Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat"
Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah swt kerana dengan izinnya dapatlah saya berkongsi Tips & Panduan Sepenuh Masa Di Rumah dalam Ebook Suri Profesional ini.
Di dalam ebook ini, perkara yang akan dikongsikan sebolehnya adalah tentang tips dan panduan untuk seorang suri yang menjalani kehidupan sepenuh masa di rumah agar menjadi seorang suri yang profesional yakni tidak kalut , mudah dan mahir tentang pengurusan rumah, masa, wang dan anak-anak, demi menjaga kepentingan rumahtangga dan kebahagiaan keluarga.
Ebook ini diwujudkan kerana pada pengalaman saya sendiri, menjadi seorang suri sepenuh masa di rumah bukan semudah yang disangka apatah lagi jika minda belum bersedia. Namun ia bukan bermaksud menjadi seorang suri rumah sepenuh masa itu sebagai suatu perkara yang terlalu sukar kerana menjadi Suri itu adalah fitrah kejadian seorang wanita yang telah berkahwin. Dan percayalah, sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan menyusahkan hambaNya tanpa sebab. Setiap kesukaran itu sudah ada kemanisan di sebaliknya.
Walaupun menjadi seorang Suri itu suatu fitrah , namun segalanya perlu dipelajari dan bekalan ilmu itu sangat penting untuk mengharungi kehidupan seharian dengan penuh bermakna dan bermanafaat terutamanya apabila membuat keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
Jikalau kita sering ditanamkan dengan pemikiran orang tua kita iaitu: "Biasalah tu, lama-lama nanti pandai lah". Berapa lamakah yang perlu kita tunggu untuk menjadi "pandai" tanpa mencari ilmu dan tekniknya sendiri?
Dahulu ketika mula masuk bekerja dengan majikan, kita diberikan ujian, latihan dan kursus tertentu sebelum diberikan tugasan khas agar kita dapat menjalankan pekerjaan dengan baik dan bagi mengelakan kita dari melakukan kesalahan yang besar. Namun menjadi peliknya, kenapa ianya tidak diaplikasi kepada satu jawatan yang lebih tinggi darjatnya di sisi Allah swt iaitu Jawatan sebagai "Suri" yang mana ia lebih mulia dan lebih besar tanggungjawabnya buat seorang wanita yang telah berkahwin di sisi Allah S.W.T.
Sedarkah kita? bukan dalam pekerjaan dunia sahaja kita perlu jadi Profesional, apabila menjadi Suri, juga kita perlu lengkapkan diri sebagai Suri Profesional!
SEMOGA BAHAN BACAAN INI MEMBERIKAN MANFAAT PADA SEMUA SURI YANG MEMBACA DAN MENGAPLIKASIKANNYA
Tips & Panduan Sepenuh Masa Di Rumah dari :
KHAIRUNNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah
http://khairunnisahamzahara
untuk dapatkan ebook ini,
sila buat bayaran dan tempahan di sini:
(RM50)
(ebook akan dihatar pada alamat email yang tertera pada borang tempahan ini)
0 comments:
Post a Comment