dalam rumah adalah keselamatan anak-anak terutamanya anak-anak yg masih bayi yang ghairah untuk mencuba.




Gambar: Jika telah beli rumah yang banyak anak tangga, pastikan ada pagar/gate bagi menyekat anak kecil dari turun naik tangga sendirian. Pastikan juga bucu tangga di bulatkan. Jika bucu tangga kasar dan tajam, pasangkan laminated flooring pada landasan setiap step tangga dan letakkan "bull nose" di bahagian bucunya




Gambar: Sistem lift seat untuk membantu orang kurang upaya menaiki tangga


Berlainan pula dengan isu orang kurang upaya dan juga orang tua kita untuk menaiki tangga. sekiranya tinggal di dalam rumah tersebut , jika di luar negara , mereka menggunakan sistem seperti di atas (sesuai untuk rumah 3 tingkat :)) Di Malaysia sistem ini telah pun sampai. Baru-baru ini di pameran Homedec di KL convention centre ada satu supplier yang mempamerkan dan mendemostrasikan sistem ini kepada pengunjung. Pengunjung bole mencuba menggunakan sistem ini.

Jadi, nampak, kan? faktor pemilihan rumah sangat penting dan perlu diambil kira dari pelbagai segi dan sudut. Faktor-faktor lain akan dibincangkan dalam entry cara hidup sekeluarga


Fasiliti 

Sebelum membeli sebuah rumah teres, saya menasihatkan agar menimbang beberapa perkara. Ini sesuai bagi mereka yang punya pilihan. Misalnya membuat pembelian di peringkat awal dan terlibat dalam proses undian/cabutan/pilihan/ no rumah yang berkenan. Jika anda dalam kategori ini, suka saya untuk memberi sedikit panduan

  1.  Cari unit rumah yang tidak menghadap unit rumah lain. Ini akan memberikan kelapangan buat anda dan tetamu yang datang kerumah (boleh parking kereta di depan rumah dan di tepi jalan raya) jika rumah menghadap unit lain, leceh sedikit tetamu nak parking. kemungkinan terpaksa parking di sisi rumah jiran lain (mengganggu)
  2. berdekatan dengan taman permainan atau kawasan terbuka. elakkan memilih kawasan belakang dan sunyi. kawasan lapang dan taman permainan boleh dijadikan lokasi untuk barbeque jika ada jamuan makan sesi keluarga dan tetamu kita. (bg rumah yang betul2 bersebelahan taman permainan atau kawasan lapang) kawasan belakang dan sunyi membahayakan misalnya jika berlaku pecah rumah, kurang mata yang memerhatikan.
  3. pilih unit rumah yang berhampiran surau (jika kawasan rumah tersebut dilengkapi dengan kemudahan surau) agar senang dengar azan, mudah jalan kaki ke surau. tak perlu bawa kereta atau motor
  4. cari unit yang menghadap lampu jalan. untung-untung tak perlu buka lampu tembok di depan rumah ketika malam atau ketika pulang beraya kerana penangan lampu jalan yang terang dan suluh sekali dalam kawasan rumah kita
  5. cari rumah yang berdekatan dengan kedai-kedai dan kemudahan lain yang kita perlukan
 
 
 
Gambar: kenangan di rumah alam sari kami-rumah tidak mengadap unit rumah lain
 
Gambar: rumah berhampiran dengan taman permainan atau kawasan lapang. beri peluang untuk anak-anak beriadah dan bersantai di petang hari/masa cuti
 
Gambar: Rumah yang tidak menghadap unit rumah lain memberikan kelapangan dan keselesaan. Selesa untuk buat majlis di mana perlu pasang khemah2 di depan rumah tanpa risau jika mengganggu rumah jiran dihadapan
 
Pengalaman Penulis:

Kehidupan di alam sari banyak memberikan kenangan manis. Rumah yang diduduki adalah merupakan rumah jenis teres kos sederhana dan merupakan rumah teres 2 tingkat. Kami bertuah kerana memperolehi unit yang tidak menghadap unit rumah lain, malah menghadap ke surau. Dekat untuk jalan kaki ke surau. Dekat untuk ke taman permainan. Mudah untuk pasang khemah bila adakan majlis jamuan makan.

Rumah 2 tingkat saja sudah cukup melenguhkan kaki. setiap hari berapa kali ulang alik turun naik tangga. Anak-anak yang masih kecil dan aktif pula kuat mencapakkan baran dari tingkat atas. sesampai di bawah barang tersebut pecah dan berderai. Untuk orang tua kita perlu sediakan bilik tetamu di bahagian bawah. 

Dari pengalaman tinggal di dalam rumah teres 2 tingkat, membuatkan saya dan suami berpakat untuk mencari rumah jenis setingkat sahaja. Biar rumah tersebut rendah tanpa tangga, janji lebar dan luas. (selesa) :)

Sampai di sini dulu perkongsian saya, jika ada penambahan, saya akan tambah kemudian.
sebarang pertanyaan boleh bertanya di
khairunnisahamzahara@gmail.com

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

Rumah Jenis Bertingkat



Assalamualaikum,
Kepada semua pembaca blog
Alhamdulillah di pagi yang cerah dan tenang ini saya berkesempatan untuk meluangkan masa untuk berkongsi sedikit info berkenaan dengan persediaan untuk memiliki rumah kediaman. Untuk Entry permulaan ini, saya akan berkongsi maklumat tentang rumah jenis bertingkat. 


Gambar: dari google


Sebelum pergi lebih jauh tentang rumah jenis bertingkat ini, sukalah saya untuk berkongsi info bahawa rumah terbahagi kepada geran/hakmilik persendirian atau geran/hakmilik strata. Bagi rumah jenis bertingkat ia adalah termaktub kepada rumah jenis Geran (hakmilik) Strata (strata title). Apa maksud Geran Strata? 
SOALAN LAZIM BAHAGIAN HAKMILIK STRATA

 
Gambar: buku akta hakmilik strata 1985 yang boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH, Pelangi dan sebagainya. Pembeli dinasihatkan rujuk akta ini untuk mengetahui hak2 pembeli dan tindakan-tindakan yang boleh aiambil oleh pembeli terhadap pemaju


 



S :Apakah yang dimaksudkan Hakmilik Strata?
J :Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih atas tanah berimilik yang dipegang sebagai satu lot dimana kelulusan bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan (Seksyen 6 Akta Hakmilik Strata 1985). 

Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai.



Gambar : dalam setiap pembahagian tingkat terdapat pecahan unit dan petak lagi yang berpemilikan lain-lain tuan




S :Bilakah Hakmilik Strata perlu dipohon?
J :Permohonan boleh dibuat oleh pemaju/pemilik tanah walaupun bangunan yang telah siap dibina itu belum dikeluarkan Sijil Menduduki (C.F.). Namun, Permohonan sedemikian hanya akan diluluskan oleh PTG setelah hakmilik tetap dan Sijil Menduduki penuh diperolehi.




S :Bagaimanakah caranya memohon Hakmilik Strata?
J :Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan bayaran dan lain keperluan seperti dalam senarai semak.




S :Mengapakah Hakmilik Strata perlu dipohon dan didaftarkan?
J :Ia bertujuan untuk menjamin kepentingan pembeli rumah berbilang tingkat sebagai pemilik berdaftar dari segi pegangan hakmilik strata. 

Faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh pemilik petak berdaftar adalah:- 
  • Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer setiap petak.
  • Hak ke atas keuntungan dari hasil jualan tanah sekiranya pecah bahagi bangunan ditamatkan atau tanah dijual.
  • Hak ke atas pampasan insuran akibat dari bencana alam.
  • Hak mendapat sokongan, perkhidmatan dan perlindungan bagi petaknya.
  • Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik berhubung dengan petaknya seperti membuat urusniaga (pindahmilik, memajak, menggadai dan sebagainya).


S:Apakah yang dimaksudkan dengan Petak?
J:Di dalam skim strata, unit strata dikenali sebagai ‘petak’.

Gambar: satu unit rumah untuk satu tuan adalah di kira sebagai satu petak




S:Apakah yang dimaksudkan dengan Petak Aksesori?
J:Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata

Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.

Gambar: Ini contoh cadangan condominium mewah di mana parking kereta (unit aksesori)  2 lot untuk setiap unit (petak) yang ditempatkan terus dihadapan unit (petak) :)





S:Apakah yang dimaksudkan dengan Perbadanan Pengurusan?
J:Terdiri daripada pemilik-pemilik petak di dalam skim strata. Ia terbentuk secara automatik bila hakmilik strata didaftarkan melalui Buku Daftar Strata.



Gambar: contoh pejabat pengurusan yang disekalikan dengan cyber cafe di bangunan kondominium/apartment





S:Apakah yang dimaksudkan dengan Harta Bersama?
J:Harta Bersama ditakrifkan sebagai semua di atas tanah berimilik kecuali petak dan petak aksesori 

contoh: seperti tangga, bumbung, taman dan sebagainya.


Gambar: contoh taman riadah, playground dan swimming pool untuk digunakan bersama oleh setiap penghuni/ tuan petak. (saya pernah ke sini ketika kenalan jemput untuk hadir jamuan makan yang dibuat di bahagian ruang terbuka dan dewan bersebelahan swimming pool. Dewan adalah percuma sebab termasuk dalam management fee yang dibayar setiap bulan. cuma apabila ingin menggunakannya maka kene bayar wang booking dan wang sewa kerusi meja dan ia cuma rm80 sahaja! :)




S:Apakah yang dimaksudkan dengan Unit Syer?
J:Setiap petak diumpukkan unit syer dan ditunjukkan di dalam pelan strata. Jumlah umpukan unit syer adalah berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti saiz petak, lokasi petak, harga jualan petak, harga pasaran petak dan lain-lain. Pembayaran caruman adalah berdasarkan umpukan unit syer   bermaksud semakin besar unit syer makin tinggi caruman yang dibayar. 



Ok, sekarang dah jelas tak dengan jenis hakmilik sekiranya membeli rumah bertingkat? jika dah jelas kita teruskan dengan penghuraian lanjut tentang jenis2 rumah bertingkat ini.
Rumah jenis bertingkat kebiasaannya berada di dalam kawasan Bandar atau di pinggiran Bandar di mana jumlah penduduknya ramai dan Tanah di kawasan tersebut mahal dan limited. Untuk pengetahuan pembaca semua, Rumah jenis bertingkat ini sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis rumah. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu. Di sini saya akan cuba huraikan sedikit sebanyak agar rata-rata yang sedang mencari rumah jenis bertingkat ini dapat info yang sebetulnya.

Rumah Jenis Bertingkat terbahagi kepada 5 jenis iaitu:-
  1. Kondominium
  2. Apartment
  3. Service Apartment
  4. Rumah Pangsa
  5. Town House

1.KONDOMINIUM
Keluasan           : paling luas dan selesa (ada juga jenis studio house (tak ada bilik))
Harga                : lebih mahal berbanding jenis yang lain (ikut kawasan)
                           kebanyakkan kondominium adalah jenis mewah
Fasiliti              : pengawasan sekuriti
                           swimming pool
                           gymnasium
                           taman permainan
                           taman rekreasi
                           library
                           clubhouse
                           dewan serbaguna
                           parking kereta ( sekarang minimum 2 lot)
                           kindergarten & child care centre (tadika dan pusat asuhan kanak-kanak)
                           clinic
                           surau
                           mini shop (kedai barangan harian penghuni)

                           
 Kelebihan :
-rekabentuk elegant dan mewah (sebab namanya "kondominium")
-lengkap dengan pelbagai fasiliti kegunaan harian dan mingguan (mudah bg penghuni)
-selamat dengan system sekuriti (tidak risau anak-anak menggunakan sendiri kemudahan2 yg disediakan)

 
 Contoh Kondominium: 
Tijani 2 North, Kenny Hills




Built-up 2,827 sf       Type Condominium
Asking RM 2,035,440(RM 720 psf)       Furnishing Unfurnished
Listing For Sale       Layout -NA-

TIJANI 2 NORTH is a luxury low rise residential located in one of the most exclusive neighborhood in Kuala Lumpur, Kenny Hills. The name itself portrays its exclusivity, luxury and privacy offered, as Tijani means "crown jewel" in Arabic. The location is very central just a fe wminuts away from Tun Razak Hockey Stadium and Sports & Government Complex, Among its immediate negihbourhoods are Sri Hartamas, Dutamas and Taman Duta.

(sumber :http://www.propwall.my/classifieds/1143375/tijani-2-north-kenny-hills-condominium-for-sale-by-gwen-ng)



2. APARTMENT

Keluasan  : Sederhana antara 600sft - 1600sft atau lebih
Harga       : Sederhana (ikut kawasan. normally antara rm300k - rm600k)
Fasiliti      : Awas! Kalau jenis walk up apartment , tu maksudnya kene naik tangga 
                  (tiada kemudahan lift) kebiasaannya walkup apartment ini sampai 4 tingkat
                  sahaja (5 tingkat kalau termasuk tingkat yang bawah sekali -ground level)

Kemudahan yang disediakan terpulang kepada pemaju. Ada pemaju yang tidak menyediakan kemudahan kecuali fasiliti asas yang diwajibkan oleh pihak berkuasa seperti parking kenderaan, tempat buang sampah dan taman permainan sahaja.

Bagi pemaju yang "good record" biasanya akan menyediakan pelbagai fasiliti/kemudahan sama seperti kemudahan yang diceritakan yang ada pada rumah jenis kondominium. Cuma bezanya harganya tidak semahal dan rupanya tidak seeklusif rumah jenis kondominium.

Kelebihan:

-saiz rumah selesa dengan harga yang berpatutan
-lebih baik apartment yang jenis ada lift dan ada sistem security
-lebih prefer untuk ambil rumah jenis apartment jika berada di kawasan bandar
dan berpendudukan padat serta terdedah dengan pelbagai jenayah rompakan dan kecurian. 
-service mentainence turut disediakan. ini memudahkan pengguna untuk tidak terlibat dalam aktiviti pembersihan dan penyelenggaraan kawasan rumah dan berhak menggunakan fasiliti yang ada



Gambar: Apartment yang tinggi ada lift dan option lift jika berlaku kebakaran dan kecemasan




Gambar : walkup apartment tidak disediakan lift. kene naik tangga dan maksimum 4 tingkat sahaja jika di malaysia. jika termasuk ground floor totalnye adalah 5 tingkat. walkup apartment famous di luar negara. Di malaysia juga banyak walk up apartment.



 3. SERVICE APARTMENT

Keluasan : Sama seperti keluasan apartment biasa

Harga      : Mahal sedikit dari apartment biasa kerana kemudahan yang disediakan lebih banyak dan berada di dalam lingkungan kemudahan komersial. di bina sekali dalam satu kawasan

Fasiliti     : sama seperti fasiliti apartment biasa namun apa yang menariknya ia dibina sekali dengan shopping kompleks dan kemudahan-kemudahan lain yang komersial. Samaada kemudahan ini di kongsi dengan orang luar atau hanya untuk penghuni sahaja. sekiranya service apartment ini dibina bersama sekali shopping complex, perancangan yang teliti akan dibuat di mana jalan masuk ke kediaman akan di rekabentuk laluannya privacy dan hanya boleh di access oleh pengguna sahaja seperti menggunakan kad sensor peribadi. kawasan dan tingkat parking kereta penghuni juga berasingan dengan parking kereta visitor dan orang luar.Selain itu, service yang di provide turut lengkap dengan kedai dobi, klinik, tadika, dan macam-macam lagi

service apartment di The Mines

 
Gambar: service apartment di midvalley. di mana midvalley merupakan shopping complex yang termasyhur di KL. oleh itu penghuni service apartment yang dibina bersama midvalley ini perlu tinggi sistem security nye. Penghuni di sini mudah untuk bershopping dan mendapatkan service2 yang lain seperti gunting rambut, dobi, clinic, mart..dan lain2






4. RUMAH PANGSA (FLAT)   

Keluasan  : Biasanya rumah flat mempunyai keluasan yang sederhana atau lebih kecil.
                  kebiasaannya hanya mempunyai 2 buah bilik.
                  jika ia mempunyai 3 buah bilik, kebiasaannya ruang dapur nye pula yang kecil
                 Rumah pangsa selalu dijadikan kuarters pekerja, asrama pelajar dan juga         
                 rumah pangsa kos murah. sesuai bagi mereka yang baru mendirikan rumah  
                  tangga, orang tua, dan juga mereka       yang            ditempatkan semula 
                  (berpindah kerana tanah sendiri diberi pamasan sebab kawasan tersebut 
                   hendak dimajukan)

Harga      : lebih murah berbanding apartment. bole dapat antara rm60k -rm200k (ikut lokasi)

Fasiliti     : fasiliti asas dan kebiasaannya diletakkan di kawasan rumah flat ini adalah taman permainan kanak-kanak, pondok2/wakaf2, parking kereta, rumah sampah. jika ingin penjagaan sekuriti, penghuni akan berpakat dan mewujudkan pondok jaga dan sistem palang. begitu juga dengan surau, ianya effort dan kerjasama penduduk flat tersebut

Kelebihan: Penghuni lebih gemar keluar dari unit kerana unit sendiri kecil dan tidak selesa bagi yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang rapat. Apabila keluar beriadah dan ke taman permainan misalnya, bole merapatkan silaturrahim sesama penghuni dan kenal sesama mereka.




 


5. TOWN HOUSE

Oh, apa itu town house? ok town house ni kita bole lihat di bandar-bandar. pernah tengok tak rupanye macam rumah teres tapi tingkat atas rumah orang lain manakala tingkat bawah milik orang lain. MAcam mana ini boleh berlaku? inilah yang dinamakan townhouse. Beberapa penghuni/tuan berkongsi lot. MEreka ini tertakluk juga dengan akta hakmilik strata. Tanah mereka milik pemaju dan management, mereka hanya miliki rumah mereka sahaja. Dan yang menarik dalam satu lot itu jugalah mereka berkongsi tapak letak kereta dan untuk ke unit rumah masing2 yg ditingkat atas , mereka akan menggunakan tangga atau lif ( dimalaysia biasanya tangga sahaja kerana townhouse dimalaysia kebanyakkan 2 tingkat sahaja. kadang2 bole jumpa yang tiga tingkat)

Keluasan   : Bergantung kepada pemaju. kebiasaanya keluasan nye selesa dan berbaloi
                   Namun ada juga town house yang dibina dengan saiz minimum sahaja.
                Tapi tak kurang juga ada yang bina town house dengan saiz yg lebih besar malah
                   ada yang 2 tingakat bagi satu unit

Harga       : bergantung pada lokasi kebiasannay harga sama mcm rumah teres (rm200k - rm400k)

Fasiliti      : kemudahan yang disediakan adalah tangga di luar rumah dan parking lot.

Kelebihan : Ada yang suka rumah bawah dan ada yang suka rumah atas. jadi siapa yang suka rumah bawah bole pilih rumah bawah, yang suka rumah atas boleh pilih rumah atas. (2 environment dan living style yg berbeza dlm satu kawasan :))



lihat pada gambar, ia kelihatan seperti rumah teres tetapi dalam satu lot itu terdapat 2 tingakat dan 2 lot parking yang dimiliki oleh 2 tuan yang berbeza


Ini contoh di luar negara di mana ini adalah tangga untuk ke unit masing-masing


Ini contoh tangga untuk rumah orang atas. laman di bawah ini dikongsi bersama antara orang atas dengan orang bawah :)




Pengalaman Penulis:

Sejujurnya saya sendiri pernah tinggal di rumah jenis townhouse dan rumah jenis walkup apartment. 

Rumah walkup apartment :-
Sebaik sahaja habis belajar di Universiti, saya dan suami sepakat untuk mendirikan rumahtangga. ketika itu suami sudah pun menyewa di sebuah unit di rumah jenis walkup apartment. Ketika itu saya sedang mengandung anak pertama. pengalaman saya tinggal di tingkat 3 sangat lah penat untuk memanjat tangga. kadang kala terpaksa berhenti di tengah2 tangga dek kerana keletihan. Rumah jenis ini saya lihat kebanyakkan penghuni adalah orang-orang bujang. iyelah lebih2 lagi orang bujang lelaki, mereka punya tenaga dan kuat memanjat tangga. Apa yang saya tidak berapa selesa ialah kita terpaksa membawa sampah harian sendiri baik basah atau kering turun dari tangga, bawa naik kereta dan hantar ke rumah sampah sebelum pintu gate keluar kawasan apartment. setiap hari begitu rutinnya. syukur alhamdulillah tak sampai 4 bulan kami berpindah ke KL pula meninggalkan rumah walkup apartment yang ketaknya nun jauh di rawang.

Rumah Townhouse

Kemudian kami berpindah ke rumah jenis Town House yang kebetulan ibu saudara suami saya tinggal di rumah jenis town house tersebut. So ibu saudar suami tinggal di bahagian bawah dan kami tinggal di bahagian atas. Parking kereta sama bole parking sebelah-sebelah. Namun untuk ke unit rumah kami, kami perlu memanjat 21 anak tangga ke atas. di bahagian atas ada balkoni kecil sebagai tempat letak kasut. yang tak seronoknya, samalah sampah perlu di bawa turun tangga dan diletakkan dalam tong sampah di bawah tangga luar. peti surat juga diletakkan bersebelahan peti surat orang bawah, so kene turun bawah tangga jika postmen datang. Namun rase lebih selamat dan selesa duduk di atas kerana orang bawah rumah mereka terdedah sbb rumah townhouse tidak dilengkapi dengan pagar. rumah orang bawah sering kedengaran di masuki pencuri

begitulah serba sedikit pengalaman saya. saya tinggal di town house ini selama 1 tahun lebih dan kemudian berpindah ke rumah teres yang dibeli oleh saya dan suami. ikuti kisah dan cerita2 menarik tentang rumah jenis teres pula di entry yang lain..

Sekian,
jika ada apa-apa pertanyaan lanjut bole email ke
khairunnisahamzahara@gmail.com

II KHAIRUNNISA HAMZAHARA II



Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO