NUFFNANG

Wednesday, 28 January 2015

Panduan cara-cara memasang wallpaper corak brickwork di ruang ala-ala kafe

Teks: khairunnisa hamzahara



Sudah lama saya teringinkan ada satu sudut di rumah yang ala-ala Kafe. Perkara pertama yang timbul di benak fikiran saya adalah dinding batu bata (brickwall). Dari awal proses menghias rumah, saya sudah bincangkan dengan encik suami untuk mengadakan satu dinding batu-bata tanpa plaster. Namun proses mencari kontraktor dan jadul kami yang padat ke sana-sini menyebabkan projek itu tergendala.

Namun pada Bulan Puasa yang lepas, tahun 2014, saya telah diilhamkan oleh Allah untuk meletakan status di Facebook dan bertanyakan tentang Wallpaper corak brickworks di facebook peribadi saya. Syukur Alhamdulillah, PUAN NORAZAM  BINTI BABA muncul dan pelawa untuk menaja wallpaper brickwalls kepada sudut ruang kecil yang saya mahu jadikan Kafe ini. Kecil tapak tangan, satu dinding saya sediakan ;)

Rupanya tak lah sesusah mana untuk memasang wallpaper ini sendirian berhad. Selalunya akan ada service pemasangan wallpaper dari kedai. Sama ada percuma atau perlu bayar perkhidmatan pemasangan tersebut. Oleh kerana lokasi saya dan puan penaja agak jauh, saya dan puan penaja setuju untuk menggunakan perkhidmatan pos bagi menyampaikan wallpaper itu kepada saya. Dan saya terus melantik "boss" saya sebagai tukang pasang wallpaper. (Jimat kos)

Bagi yang turut ingin membuat projek Pemasangan wallpaper sendiri, saya berikan sedikit panduan untuk anda mulakannya di rumah.


1. MEMBUAT PESANAN ONLINE


Saya cadangkan untuk membuat pesanan dengan 
kerana mudah berurusan dengan beliau.
Melalui personal message facebook saja pun beliau boleh memenuhi kehendak kita.
Puan Norazam juga akan berikan imej-imej corak wallpaper di personal message facebook atau boleh komunikasi dengan whatsapp. 
Apapun, klik pada nama nya yang tertera di atas untuk ke facebook beliau.

Penghantaran melalui pos laju siap dengan serbuk GAM wallpaper.
Pembungkusannya baik dan selamat tiba ke destinasi dalam keadaan yang elok.
Jadi tidak perlu khuatir.

Lagi satu, kualiti wallpapernya adalah kualiti yang baik.
Jika silap memilih, anda hanya dapat wallpaper yang berupa sticker. 
Buka lapisan belakang dan tampal.
Wallpaper sebegini nipis dan mudah koyak.
Saya sarankan memilih wallpaper dari puan di atas ;)
InsyaAllah puas hati.

Alamat perniagaannya adalah seperti berikut:
SWEETHOME IDEA & DECO
BLOCK F 3-6, JALAN AU 1B/1,
 TAMAN KERAMAT PERMAI,
 54200 KUALA LUMPUR
TELEPHONE : 019 209 5383 / 010 217 7001
FB page : Islamic Interior Gallery        Blog : http://sweethomeidea.blogspot.com


2. SET WALLPAPER SAMPAI KE RUMAH



Inilah rupa set wallpaper yang sampai ke rumah saya. Ia berada dalam keadaan yang baik. Disertakan sekali dengan GAM wallpaper yang dikenali sebagai PURE WALLPAPER ADHESIVE. Tak perlu susah mencari GAM di kedai hardware sebab kemungkinan tersilap pilih gam, maka projek tak dapat dijalankan. Dengan puan Norazam, mudah, gam wallpaper telah disertakan sekali. Hanya tinggal untuk dibancuh saja.

3. PILIH DINDING UNTUK PROJEK WALLPAPER

Sebelum memulakan projek, pastikan dahulu keputusan anda adalah muktamad atau tidak untuk make over dinding yang dipilih. Lihat semula corak yang tiba dan perhatikan sama ada ia benar-benar sesuai di dinding yang dicadangkan atau lebih sesuai di dinding yang lain. Sebaik wallpaper ini ditampal, anda tidak boleh membuka semula wallpaper ini. 

4. BERSIHKAN DAN RATAKAN DINDING

Dinding yang dipilih perlu dibersihkan. Sebaik-baiknya dinding rata dan tidak ada sebarang ketulan yang akan menyebabkan wallpaper yang dipasang tertimbul dan berbukit-bukit. Ia juga bagi memastikan wallpaper melekat dengan baik

5. BUKA GULUNGAN WALLPAPER



Buka gulungan wallpaper dengan berhati-hati. AWAS! ia mudah terkoyak jika anda berlaku kasar dengannya. Jangan biarkan anak-anak membuka gulungan. Hanya tolakan saja gulungan tersebut di atas meja panjang atau lebih mudah di atas lantai.


6. BANCUH GAM DENGAN BETUL



Kemudian, ambil bekas yang besar dan masukan air ke dalam bekas tersebut mengikut sukatan yang diberikan. Masukan serbuk gam perlahan-lahan (bukan tuang terus semua, akibatnya akan berketul2 seperti di dalam gambar). Sambil tuang sedikit demi sedikit serbuk gam tersebut, anda perlulah mengacaunya. Biar ia sebati bersama air tadi sehingga menjadi cecair pelekat yang berlendir dan pekat. Jangan risau, ada arahan di plastik. Ikut saja arahan yang diberikan. Jika gam berketul-ketul, tekan dengan perlahan untuk hancurkan ketulan tersebut. Gaul sehingga rata dan biarkan untuk seketika. Jangan sapu terus!


7. UKUR DAN TANDA DI DINDING



Sementara menunggu bancuhan gam tadi sebati, buatkan garisan penanda di dinding kerana apabila pertama kali menampal wallpaper, anda mungkin berasa agak cemas sehingga menyebabkan wallpaper dipasang senget. untuk elakan wallpaper di pasang senget, ambil pita pelekat dan tampal di sepanjang garisan permulaan dan penghabisan sebagai penanda (ini jika projek dinding di bahagian tengah). 

8. TERBALIKAN WALLPAPER



Untuk mulakan sapuan gam, terbalikan wallpaper tadi. Sebelum terbalikan, alaskan dengan kain di bahagian coraknya agar tidak rosak. Bersedia untuk menyapu gam.


9. SAPUKAN GAM & LIPAT 2 BAHAGIAN



Sapukan gam dengan menggunakan berus roller atau berus biasa. Sangat mudah jika menggunakan berus roller. Cepat siap. Sebaik selesai sapukan secara rata pada keseluruhan permukaan belakang wallpaper tersebut, lipatkan wallpaper kepada 2 bahagian sama panjang. Ini bagi memudahkan anda mengangkat wallpaper tersebut dan mengurangkan regangan ketika di angkat kerana regangan boleh menyebabkan wallpaper tersebut terkoyak.


10. TAMPAL KE DINDING UNTUK BARISAN PERTAMA



Anda pasti perlukan tangga untuk memasang dari atas. Ya, mulakan pemasangan dari atas turun ke bawah. Minta pembantu pegang dahulu wallpaper tersebut. anda naik tangga dan kemudian pembantu serahkan wallpaper pada anda. Buka sebelah lipatan dan lekatkan di bahagian dinding atas sekali.. Kemudian, ratakan bahagian atas itu dengan kain.

Selepas itu, perlahan-lahan turunkan baki wallpaper dan buka lipatan sebelah lagi sehingga turun ke aras paling bawah. Apabila ada lebihan, ambil gunting dan guntingkan bahagian lebihan tersebut dan kemudian tampal rapat ke dinding dan tekannya dengan kain.

11. SAMBUNG TAMPAL UNTUK BARISAN KEDUA DAN SETERUSNYA



Untuk tampalan barisan kedua, pastikan corak sambungan adalah sama. Jangan tampal sesukahati atau tampal seperti tampalan pertama tadi. Anda perlu sambungkan coraknya. Mungkin akan berlaku pemotongan di bahagian atas kerana corak sambunga berada sedikit ke bawah. Cantumkan corak dengan baik. Wallpaper yang cantik adalah wallpaper yang tidak nampak kesan sambungnnya. Bagaimana? iaitu dengan cara menyambung corak dengan baik.


12. BERSIH DAN RATAKAN



Setelah siap dipasang kesemua barisan wallpaper dengan cantuman corak yang betul, ratakan gam dengan cara menyapu permukaan wallpaper dengan kain secara perlahan-lahan. Jika ada bahagiian yang tidak kena gam, selitkan gam ke dalamnya.

13. NIKMATI HASIL PENAT LELAH ;)



Tunggu seharian terlebih dahulu sebelum anda mendekorasi dinding tersebut dengan elemen lain di atas wallpaper. Biarkani a kering dengan baik dan tampakl dengan kuat baru anda boleh mulakan projek dekorasi di atasnya. 

Projek ini belum siap lagi, kerana saya mahu pasangkan rak buku masakan dan rempah ratus di bawah jam yang tergantung itu!

Selamat Mencuba!
Mudah saja.
Yang pasti memang penat dan berpeluh.
Tapi hasilnya menggembirakan hati dan mengagungkan tetamu!

Untuk dapatkan kesan yang lebih dramatik, binakan platform dahulu bagi membentuk impak 3d dinding tersebut. Jika tidak ia kelihatan 2D sahaja. 



DAPATKAN HARGA PROMOSI DARI :

SWEETHOME IDEA & DECO
BLOCK F 3-6, JALAN AU 1B/1,
 TAMAN KERAMAT PERMAI,
 54200 KUALA LUMPUR
TELEPHONE : 019 209 5383 / 010 217 7001
FB page : Islamic Interior Gallery        Blog : http://sweethomeidea.blogspot.com

Untuk dapatkan harga promosi ini , Masa menempah, sebut yang anda adalah pembaca blog 
PANDUAN KEDIAMAN MILIK KHAIRUNNISA HAMZAHARA





Nak cepat, terus saja PM PUAN NORAZAM BINTI BABA di personal facebooknya. Roger tokey lagi mudah, kan? ;)


Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
Dapatkah khidmat rekabentuk 3d kediaman di sini:  http://rekabentuk3donline.blogspot.com/ 
Dapatkan ebook rahsia, tips dan panduan di sini: Ebook Rahsia Teknik Branding Untuk Diri dan Perniagaan : http://rahsiabranding.blogspot.com/ 
Dapatkan Ebook Panduan Kediaman Pertamaku di sini: http://kediamanpertama.blogspot.com/

MAHU SAYA REVIEW PRODUK ANDA YANG BERKAITAN DENGAN KEDIAMAN?
JANGAN MALU UNTUK HUBUNGI SAYA.
SAYA SUKA KONGSIKAN BARANG YANG BAIK DENGAN ORANG RAMAI ;)

3 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

ada tak cara nak bagi wallpaper melekat dengan kuat agar xtanggal 😅

Unknown said... [Reply to comment]

Lengkap neh cara memasang wallpaper dinding nya. Terimakasih :)

NINA FARHANA said... [Reply to comment]

tq info. harap2 berjaya pasang sendiri macam renyahh aje hukhuk

http://ninafarhanawm.blogspot.my/2017/01/pengedar-sah-shaklee-salak-tinggi.html

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO