Teks: khairunnisa hamzahara
[ COACHING LIVE ]
Assalammualaikum Semua,
Buat pertama kalinya saya berani kan diri untuk berkongsi di khalayak ramai setelah 8 bulan bersiaran dan coaching kelas secara online (atas talian)
Mungkin ada yang perasan dan mengikuti perkembangan saya sikit demi sedikit. Dan mungkin ada juga yang tak perasan langsung
Yang membangkitkan semangat saya untuk buat juga sesi live ini kerana saban hari, setiap masa, message bertubi masuk ke inbox. Minta tips, minta motivasi, minta langkah demi langkah. Sampai ada yang kecil hati saya tak sempat membalas.
Saya Ibu yang bekerja di rumah. Ada anak suami dan aktiviti keluarga. Ada tempahan rekabentuk yang perlu disiapkan. Jadi saya mahu kumpulkan masa saya untuk 1 hari live coaching bagi saya dedahkan step by step dengan cara akademi bekerja di rumah serta dengan cara saya sendiri.
Yang pasti, ada sesuatu yang saya akan kongsikan tentang :
"Branding Yourself Strategies "
Untuk apa? untuk memberitahu orang ramai akan perkhidmatan dan perniagaan kita, agar kita tidak sempat termenung, dan tidak perlu putus asa dan tutup kedai. Terutamanya bagi mereka yang professional. Ramai juga sahabat yang professional menganggap perkerjaan sekarang ini tidak masyuk lalu mula lah jual baju, tudung, makanan dan sebagainya. Tahukah kalian ibu bapa hantar anaknya berapa lama untuk dapatkan ijazah bagi kelulusan professional tersebut? Mari kita sama-sama melangkah semula. Let people know our services, Let people know our business!
Untuk sesi permulaan ini, atau sesi sekali ini saja, Tempatnya terhad kepada 50 orang peserta sahaja.
Mohon untuk sebarkan bersama agar mereka yang nak tahu caranya boleh hadir dan dengar sendiri caranya serta boleh melakukan seperti apa yang saya dan rakan akademi bekerja di rumah lakukan. Atau mungkin boleh buat lebih dari itu.
Sifu saya kata kalau dah tahu cara, wajib kongsikan. Jika mahu tahu, jemput hadir bersama. Orang kata, jika siapa dapat sesi pembelajaran yang pertama kali selalunya akan untung sebab coach belum tahu nak bahagikan ilmunya. Semuanya didedahkan dalam masa satu hari
p/s: kali pertama pasti banyak kekurangannya tapi saya perlu lakukan demi anda semua
Senibina Kehidupan Di Rumah
3 March 2014
0 comments:
Post a Comment