NUFFNANG

Thursday 11 July 2013

Perkhidmatan dan Kos Yuran Perunding Arkitek





Teks : khairunnisa hamzahara








Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Lanjutan daripada entry berkenaan keperluan untuk menggunakan perkhidmatan perunding arkitek dalam pembinaan, saya akan menceritakan serba sedikit tentang jenis perkhidmatan yang boleh diberikan oleh Arkitek yang bertauliah dan kos yuran Arkitek tersebut bagi setiap jenis perkhidmatan dan fasa perkhidmatan.

Jenis perkhidmatan seorang arkitek adalah
a) Perkhidmatan Asas
b) Perkhidmatan Sampingan
c) Perkhidmatan Tambahan


Dalam entry ini saya terangkan dahulu tentang Perkhidmatan Asas seorang arkitek dan pecahan peratusan yang perlu dibayar dari *total keseluruhan jumlah bayaran yuran perunding arkitek yang terbahagi kepada 5 Fasa (Peringkat) iaitu:

(*cara kira total keseluruhan kos yuran perunding akan dibincangkan dalam entry cara pengiraan kos minimum yuran perunding arkitek )


Fasa Rekabentuk Skematik (15%)


  • Dalam fasa ini, Arkitek memberikan perkhidmatan seperti mengambil info dan maklumat sebanyak mungkin berkenaan diri tuan rumah/bangunan dan menganalisa tentang keperluan pembinaan rumah/bangunan tersebut. 


  • Kemudian menyiapkan sebuah lakaran awalan konsep rekabentuk yang mengungkapkan secara keseluruhan penganalisaan yang telah dibuat . 


  • Seterusnya ia akan dimuatkan dalam pembangunan lakaran rekabentuk sehingga ianya boleh dibawa ke proses perbincangan dan kebenaran tentang pembangunan projek bersama pihak berkuasa tempatan dan yang berkaitan. Di kala ini lukisan ini boleh difahami oleh semua pihak dan mempunyai dimensi dan rupabentuk yang jelas. 


  • Kemudian di fasa ini juga arkitek akan menyediakan jangkaan awalan kemungkinan kos pembinaan berdasarkan ruang, volume dan kos unit yang lain. 


  • Apabila diperlukan, arkitek akan menyediakan dan melakukan proses penyerahan lukisan dan lain-lain dokumen yang diperlukan kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk mendapatkan kelulusan samaada untuk kelulusan perancang bandar atau prinsipal (professional ) seperti yang dikehendaki oleh mana-mana peraturan-peraturan yang telah dibuat.

(dalam fasa ini bayaran yuran perunding dikenakan sebanyak 15% daripada *total keseluruhan kos yuran perunding arkitek )







Fasa Pembangunan Rekabentuk (30%)


  • Dalam fasa ini, apabila lakaran rekabentuk telah diterima oleh klien atau pihak berkuasa, pembangunan rekabentuk dibuat bagi kelihatan lebih kemas dan teliti sehingga ke peringkat boleh digunapakai untuk rujukan konsultan lain di bidang kepakaran yang lain seperti jurutera elektrik, mekanikal dan sebagainya untuk mereka menyediakan nasihat rekabentuk teknikal dari bidang mereka pula. 


  • Pada peringkat ini juga arkitek akan menyediakan lukisan kerja (working drawing) dan menyerahkan lukisan ini bersama-sama dokumen yang berkaitan kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk ke proses mendapatkan kelulusan bangunan.


  • Selain itu, semasa fasa ini, arkitek akan mengemas kini semula anggaran kos pembinaan awalan yang disediakan pada peringkat pertama tadi dan menyerahkannya kepada klien untuk mendapatkan persetujuan.


  • Arkitek juga akan mengemaskini perancangan projek dan jadual perlaksanaan , seterusnya ia akan serahkan perkara ini kepada klien untuk dapatkan pengesahan dan persetujuan dari client





Fasa Dokumentasi Kontrak (25%)


  • Sebaik sahaja memperolehi persetujuan oleh klien terhadap pengemaskinian kos pembinaan , perancangan projek, jadual pelaksanaan kerja, persiapan dan proses terakhir dalam membuat lukisan terperinci dan perkara-perkara lain yang perlu untuk membolehkan penyediaan Senarai Kuantiti disediakan.
  •  dalam bekerjasama dengan konsultan yang lain, arkitek akan menyediakan dokumen yang perlu untuk mendapatkan perebutan tender untuk bekerja dalam satu kumpulan.
  • arkitek juga akan menjemput, bagi pihak klien, pihak lain untuk bekerjasama  dalam projek ini /terima tender atau arkitek akan bekerjasama dengan pasukan kerja yang dipilih sendiri oleh klien.
  • selepas itu, arkitek akan mengkaji keputusan tender  dan serahkan laporan dan cadangan kepada klien
  • kemudian arkitek akan mengeluarkan sijil lantikan kepada seiap pasukan projek yang dilantik untuk bekrjasama dalam projek tersebut
  • arkitek akan menyediakan dokumen kontrak pembangunan , sama ada menyediakan bersendirian atau secara kerjasama dengan konsultan lain yang dilantik oleh klien, dokumen ini untuk di tandatangani bersama antara klien dan kontraktor
 


Fasa Implementasi Kontrak dan Pengurusan (25%)



  •  Di peringkat ini arkitek akan memainkan semua peranannya dan tugasannya mengikut praktis senibina di bawah terma dan syarat kontrak pembangunan
  • Arkitek akan menasihatkan klien untuk mengambil staf tapak kerana untuk projek tersebut dan membuat kiraan anggaran kos terhadap kos dan tempoh pekerjaan mereka
  •  selain itu diperingkat ini arkitek arkitek akan melengkapkan maklumat dan mengeluarkan arahan kepada kontraktormengikut terma dan syarat yang termaktub dalam kontrak pembinaan untuk membolehkan kontraktor melanjutkan kerja
  • arkitek juga akan memeriksa program kerja yang di serahkan oleh kontraktor dan akan memutuskan sama ada kerja di lakukan dengan sempurna atau tidak disepanjang tempoh kontrak itu
  • dan di peringkat ini arkitek akan menjalankan pemeriksaan terhadap kerja-kerja yang dilakukan pada tempoh siap projek tersebut , untuk memastikan bahawa kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan mengikut kontrak pembangunan dan untuk arkitek mengeluarkan sijil perakuan siap kerja terhadap kontraktor 
 Fasa Penyiapan Terakhir (5%)


  • Pada peringkat penyiapan terakhir ini, arkitek akan mengeluarkan sijil perakuan siap kerja dan pematuhan kerja untuk bangunan tersebut selepas arkitek berpuas hati bahawa bangunan itu selamat untuk di duduki dan seperti yang dirancang
  • kemudian arkitek akan memperakui lukisan siap bina dan menyerahkan manual penyelenggraan bersama-sama dengan waranti kepada klien
  • arkitek juga akan mengeluarkan sijil perakuan penyiapan kerja-kerja kecacatan setelah berpuas hati dengan kecacatan yang telah diperbaiki semula
  • dan akhirnya pada peringkat ini arkitek akan menyediakan akaun terakhir untuk kontrak projek tersebut dan memparakukan sijil pembayaran terakhir yuran kontraktor.

 
Jadi begitulah pembahagian asas perkhidmatan seorang arkitek mengikut peringkat dan pecahan yuran. Jika inginkan perkhidmatan rekabentuk saja misalnya, maka yurannya adalah 15% daripada keseluruhan kos yuran perunding arkitek.

Contohnya :
               Kos projek : RM 400,000
               Yuran keseluruhan Arkitek : RM400,000 x 10% = RM 40, 000
Klien pilih untuk ambil khidmat rekabentuk sahaja di peringkat rekabentuk skematik iaitu 15% daripada kos keseluruhan yuran perunding arkitek. Maka,

               15% x RM40,000 = RM 6000 sahaja 

begitulah seterusnya. Namun adalah dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan arkitek dar A-Z agar mendapat perkhidmatan professional dan klien akan mendapat jaminan di sisi undang-undang jika berlaku apa-apa tentang proses pembinaan dan selepas menduduki bangunan. Yang penting ikut prosuder, pasti terjamin kualitinya.

Sampai sini dahulu, nanti saya akan sambung kepada entry perkhidmatan lain yang boleh diberikan oleh seorang arkitek 

untuk sertai kelas belajar hiar rumah online boleh lihat di sini
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/belajar-hias-rumah-online.html

khairunnisahamzahara@gmail.com 

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA// 
    



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO