Wednesday, 6 November 2013

Rekabentuk Pandangan Hadapan Banglo Satu Tingkat-Rumah Tuan Mohammad Noor Hashim


Teks : Khairunnisa Hamzahara

Cerita Kediaman Setingkat

Di masa ramai orang yang menggilai kediaman setinggi mencecah hingga ke 3 tingkat, masih ramai lagi yang kekal meminati rumah satu tingkat. Keunikan rumah satu tingkat ini ia mudah untuk dibina, diselenggara dan di diami. Praktikaliti dalam menjalani kehidupan di dalamnya juga berpanjangan dan mesra sepanjang masa. Misalnya untuk mereka yang baru mendirikan rumah tangga, kediaman setingkat memberikan ruang yang secukupnya untuk tinggal berdua. Setelah mempunyai bayi, kediaman setingkat tidak merunsingkan penjaga kerana tiada anak tangga yang perlu dirisaukan untuk keselamatan anak kecil. Masa berganti masa, apabila anak-anak meningkat dewasa, sususnan ruang di rumah setingkat lebih mesra dan harmoni di mana setiap ruang bertemu dan mudah untuk di sampai dalam masa yang singkat. Ia berbanding dengan kediaman yang bertangga di mana kebanyakkan anak remaja duduk terperap di bahagian atas rumah dan berkesempatan untuk menyendiri. Akibatnya hubungan kekeluargaan mula renggang. Bila usia semakin lanjut, kediaman satu tingkat merupakan kediaman yang ideal buat mereka yang telah mula sakit lutut, lemah badan dan memerlukan kerusi roda untuk melakukan aktiviti harian. Kediaman setingkat memudahkan mereka yang telah lanjut usia untuk sampai ke semua ruang di kediaman tersebut. Untuk memberikan kesan yang lebih harmoni, pengunaan bendul dan aras lantai yang berlainan di elakkan.

Tempahan rekabentuk pelanggan

Kali ini saya ingin berkongsi tentang rekabentuk yang ditempah oleh salah seorang pelanggan rekabentuk yang merupakan juga pembaca Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman Ini. Pertama kali mendapat message dari beliau, eliau menghantar message melalui pesanan di whatapps. Katanya beliau dan isteri memerlukan perkhidmatan mereka pandangan hadapan rumah banglo setingkat mereka. Mereka seboleh-boleh meyakinkan saya bahawa mereka benar-benar mahu kan rekabentuk fasad (pandangan ) hadapan sahaja. Kata beliau lagi, pelan telah dilakarkan dan akan dilukis oleh pelukis pelan yang dilantik. Cuma mereka perlu pastikan bagai mana rupabentuk kediaman mereka dari segi 3 dimensi.

Setelah melayari internet, mereka membaca perkhidmatan yang disediakan dan meminta saya agar bertolenrasi untuk berikan perkhidmatan rekabentuk pandangan hadapan sahaja. Mereka memilih untuk merekabentuk sendiri pandangan tepi kiri dan kanan serta pandangan belakang kediaman sendiri. Ini kerana mereka ingin mengurangkan kos mengupah "designer". Alhamdulillah hasil perbincangan saya telah bersetuju untuk berikan perkhidmatan merekabentuk pandangan hadapan sahaja.


Bakal pemilik kediaman ini berhubung dengan saya melalui whatapps sepanjang tempoh berurusan. Beliau telah memberikan message bergambar pelan dan lakaran kediaman setingkatnya seperti yang telah beliau reka bersama isteri. Saya menghormati rekabentuk yang dihasilkan terutamanya dalam perancangan ruan pada pelan kediaman mereka. Sungguh teliti dan sangat terancang walaupun sekadar lakaran. Kemudiaan saya melihat pula lakaran pandangan hadapan yang telah dilakarkan. Pastinya semua orang ingin melihat bagaimana rupa sebenar kediaman setelah siap, jadi bakal pemilik kediaman ini telah berusaha mendapatkan perekabentuk 3D untuk melihat bagaimana rupa paras kediaman nya nanti.

Bagi memastikan bagaimana citarasa pemilik, saya telah meminta agar beliau menghantar sekurang-kurangnya dua imej rupa hadapan banglo setingkat yang digemari dan diimpikan oleh beliau dan isteri melalui pencarian imej di Google. Bukan sahaja dua malah lebih dari itu beliau berikan untuk rujukan saya. Setelah pembayaran yuran perkhidmatan di jelaskan, saya mula membuat kerja merekabentuk dengan rekabentuk pertama selama seminggu dan rekabentuk kedua selama seminggu.

Rekabentuk fasad pertama




Rekabentuk pertama saya mengetengahkan konsep modern klasik di mana menggunakan warna putih, dan warna kayu serta batuan. Rekabentuk menfokuskan kepada dinding tengah di pintu masuk utama di mana ada gelas pencahayaan di atas dinding yang dipayungi oleh bunbung anjung kediaman. Ia memberikan kesan dramatik dan konsep yang sangat fokus. Bumbung ula menggunakan "shingles" yang terdiri daripada kepingan kayu yang sejuk dan cantik di pandang mata. Penggunaan unsur elemen seperti kayu, gelas, batu dan kaca digabungkan agar menjadi satu bentuk keserasian untuk sedap dipandang mata. Konsep ini sesuai kepada mereka yang cintakan alam semula jadi.

Rekabentuk fasad kedua




Rekabentuk fasad kedua pula terus memfokuskan kepada rekabentuk kediaman bercirikan konsep Inggeris. Saya mengikut semula imej-imej yang diberikan oleh bakal pemilik bersama isterinya yang sememangnya sukakan konsep country dan inggeris ini. Pemilik meminati rekabentuk kedua ini dengan penggunaan warna rumah bewarna kelabu kehijauan dan di serikan dengan warna putih pada tiang dan bingkai pintu serta tingkap. Sebaik menerima emel untuk rekabentuk fasad kedua ini, pemilik meminta agar saya membetulkan sedikit fasad yang dibuat bagi memenuhi kehendak mereka dan untuk diberikan kepada pelukis pelan yang mereka telah lantik bagi menyelesaikan lukisan submission yang perlu diserahkan kepada majlis perbandaran sebelum rumah boleh didirikan. Berikut pembetulan yang ditandakan oleh pemilik kemudian di hantar imejnye kepada saya semula dengan menggunakan whatapps juga.

Perubahan


Kata beliau, yang pertama: beliau minta agar bumbung di sebelah kiri iaitu bumbung dapur di samakan dengan bumbung sebelah kanan iaitu bumbung bilik tidur bagi menfokuskan satu kelainan sahaja iaitu di bumbung anjung. Yang kedua: pemilik meminta agar tiang anjung di condongkan sedikit. Yang ketiga : meletakkan lampu luar di sebelah pintu masuk utama. Saya tersenyum melihat maklumbalas yang diterima dan kesungguhan bakal pemilik kediaman yang dibina ini. Lantas selang beberapa hari, saya membetulkan semula rekabentuk fasad seperti yang diminta seperti di bawah:



Bumbung telah diperbetulkan seperti yang diminta, tiang anjung juga telah dibuat semula seperti yang diminta dan lampu luar telah diletakkan bersebelahan pintu masuk utama. Setelah selesai merekabentuk mengikut kehendak bakal pemilik kediaman ini, saya sendiri merasakan kepuasan dan gembira apabila menerima maklumbalas positif dari beliau , kata beliau melalui message nya di whatapps:

Maklumbalas Pelanggan

"Salam, Perkhidmatan Cemerlang dan boleh bertoleransi dengan kehendak dan citarasa pelanggan. Saya rasa puan perlu ada kenalan/network dengan pelukis pelan. Puan menyediakan design dan pelukis pelan boleh sediakan perkhidmatan melukis pelan dan kelulusan majlis perbandaran"
{Mohammad Noor Hisham}

Terima kasih saya ucapkan buat Tuan Mohammad Noor Hisham di atas kesudian untuk menggunakan perkhimatan merekabentuk 3D secara online dari saya. Terima kasih juga kerana sudi memberikan pandangan dan penambhabaikan perkhidmatan. Insyaallah saya akan usahakan ke arah itu. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mendoakan agar kediaman yang diidamkan bersama isteri ini selamat dibina dengan jayanya dan Allah memberkati kehidupan dan kebahagiaan di dalam kediaman ini.

Akhir kata, salam sayang dari saya,
Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi

KHAIRUNNISA HAMZAHARA
{Senibina Kehidupan Di Rumah}

Untuk tempahan rekabentuk boleh hubungi penulis di
Email: khairunnisahamzahara@gmail.com
Atau: message whatapps di 0197720507

Jazakallah




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO