Teks: khairunnisa hamzahara
Nota Ulangkaji untuk peserta dalam kelas asas blog (guru online Nisa Nua) :
salam semua, apa khabar di hujung minggu ini?
saya doakan semuanya sihat.
mesti banyak yang kalian nak kongsikan
selain dari pengkhususan blog yang dibuat kan?
sebab itu kita adakan label:catatan harian bagi
menggalakkan kita terus menulis. jika idea artikel
tentang pengkhususan blog belum sampai, kita
kongsikan pengalaman dan catatan harian.
Di sini saya nak kongsikan catatan pengalaman
sahabat group belajar kita ni iaitu kak Kizeewatty Zainal
kita. Kalian boleh lihat bagaimana catatan yang dibuat.
Penjagaan bahasa yang betul dan penceritaan dibuat
jujur dari hati dan pengalaman yang dirasai sendiri.
Apa tujuan catatan sebegini? kita perlu ada tujuan dalam
setiap yang kita post di blog. Elakkan post perkara
untuk suka-suka sahaja. Kita perlu ingat yang kita ada pembaca.
Macam kalian berdiri di pentas, tak kan kalian saja nak bercerita
sorang diri, apa kata penonton di bawah pentas tu nanti?
Mungkin tak penonton bangun dan keluar dari dewan? Begitu juga
dengan blog kita. Kita sedang bersiaran sekarang ni.
Contoh blog kak kizeewaty ni, penceritaan ini bertujuan untuk menggambarkan dan berkongsi pada orang ramai bagaimana keadaan di India yang sebenar. Mcm wartawan pergi ke india la :) jadi ia akan jadi rujukan dan bayangan pertama bagi orang lain yang membaca yang belum sampai ke sana. Ia juga boleh jadi rujukan kepada yang sedang merancang nak ke sana. Ya! kita boleh anggap diri kita sebagai wartawan jika ingin catatkan pengalaman peribadi dan penggembaraan semasa menulis. Set untuk sampaikan maklumat. Pastikan pembaca terus gemar membaca penulisan kita! :)
http://kizeewattyzainal.blogspot.com/2013/11/india-bumi-keinsafan.html
Untuk belajar asas blog dan penulisan boleh daftar masuk kelas bersama saya . Analisa akan dibuat terlebih dahulu sebelum penentuan tajuk blog dibuat. Pastikan anda tahu minat dan kepakaran anda! :)
hubungi saya di sini : khairunnisahamzahara@gmail.com / 0197720507 (message/whatapps)
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
{Senibina Kehidupan Di Rumah}
0 comments:
Post a Comment