NUFFNANG

Thursday, 28 May 2015

Sertai Bengkel Buat Blog Sendiri Dari Zero Menjadi Hero


Permulaan Kisah Ingin BerBlog

Asalnya dahulu saya merupakan seorang penjawat awam. Zaman itu adalah zaman friendster. Dalam ramai-ramai kawan di dalam friendster itu, saya tertarik dengan seorang sahabat yang mempunyai blog. Dia selalu bercerita tentang pengalamannya yang sedang belajar di Jepun. Dalam hati saya, seronoknya. Satu dunia boleh baca perkongsiannya.

Kemudian, muncul pula Mama Red atau Red mama. Saya pun dah lupa. Sampai masuk TV Red Mama ini. Red Mama ini suka kongsikan akan kegilaannya dengan warna merah. Satu dunia tahu yang dia dan seisi rumahnya bewarna merah. Di sini saya bertambah kagum dengan mereka yang berkongsi di Blog.

Sejak dari hari itu saya suka baca blog orang. Kebanyakannya memberikan tips, cerita pengalaman, dan pelbagai ragam. Sehingga terdetik hati saya untuk turut menulis di blog tetapi apa kan daya, saya buta IT ketika itu. 

Buat Blog sendiri sekadar suka-suka

Namun dek kerana ada perasaan yang sangat berkobar untuk menulis di alam maya, saya gagahkan diri menggodek blogger.com dan menghasilkan blog catatan peribadi sendiri. Setiap hari saya pergi ke pejabat dan site seperti biasa. Tetapi apabila waktu rehat atau apabila saya datang ke pejabat seawal pagi, saya akan menulis di blog. Sejak saya menulis blog barulah saya tahu ada ramai rakan-rakan sepejabat yang turut mempunyai blog. Kebanyakannya blog mama mama dan blog ceritakan pengalaman menyusu anak kecil. 

Ketika ini saya terinspirasi dengan blog senior arkitek saya yang merupakan seorang photographer freelance. Suka saya lihat perkongsian mereka. Saya? hanya sekadar suka-suka. Menulis tentang pendapat hidup dan abadikan kenangan keluarga. 

Penghijraan Ke Blog Baru Yang Lebih Bermakna

Oleh kerana tidak tahu hala tuju berblogging, akhirnya saya keluarkan modal untuk pelajari bagaimana untuk berblogging dengan betul atau dalam erti kata lain dengan berbaloi. Kelas yang saya ikuti adalah kelas asas. Setelah mengaplikasikan teknik asas ini, hari demi hari saya mengeksperimentasi lagi dengna pelbagai lagi kaedah dan cara yang akhirnya terbukti berkesan apabila blog yang dibina menjadi punca pendapatan, persahabatan, ukhuwah, pembangunan diri, penjenamaan diri, dan saya panggil ia sebagai PINTU REZEKI ALAM MAYA

Kenapa BLOG?

Blog adalah medium yang paling digemari oleh Google untuk dikehadapan di carian Google apabila pengguna alam maya membuat carian di Google. Oleh itu, rugi untuk tidak mempunyai BLOG. Cuba bayangkan peluang yang bakal diperoleh apabila orang taip sesuatu di GOOGLE, orang jumpa blog kita? Ia ibarat, orang jumpa kita di alam maya. Mungkin kita kata kita ada facebook, instagram, dan twitter, tapi sedarkah kita yang laman ini kesemanya perlu kan password dan juga friend request sebelum orang boleh lihat atau jumpa kita di laman-laman berikut? Tetapi tidak pula dengan BLOG di mana ia akan muncul di enjin carian GOOGLE apabila pengguna membuat carian di Google

Apa yang boleh diperoleh dari BERBLOG?

Jika pernah baca entry post saya sebelum ini, saya ada ceritakan tentang penghijraan saya yang merupakan arkitek dalam perkhidmatan awam kepada ibu di rumah sepenuh masa. Namun, saya terus kekalkan kepakaran saya di rumah dan memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dengan menggunakan kepakaran yang saya ada iaitu kepakaran merekabentuk 3d kediaman.

Kata orang, mustahil untuk saya bekerja dari rumah kerana sudah pasti untuk mendapatkan pelanggan saya perlu burusaha keras dan keluar ke sana-sini untuk berbincang dengan pelanggan serta pergi ke lawatan tapak. Tapi sebenarnya kita boleh pilih cara kerja kita sendiri! 

Saya pilih untuk tidak keluar rumah langsung, namun masih boleh memberikan perkhidmatan merekabentuk. Dan yang paling menariknya Allah berikan saya pelanggan yang tidak putus untuk menempah rekaan 3d kediaman hanya dari BLOG. Komunikasi saya dengan pelanggan 100% di alam maya. 

Bukan sahaja dalam perkhidmatan rekabentuk tetapi saya juga telah menggunakan teknik yang sama semasa membuat dan menjual cheesetart dan membuat bisnes dropship pakaian muslimah. ternyata ia mudah dan boleh dilakukan 100% dari rumah. Yang penting sentiasa mempunyai pelanggan dan tempahan. Bagaimana?

Dapatkan pelanggan dan tempahan dengan tidak putus-putus hanya dengan cara BERBLOG. Kerana blog adala laman yang akan diketengahkan oleh Google.

Bagaimana mahu menjadi blog yang dikehadapankan oleh GOOGle dalam enjin cariannya?

Sudah Tahu, Wajib Ajarkan Orang lain pula

Oleh kerana saya telah pun tahu caranya, kaedah nya dan tekniknya yang terbukti berkesan kepada saya dan anak-anak murid saya yang lain sebelum ini, saya terpanggil untuk menunjukkan caranya kepada mereka yang berminat untuk mempunyai blog.

Jom Buat sendiri, Saya tunjukkan langkahnya

Hadir lah ke bengkel ini yang buat pertama kalinya saya berikan tunjuk ajar selama 3 jam dan melatih setiap orang dari ZERO KE HERO

untuk tahu lebih lanjut tenatng bengkel ini, saya sudah kumpulkan maklumat dan cara di sini : http://bengkelbinablog.blogspot.com



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO