NUFFNANG

Monday 20 January 2014

Kedai Pakaian Kanak-Kanak Wafa's Closet Menaja Pakaian Untuk Anak-Anak

Teks: khairunnisa hamzahara

Sebulan Sebelum melangkah ke tahun 2014 yang lalu, saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit sesi fotografi bersama keluarga untuk sesi pembikinan Cover Blog, Website, Ebook dan sebagainya. Alhamdulillah, beberapa buah butik memberikan maklumbalas terhadap berita yang saya siarkan untuk mempromosikan koleksi mereka sambil saya menjalankan sesi fotografi. Untuk entry hari ini, saya ingin kongsikan tentang Butik Pakaian Kanak-Kanak yang menaja Pakaian untuk putera dan puteri saya di sepanjang sesi Fotografi ini iaitu Wafa's Closet.

Pertemuan saya dengan Wafa's Closet ini adalah selepas mendapat rekomen dari sahabat lama yang merupakan juga kenalan kepada pemilik butik Wafa's Closet ini. Selepas berkenalan di message whatapps, pemiliknya berbesar hati dan menjemput saya dan anak-anak untuk datang ke butik untuk mencuba dan memilih pakaian. Rupanya, lokasi kedai fizikalnya dekat saja dengan rumah ibu saya iaitu di Bandar Baru Bangi. Alamatnya :


NO.13GF, JLN 7/7C SECTION 7,
 BANDAR BARU BANGI SELANGOR.

Saya lebih cadangkan bagi anda yang tinggal berhampiran atau yang singgah ke Bandar Baru Bangi untuk datang ke kedai Wafa's Closet sendiri berbanding melawat fan page facebooknya. Ini kerana terlalu banyak koleksi dan sentiasa update yang terbaru, jadi kadang kala tidak sempat untuk Wafa's Closet mengemas kini status dan jenis koleksi di laman fan page nya. Puas hati lagi jika dapat ke kedai nya sendiri. Saya kagum kerana butik Wafa's Closet ada secara alam maya dan juga ada secara fizikal.

Pengalaman Berkunjung Ke Wafa's Closet

Gambar: Si kakak mencuba baju kurung corak daun parsley dari wafa's closet yang mempunyai tali ikatan di belakang pinggang seperti gaya kimono

Cara gantungan
Semasa mula melangkah masuk ke Wafa's Closet, saya rasa teruja melihat koleksi dan gaya koleksi nya di pamerkan. Kedai nya seakan-akan kedai berjenama yang lain seperti jenama luar negara. Cara gantungan pakaiannya juga mencuri tumpuan pelanggan yang masuk. Sudah masuk pasti lama nak singgah. Mahu habiskan masa memilih pakaian saja. Ini kerana, pakaian yang ada berkualiti dan harganya sangat berpatutan. Tidak mahal tapi ia seperti baju yang branded (berjenama)

Meja Mainan
Bagi mengisi masa dan kebosanan anak-anak kecil, turut disediakan meja mainan untuk anak-anak kecil bermain sementara si ibu memilih pakaian. 

Kad keahlian Diskaun
Semasa saya datang ke sini, ada sebuah keluarga yang sedang menghabiskan masa membeli pakaian untuk 4 orang anak nya. 4 paper bag penuh lagi. Saya cuba tanya si pembeli, katanya, dia memang kerap ke Wafa's Closet dan sudah jadi member. Baru saya tahu, ia ada peluang untuk menjadi ahli. Dengan menjadi ahli, boleh nikmati diskaun lebih walau item tersebut sudah pun ada harga diskaun.



Saya ambil masa agak lama untuk memilih pakaian yang diperlukan walaupun sudah deal ingin kan pakaian bewarna putih untuk kedua-dua anak. Namun rambang mata di buatnya. Ikutkan saya akan pulangkan semula pakaian ini apabila tamat sesi Fotografi, tapi Alhamdulillah, kerana pemilik Wafa's Closet membuat keputusan untuk menghadiahkan kesemua koleksi yang dipilih untuk anak-anak saya. Syukur Alhamdulillah. Saya juga ambil kesempatan ini dengan mendaftar sebagai member untuk Wafa's Closet bagi menikmati diskaun yang diberikan pada masa akan datang.



Produk
Istimewanya di Wafa's Closet, bukan sahaja ada pakaian kanak-kanak, malah turut ada permainan, kasut , aksesori kanak-kanak dan makanan tambahan (supllement) untuk kanak-kanak. Di sini ia menekankan konsep ceria dan sihat untuk anak-anak membesar dengan baik dan ia diusahakan oleh seorang ibu yang sangat pentingkan tentang pembesaran dan keceriaan anak-anak.



Tajaan
Sepanjang berada di Wafa's Closet, saya tidak dapat bertemu dengan pemiliknya kerana dia berada di luar kawasan. Saya hanya berhubung dengan pekerja kedai nya saja yang turut peramah dan rajin melayan kami dalam membuat pemilihan pakaian yang akan digunakan untuk sesi fotografi. Pekerja nya sangat dedikasi, ikhlas dan rajin membantu pelanggan. Mesra dan cekap. Jangan risau untuk datang ke Wafa's Closet kerana penjaga kedainya ramah, dan koleksinya tidak mahal malah berbaloi dan berkualiti.



Terima kasih banyak saya ucapkan kepada Wafa's Closet kerana sudi menaja 2 pasang pakaian untuk anak lelaki dan dua pasang pakaian untuk anak perempuan. Saya kongsikan sedikit sedutan gambar dari aksi sesi fotografi yang dijalankan dengan memakai koleksi yang dihadiahkan dan di taja oleh butik Wafa's Closet :








Bagi yang tercari-carai butik pakaian yang berbaloi untuk anak-anak, saya cadangkan untuk terus ke Wafa's Closet seperti di alamat yang tertera di atas. Insyaallah, pasti puas hati. Sebab kebanyakkan pelanggan yang masuk ke Wafa's Closet bila saya tanya, mereka merupakan member dan mereka gemar membeli pakaian anak hanya di wafa closet saja. Mudah, cantik dan berbaloi. Masing-masing saya lihat membimbit 3-4 buah paper bag. Betul orang kata, tak kenal maka tak cinta ;)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO