Friday, 13 December 2013

HIAS DINDING DENGAN KHAT KHUFI AYAT 4 QUL

Teks: khairunnisa hamzahara

Alhamdulillah, dinding pertama rumah contoh blog Panduan untuk kediaman idaman telah siap dihias. Dinding ini adalah dinding fokus utama sebaik melangkah masuk kerumah iaitu di ruang tamu. Pemilihan warna kelabu gelap dibuat bagi memberikan suasana mesra dan rapat di ruang ini (warm). Kali ini rasa tidak sabar untuk menghias ini kerana ingin meletakkan hiasan dinding Khat Khufi Ayat 4 Qul yang Di Taja Oleh Canvas De Arte.


Pada sebulan yang lalu, kami menerima satu bungkusan dari Pos Laju. Apabila dibuka ianya mengandungi 4 keping bingkai kanvas khat ayat 4 Qul yang terdiri daripada surah Al-ikhlas, An-Nas, Al-Falaq dan Al-Kafirun. Pemilik kedai Canvas De Arte iaitu Puan Uruhara Kisuke telah bermurah hati untuk menaja hiasan dinding ini untuk dijadikan penghias dinding rumah contoh untuk Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman.



Kanvas khat khufi ini benar-benar menaikkan seri dinding rumah contoh yang diwarnakan dengan warna kelabu gelap bagi menimbulkan kanvas yang bewarna putih. Satu olahan yang menarik apabila melihat semula seni khat khufi di kanvas ini adalah pemilihan warnanya yang lembut dan professional. Ia menggabungkan warna hitam, merah jambu, kelabu dan putih kanvas itu sendiri.


Untuk menambahkan penjiwaan terhadap jiwa yang memandang khat khufi yang mencatatkan ayat 4 Qul ini, saya dan suami berusaha mencari lampu sorotan iaitu lampu spotlight untuk diletakkan di atas bingkai kanvas bagi memancarkan cahaya samar bewarna kuning kepada hasil seni ini. Ia memang sangat berbaloi apabila dipasang dan dinyalakan. Ia memberikan kesan yang dramatik dan membentuk satu penjiwaan di dada. 

Bagi menampakkan kesan yang dramatik, saya membuat susunan melintang bagi mencuri tumpuan pengunjung yang datang ke rumah ini. Di harap sebaik sahaja memandang surah ini, pengunjung diperingatkan tentang kelebihan membaca ayat 4 Qul dan terus membacanya sama ada di dalam hati atau secara menyebutnya. Sepanjang menyusun 4 bingkai kanvas khat khufi ini, saya menjarakkan ia sebanyak lebih kurang 2 inci bagi menimbulkan satu persatu. Lihatlah kesan bayang yang terjatuh di permukaan dinding. Benar-benar mencuri tumpuan.


Pada asalnya saya juga tidak punya idea bagaimana cara membaca khat khufi yang selalu dilihat di pasaran luar, namun sebaik membuka bungkusan lagi , saya terus dapat membaca ayat yang ditulis. Seperti hasil seni ini, ayatnya dimulakan dari bawah kemudian ia mengikut pusarannya sehingga habis. 


Bagi ayat yang ringkas dan pendek, khatnya dipanjang-panjangkan bagi memenuhi keseluruhan segiempat kanvas. Bagi ayat yang panjang pula ia kelihatan seperti satu corak geometri yang menarik sekali. Bagi saya, ia bukan sahaja satu bentuk penghayatan bacaan surahnya malah ia memberikan sekali pemandangan seni kreatif dengan penghasilan seni geometri yang diolah menggunakan ayat alquran. Subhanallah. Pastinya pemilik kediaman muslimin yang minat kan konsep moden, meminati seni ini.


Untuk dapatkan boleh hubungi pemilik kedai di sini:
nama perniagaan : Canvas D Arte (2254988-K)
cara hubungi : call/sms/whatapps 0129896627


email: canvasdarte@gmail.com

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat illahi kerana memperkenalkan saya dengan pemilik kedai hiasan dinding khat khufi ini melalui laman Facebook Official Khairunnisa Hamzahara. Bagi saya ia adalah satu masterpiece yang ringkas namun elegant dan professional. Di sebalik seni petaknya ada nilai kelembutannya. Saya sangat cadangkan kalian yang ingin dapatkan hiasan dinding rumah atau pejabat kalian untuk menggantungkan hiasan khat khufi sebegini. Hubungilah pemilik kedai untuk mengetahui lebih lanjut tentang hiasan dinding yang lain. Insyaallah pasti dia akan sudi membantu. 

Sampai di sini dahulu, kita sambung di entry akan datang pula
Wallahualam
Jazakallah

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempah rekabentuk kediaman di sini:
Belajar asas membuat blog di sini:

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO