Thursday, 18 July 2013

Tindakan Arkitek Apabila berhadapan dengan Sesuatu situasi

Teks : khairunnisa hamzahara

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semoga semua pembaca berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera. Minggu ini dan minggu depan adalah minggu study untuk saya, ini kerana hari peperiksaan yang paling penting dalam kerjaya saya bakal tiba tak lama lagi. InsyaAllah jika ditakdirkan lulus, boleh lah saya mendapat lesen "besar" dalam dunia merekabentuk iaitu mendapat tittle Arkitek Professional yang menggunakan AR. di awal nama. Sekarang pun saya dah mula menulis nama sendiri di atas kertas seperti ini : "Ar.Khairunnisa Hamzah" sebagai dorongan dan semangat untuk diri saya sendiri. Ya Allah, moga kau perkenankan. Saya pernah dengar seorang sifu berkata, jika kita mahukan sesuatu tu, tuliskan ia di dinding yang kita boleh pandang setiap hari. Kelak jiwa kita akan mengorak langkah berusaha ke arah target kita itu. Mana nak dapat kekuatan dan semangat kalau tak dari diri sendiri. Hanya Allah yang mampu berikan semangat itu , keluarga dan kenalan pula sebagai perantara dari Allah untuk menyalurkan semangat itu kepada kita.

Pasti kalian ada yang pernah berurusan dengan seorang arkitek atau ada juga yang tidak pernah kerana tidak dapat bayangkan bagaimana cara perkhidmatan arkitek dan apa syarat-syarat nya apabila bekerjasama dengan arkitek. Bagi yang pernah berurusan dengan arkitek, mungkin di sini boleh dapatkan sedikit info tentang apakah tindakan yang arkitek boleh ambil apabila berhadapan dengan sesebuah situasi. Hari ini saya ingin berkongsikan tindakan yang boleh dan bakal diambil oleh seseorang arkitek apabila mengalami sesuatu situasi di mana arkitek tersebut perlu bertindak dan memberikan maklum balas mengikut etika tatalaku professional arkitek dan syarat-syarat perjanjian yang dimetrai antara klien dan arkitek tersebut. Ini kerana ramai yang tidak mengetahui tentang perkara yang terikat dengan arkitek dan arkitek mempunyai batasan dalam perhubungan dengan kerja dan klien. Cuba lihat situasi dan tindakan yang perlu diambil :

Situasi pertama :

Setelah mengemukakan secara bertulis Syarat-Syarat Pertugasan dan Skala Fi yuran arkitek kepada klien, klien telah mengarahkan arkitek tersebut untuk memulkaan kerja merekabentuk projek yang klien perlukan segera sebelum menandatangani perjanjian yang klien berjanji akan berbuat demikian pada satu tarikh kemudian. Walau bagaimana pun, semasa mengemukakan invois setelah pemajuan rekabentuk disiapkan, Klien tidak bersetuju untuk membayar atas alasan Perjanjian tersebut masih belum ditandatangani.

Apakah tindakan yang patut di ambil oleh Arkitek tersebut?

Arkitek tersebut patut membuat tindakan seperti berikut;
Walaupun tiada perjanjian bertulis antara arkitek dan klien, sebuah perjanjian rasmi telah terbentuk apabila klien memberikan arahan kepada arkitek untuk memulakan perkhimatan merekabentuk. Ini dipanggil sebagai perjanjian secara lisan. Selain itu juga, sememangnya ada asas rasmi untuk pembayaran yuran perkhidmatan yang telah diberikan.

Saya tambah lagi, seperti syarat ke 7 (2) dalam Syarat-syarat Perjanjian Arkitek dan Klien yang dilampirkan di dalam Akta Arkitek 1969, di mana ia menyatakan bahawa apabila dalam masa 60 hari tidak dapat mengadakan perjanjian bertulis dengan klien, tetapi klien telah bersetuju yang dia akan termaktub ke dalam syarat-syarat perjanjian  dan bersetuju dengan skala yuran pembayaran perkhidmatan arkitek yang akan dikenakan secara lisan, klien tersebut dikira telah bersetuju dengan syarat perjanjian dan skala yuran yang dikenakan.

Dalam Islam sendiri apabila ia telah berjanji dan kemudian dia mungkiri maka ia tergolong dalam golongan orang yang munafik. Oleh itu apabila telah ada perjanjian walau secara lisan atau bertulis, maka laksanakan lah seperti yang dijanjikan. Kelak tiada siapa yang akan rugi.





Situasi Kedua :

Seorang Klien baru sahaja membeli sekeping tanah dan ingin memajukannya dengan membina sebuah bangunan pejabat dan mereka memberitahu yang mereka akan melantik arkitek professional bagi projek tersebut. Setelah penyiasatan di buat oleh arkitek yang dilantik, arkitek tersebut mendapati seorang arkitek professional yang lain telah dilantik pada sebelum ini oleh klien yang sama untuk membangunkan tanah tersebut menjadi sebuah apartment service dan beberapa rekabentuk skema telah disediakan.


Apakah tindakan yang patut di ambil oleh Arkitek tersebut?

Oleh kerana telah ada arkitek yang terdahulu telah dilantik untuk projek tersebut, arkitek baru perlu bertindak sedemikian,


  • untuk Mematuhi pekeliling umum Lembaga Arkitek Malaysia  bil 2/2007 - Garispanduan untuk surat pelepasan.
  • untuk meminta klien untuk menunjukkan surat pelepasan
  • untuk menulis surat kepada arkitek terdahulu untuk memastikan status arkitek pertama tersebut
  • untuk memastikan bahawa perlantikan arkitek yang pertama benar-benar telah di putuskan (terminated) dan baki yuran sehingga kini telah dilangsaikan dan juga surat pelepasan telah dikeluarkan
  • seandainya semua perkara di atas adalah mustahil untuk didapatkan, arkitek boleh merujuk kepada Lembaga Arkitek Malaysia untuk memohon pelepasan dari mendapatkan surat pelepasasn tersebut ini ada di dalam Pekeliling umum , Lemabaga Arkitek Malaysia 2/2007 di perenggan yang ke 5.8


Proses ini bagi memastikan arkitek yang terdahulu, yang telah membuat rekabentuk mendapat hak yuran pembayarannya. Ini keranaperkhidmatan arkitek yang utama adalah rekabentuk. Setiap rekabentuk akan ada bayarannya walaupun bangunan tersebut tidak dinaikkan. Setiap lukisan/rekabentuk perlu di bayar.




Situasi Ketiga

Bagi memastikan seorng arkitek memberikan perhatian sepenuhnya terhadap sebuah projek, klien telah menawarkan kepada arkitek pemilikan saham sebanyak 25% dalam satu pembangunan perumahan di  mana arkitek tersebut telahpun dilantik sebagai Arkitek Professional dalam projek tersebut.

Apakah tindakan yang patut di ambil oleh Arkitek tersebut?

Arkitek tersebut perlu bertindak :

  • untuk mematuhi Pekeliling umum Lembaga Arkitek Malaysia bil 1/2007 - Garispanduan dalam menyertai perdagangan dan perniagaan yang lain seperti yang dinyatakan dalam perenggan 1 (a) di mana seorang arkitek yang mana sedang mempraktiskan bidang professional nyaboleh juga menyertai dengan aktif sebagai pemaju atau lembaga pengarah atau pemegang saham kepada sesebuah Syarikat pemajuan hartanah di mana dia juga dilantik sebagai Arkitek Konsultan
  • Arkitek juga perlu mengelakkan potensi konflik faedah dengan memberitahu secara bertulis kepada klien dan potensi klien dan kepada parti-parti yang lain yang akan terkesan seperti institusi kewangan dan kontraktor projek yang berkaitan dengan projek tersebut.
  • Arkitek tersebut hendaklah meletakkan nama di dalam brochure jualan sekiranya dia ada faedah dengan syarikat pembangunan tersebut
  • Arkitek tersebut juga hendaklah mematuhi Tatacara Kelakuan Professional di dalam perenggan 4(1) di mana menyatakan bahawa Arkitek professional yang sedang mempraktiskan professionalism nya tidak boleh 
              a) menjalankan atau berhubungan dalam mana-mana perdagangan dan perniagaan 
                 di mana ia tidak selaras dengan tugas dan  tanggungjawab arkitek dalam garis 
                 panduan professionalism seorang arkitek

              b) atau memegang, di anggap memegang, atau tidak sengaja memegang kecuali 
                 posisi di dalam mana-mana perdagangan atau perniagaan yang berkaitan dengan                  kerja tugas dan tanggungjawab seorang arkitek

              c) tambahan, pada perenggan 4(16) Seorang Arkitek Professional tidak seharusnya gagal untuk mendedahkan kepada kline, pemilik, atau kontraktor taentang perkiraan khusus yang diketahui olehnya di mana ia boleh menjadi pertikaian dan menyebabkan sebuah konflik faedah dan seharusnya memastikan yang konflik tersebut tidak berkrompomi dengan perkara undang-undang seperti menjadi seseorang atau mempamerkan tanggunghawab arkitek dengan memberikan pengadilan yang adil dalam kontrak kerja pihak yang lain




Situasi Keempat

Sebuah firma arkitek telah menerima satu jemputan daripada seorang pemaju dan usahawan terkenal untuk mengambil bahagian dalam satu pertandingan rekabentuk secara terhad bagi sebuah tempat peranginan jutaan ringgit di sebuah pulau. Firma syarikat tersebut telah diberitahu bahawa firmanya adalah salah satu daripada 10 firma arkitek yang terpilih dan tidak akan ada sebarang hadiah kecuali satu kali bayaran sebanyak RM5000 bagi penyertaan bona-fide. Pemenangnya akan dilantik sebagai Arkitek Projel bagi pembangunan tersebut.


Apakah tindakan yang patut di ambil oleh Arkitek tersebut?

Arkitek tersebut perlu memberikan tindak balas seperti berikut;

Mengikut Kod Tatacara Kelakuan Professional seorang arkitek, di dalam schedule yang kedua kepada Arkitek Rules 1996,  menyetakan seperti berikut " Seorang arkitek hanya boleh menyertai pertandingan senibina (architecture) yang diluluskan oleh Lembaga Arkitek Malaysia sahaja"

Tambahan, Lembaga Arkitek Malaysia ada mengeluarkan pekeliling umum bil 2/2005 di mana menggariskan garispanduan dalam pertandingan senibina yang dipersetujui oleh Lembaga Arkitek Malaysia

Oleh itu, Arkitek tersebut tidak boleh mengambil bahagian dalam pertandingan senibina yang dianjurkan oleh pemaju yang merupakan seorang usahawan itu di mana ia tidak diluluskan oleh Lembaga Arkitek Malaysia

Dalam peranggan kedua Skala Minimum Yuran Arkitek,  ada menyatakan seorang arkitek tidak boleh kenakan bayaran kurang dari skala minimum yuran arkitek. Sekiranya arkitek tersebut menyertai pertandingan tersebut, yuran perkhidmatannya terhadap projek itu hendaklah tidak boleh dikurangkan dan mesti mematuhi peraturan.

Oleh itu, arkitek seharusnya menggalakkan pemaju untuk mendapatkan kelulusan dari Lembaga Arkitek dahulu untuk pertandingan tersebut jadi arkitek tersebut boleh lah mengambil bahagisan dalam pertandingan itu.



Situasi Kelima

Dengan menggunakan sesebuah produk "Steel Cladding" dalam projek pembangunannya, seorang arkitek telah memenangi anugerah rekabentuk berprestij dalam penggunaan yang menarik pada bangunan-bangunan yang direka olehnya. Selepas menerima anugerah tersebut, pembekal ingin mengeluarkan majalah edisi khas dalam memaparkan produk "steel"tersebut yang dipasarkan oleh mereka dan telah datang kepada arkitek tersebut untuk membuat sedikit penulisan kkomen  tentang kebaikkan produk mereka di mana arkitek tersebut telang menggunakannya beberapakali dalam projek-projek nya termasuk projek yang mendapat award tersebut.



Apakah tindakan yang patut di ambil oleh Arkitek tersebut?

Arkitek tersebut terikat dengan Kod Tatakelakuan Arkitek Professional seperti berikut;

perenggan 4(4) Seorang arkitek professional tidak boleh perakukan sebarang bahan, komponen, perkhidmatan atau produk yang berkaitan dengan industri pembinaan dengan menggunakan ayat perbandingan.

perenggan 4(5) Seorang Arkitek professional tidak boleh membuat penyataan yang menyebabkan salah faham, penipuan, atau penyataan yang salah atau menyatakan tentang kelayakkan professional , pengalaman dan hasil kerja ,dan perlu dengan tepat menyatakan skop dan tanggungjawab semulajadi di dalam perhubungan dengan kerja di mana dia mendapatkan kredit/penganugerahan

perenggan 4(6) Seorang arkitek boleh terbitkan atau mengeluarkan kepada penerbit tentang 

(a) illustrasi , artikel atau apa-apa persembahan media tentang persembahan projek yang dia pertanggungjawabkan , samaada secara perseorangan atau dengan kerjasama pihak lain, (b) mana-mana perkara di mana dia, secara individu atau dengan kerjasam pihak lain, ada menulis dalam bentuk artikel, sirkular, brochure, buku atau mana-mana medai tentang persembahan yang benar, relevan, dan tidak disalah ertikan atau tidak berlaku tidak adil kepada yang lain

perenggan 4(8) Untuk semua perkara yang disebutkan di perenggan (6) dan (7), penerbit yang berkaitan atau mana-mana yang dibenarkan untuk membuat pengiklanan tentang perkara tersebut tidak bole mengandungi sebarang bentuk membandingkan atau mengeluarkan ayat perbandingan dengan professionalism arkitek atau praktis senibina yang sedang dia jalankan sekarang ini. 

sumber : (kelas persediaan peperiksaan LAM by irc 2010)


Di sini jelas bahawa seorang arkitek professional terikat dengan kod Tatacara kelakuan sebagai arkitek professional di mana tidak boleh membuat sebarang tindakan yang tidak mengikut tatacara yang dikeluarkan oleh lemabaga arkitek malaysia ini. Seandainya seorang arkitek melanggar tatacara ini, ia boleh dikenakan penalti dan berkemungkinan dipenjarakan dan dilucutkan dari tittle AR.

Ini bermakna, saya sedang berusaha untuk lulus dalam peperiksaan lembaga arkitek di mana apabila berjaya, boleh mendapat mandat sebagai arkitek professiona. Namun tidak akan bebas sepenuhnya kerana terikat dengan tatacara kelakuan arkitek dalam menguruskan projek dan tanggungjawab. semoga saya mampu menggalas semua ini apabila tiba masanya nanti. Insyaallah. Saya pernah dengar tentang, tanggungjawab itu akan datang apabila seseorang itu telah bersedia. Insyaallah saya telah bersedia. Doakan yan saya lulusa dalam peperiksaan ini. Terima kasih saya ucapkan dan selamat berbuka :)

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//






0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO