Teks: khairunnisa hamzahara
Gambar: Sekadar hiasan- Kenangan mommy aplikasikan apa yang di belajar di kelas membuat cheesterat dan mengayakan ikut selera anak-anak |
Kasih sayang bermula dari makanan. Ibu yang menyediakan dan menghidangkan makanan dengan penuh kasih sayang dapat melahirkan anak yang membesar dengan penuh kasih sayang. Anak yang membesar dengan cara ini lebih baik budi pekerti nya dan sentiasa menyayangi dan menghormati ibunya. Untuk mendidik dan mendapat kasih sayang anak bukanlah perkara yang kita boleh dapatkan dalam sehari dua. Ia memerlukan masa untuk kita menyemai dan mendidik.
Gambar: sekadar hiasan- makanan pelbagai pilihan di susun di gerai makanan berdekatan rumah |
Ramai juga di kalangan ibu moden mengganggap perkara ini tidak penting sehingga ada yang sekadar mebelikan makanan di gerai sebagai bekalan anak mereka bawa untuk ke sekolah. Tak hairanlah kalau si anak lebih rindu dan sedih jika pakcik kedai tersebut tidak meniaga sebab anak ini telah sukakan makanan yang disediakan oleh oakcik gerai tersebut. Jika pakcik atau makcik gerai tersebut orang yang alim dan baik, bertuah lah anak kita dapat makan makaanan dari air tangan mereka. Namun bagaimana pula sebaliknya? jika pakcik dan makcik tadi adalah seorang yang tidak solat, berjudi, suka berkaraoke, meniaga nasi lemak tepi jalan sekadar untuk mencari wang taruhan dan berhibur, sambil hisap rokok, pakai seluar pedek, makcik tak bertudung. Anak kita pula pergi ke sekolah bawa bekalan air tangan makcik pakcik ini. Beras yang buat nasi lemak tadi di kocak oleh makcik tadi sambil mencarut-carut dengan suami nye kerana bergaduh di waktu pagi. Anak kita pula makan beras yang di basuh tadi yang dah pun jadi nasi lemak.
Sedangkan si ibu boleh menyediakan makanan yang lebih baik. Sambil membasuh beras, mendoakan anak nya pandai, baik, bijak , alim, soleh dan sebagainya. Dan doa ibu itu Makbul! Ibu tadi juga boleh mendoakan untuk suaminya agar mendapat rezeki yang berkat, bersemangat pergi ke kerja, rajin solat jemaah dan sebagainya. Rugi jika para ibu tidak mengambil kesempatan menyediakan makanan kerana makanan lah yang jadi darah daging seseorang. Baik makanan tu baik lah orang tu. Baiknye makanan bukan hanya sekadar bahan yang disediakan tetapi bermula dari siapa yang menyediakan.
Di sini Saya ingin kongsikan pengalaman dan sahabat saya dalam menyediakan bekalan makanan untuk anaknya bawa ke sekolah. Jemput tengok bento yang dihias oleh sahabat saya yang kini di jepun. Katanya, lepas siap hias bento ni barulah anak balik bawa bekas bento yg licin. Kalau tak, tak berusik. Sebab kat sekolah, dia akan tengok bento kawan punya. Siapa lagi cantik dan best. Jadi secara tak langsung si ibu jd lebih kreatif. Sebenarnya semasa penyediaan makanan anak ni lah tersemainya kasih sayang dan belaian ibu. Si anak pasti bangga dengan ibunya.Terima kasih kerana berkongsi imej dan idea deko bento, semoga ia memberi dorongan kepada ibu ibu lain untuk turut lakukan yg terbaik untuk anak bermula dari seni penyediaan makanan!
"The reason I make decorated bento because Faeq has a poor appetite. On the first week (kindergarten), I make normal bento (dumped all the foods in bento box without decorating it). I feel sad he didn't even touch the food. So my neighbour gave me on "how to decorate bento box" (in Japanese). And since then, I know that decorating bento is a normal trick to get your children eat proper meal. So here I am, into this decorating bento."
Berapa ramai di antara kita yang sedar akan pembentukan sahsiah seseorang itu bermula dari makanan yang di makan? Sedar tak sedar, air tangan lah yang membentuk peribadi seseorang. Saya ingin berkongsi sedkit kisah yang diperolehi dari facebook:
"Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
(senibina Kehidupan Di Rumah)
Hiasi Kediaman, Hiasi PEribadi
Dapatkan bekas Bento/Bekalan untuk anak dan suami di sini : http://tupperwareonline4u.blogspot.com/2013/10/bento-box-set.html
Boleh dapatkan cetak nasi dan roti di website ini:
http://bentocraft.com/
http://www.tokobento.com/
Boleh dapatkan cetak nasi dan roti di website ini:
http://bentocraft.com/
http://www.tokobento.com/
Jemput belajar buat blog di kelas asas blog online di sini:http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html
Untuk tempah rekabentuk kediaman, boleh hubungi penulis di : khairunnisahamzahara@gamail.com atau terus ke FB official penulis : https://www.facebook.com/KhairunnisaHamzahara
0 comments:
Post a Comment