NUFFNANG

Wednesday 26 September 2018

SELESAIKAN MASALAH LIPAT BAJU DAN TIMBUNAN PAKAIAN

Teks: Khairunnisa Hamzah
Gambar : Pinterest


Dah baca ke kisah Jin pada timbunan baju tu?
Jin atau syaitan ini sebenarnya ada saja di mana-mana tempat yang tidak terurus, busuk, dan kotor. Apabila kita berpegang kepada dua perkara ini, insyaAllah ia adalah asbab untuk kita kuatkan semangat dan kudrat bagi mengelokkan urusan penyelenggaraan dan rupa rumah. Apa dia?
1. "Kebersihan itu sebahagian daripada IMAN"
2. "Allah itu indah dan sukakan keindahan"

Seorang jutawan pernah berkongsi pesanan dari tauladan hidupnya. Hanya satu ayat tetapi sungguh bermakna. Kata beliau : " Kosongkan sinki dan tong sampah rumahmu sebelum kamu tidur. Kerana jika tidak, ia mengundang bala dan papa kedana"

Sungguh sangat benar kata-kata ini.

Rupanya, samalah dengan pengurusan baju. Juga pengurusan apa sekalipun seperti susunan barang kerja atau barang dapur.

Kerana jin dan syaitan benar-benar akan bertandang pada mana-mana tempat yang tidak diurus dengan baik.

Mereka allergik dengan ruang yang bersih, elok dan indah. Kerana itu semua menjemput Malaikat dan kasih sayang Allah. Sedangkan jin dan syaitan yang mahu berdamping dengan manusia untuk menyesatkan mereka ke neraka itu tidak sesekali mahu manusia mendapat rahmat dan kasih sayang Allah. Mereka mahu manusia menemani mereka di nereka kelak. Menyesatkan manusia itu adalah agenda utama mereka selamanya.

Apabila kita malas, itulah hasutan jin dan syaitan.

Sebaik kita lemah dari sudut kebersihan dan keindahan, tatkala itu kita telah memberi ruang dan kekuatan kepada jin dan syaitan untuk menguasai rumah dan diri kita seisi keluarga.
Dalam erti kata lain, kita yang membela mereka!

Semoga, apabila mengingat perkara sebegini, ia boleh menjadikan kita berazam dan berusaha setiap hari untuk membersihkan dan mengindahkan rumah kita sekali!

Maka tidak lagi kita mendengar kisah cerai berai di sana sini. Juga kes anak-anak pandai melarikan diri. Kerana rata-rata kes sebegini, bermula dari rumah yang tidak selesa lagi. Maka di situ jin dan syaitan bermaharajalela. Saat itu tiada lagi yang baik kelihatan pada setiap pasangan. Sudah janji jin dan syaitan untuk mencerai beraikan.

Apabila rasa malas menguasai diri lagi, tambahkan pula pepatah ini dalam hidupmu:
"Rumah tidak terurus bermaksud membela jin dan syaitan"
Moga kita tidak termasuk dalam kalangan yang disesatkan oleh syaitan.
Tapi, jangan sesekali pula meletakkan tanggungjawab ini kepada seorang suri. Perkara sebegini memerlukan kerjasama setiap ahli. Bukankah rumah didiami bersama setiap hari?
Buat SUAMI yang membantu ISTERI, TAHNIAH!
Buat ISTERI yang melegakan SUAMI, TAHNIAH!
Buat ANAK yang selesakan ORANG TUA sendiri, TAHNIAH!

Inilah asbab kenapa saya perlu menulis buku tentang dekorasi.
Semuanya kerana situasi mesyarakat kita yang makin parah yang sebenarnya berpunca dari rumah sendiri.

Nauzubillah!









Tips untuk mudah selesaikan baju di rumah yang menimbun tidak berlipat ialah gantungkan semua baju yang ada. Belanjakan wang untuk membeli penggantung baju. Hatta spender pun jika tak mampu nak dilipatnya, gantungkan saja. Asal tidak ada yang dapat bertandang bergolek di atas timbunan yang ada.
Info :
Harga penggantung baju (hanger) di
Eco Rm2 (5 -10 hanger)
Daiso Rm5 (5-10 hanger)
Billion Rm10 (10 hanger)
Beli hanger berdiket--diket.
Akhirnya terhakislah bukit.



Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah
Acik Bawang Dekor
#RumahImpian
Akademi Bonda Nor






1 comments:

okbet13 said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO