Tuesday, 23 July 2013

Pasu Dan Bunga

Teks: khairunnisa hamzahara



Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Lama sudah rasanya saya tidak bersiaran di sini, sebetulnya saya sedang membuat persiapan untuk peperiksaan yang bakal di hadapi pada hari Sabtu ini. Namun kerana sudah biasa berkongsi cerita dan apa saja yang saya tahu membuat kan hati saya tidak tenteram tanpa mencoretkan apa-apa di sini untuk beberapa hari yang lalu. 

Semalam, bulan mengambang besar dan bercahaya terang. Bulat sebulat-bulatnya. Di sekelilingnya ada bintang yang berkelipan. Sungguh indah ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Bulan dan bintang menjadi aksesori langit gelap di malam hari. Bila mak mertua saya kata, itu maknanya dah separuh bulan kita berpuasa, ya, bulan bila bulat penuh itu maknanya kita berada di pertengahan bulan. Ini bermakna Aidilfitri bakal tiba. 

Jadinya saya terdetik untuk berkongsi tentang penataan rias rumah yang boleh dibuat di kala sedang berpuasa ini. Menghias rumah dengan aksesori penaik seri yang menjadikan ruang nampak hidup, tidak kaku dan menjadikan ruang lebih sedap mata memandang.

Tips ini boleh dijadikan panduan bagi yang tidak mempunyai idea bagaimana mahu jadikan sesebuah ruang lebih berseri dan nampak lebih hidup. Di awal entry berkenaan aksesori penaik seri ini, saya memilih untuk berkongsi tentang pasu dan bunga

Pasu Dan Bunga

Tidak seri sesebuah ruang tanpa kehadiran bunga dan pasu. Ini adalah pelengkap segala ruang. Hias lah macam mana sekalipun, namun jika tidak ada bunga dan pasu pasti ruang tersebut akan kelihatan hambar. Saya sangat gemar membeli bunga di KK Home Decor , IKEA ataupun di kedai barangan hantaran. Tapi baru-baru ini saya berkunjung di Mydin, MITC Melaka, saya jumpa beberapa tangkai bunga dan beberapa pasu untuk digubah. Harga memang berbaloi. Bila telah digubah, ia seakan-akan kelihatan jauh lebih mahal dari harga asalnya. Jika rasa tidak confident untuk gubah bunga sendiri, boleh minta tolong dari jurujual di situ, mereka pasti ada seorang tukang gubah dan boleh gubahkan untuk pembeli, terutamanya di kedai KK Home Decor. 

Untuk pasu pula, jika inginkan pasu seramik, murah untuk di dapatkan di KK Home decor kerana kebanyakkan pasu nya dari seramik dan porcelin. Jika ingin kan pasu gelas lutsinar,mudah diperolehi di shopping komplek seperti jaya jusco dan parkson.

Untuk meja makan, sesuai untuk diletakkan pasu gelas yang lutsinar, di mana kita akan nampak tangkai bunga di dalam pasu itu. Bunga juga boleh diletakkan satu jenis sahaja, atau untuk nampak lebih segar boleh letakkan gubahan daun sahaja. Ini bukan sahaja menjadikan meja makan itu penuh dengan mood berselera malah ia menjadi satu aksesori yang melengkapkan ruang tersebut.

Di Dapur atau di Bilik Air, kita boleh letakkan Bunga-Bunga kecil di dalam pasu seramik atau daun-daun hijau di dalam pasu seramik

Manakala jika di ruang tamu, kita boleh jadi lebih kreatif. Memilih pasu yang mempunyai identiti tersendiri bagi mempamirkan krakter tuan rumah dengan bunga yang unik atau bersaiz lebih besar dari ruang lain. Pendek kata, Pasu dan Bunga di ruang tamu menjadi lebih menonjol dari ruang lain.

Namun demikian, untuk bunga, tidak perlu ada banyak jenis bunga di dalam satu ruang yang sama. Jika terlalu banyak ia akan nampak berserabut. Berlainan dengan pasu, pasu kosong tanpa bunga ibarat aksesori pasif, tidak terlalu menyerlah. Jadi pasu ada banyak tidak apa, cuma perletakkan bunga sahaja kene kawal sikit . Kalau boleh biarlah satu ruang hanya di hiasi dengan satu gubahan bunga.

Bagi bilik tidur, bole letak Pasu gelas Lutsinar dengan bunga segar yang harum bau nya bagi mendatangkan mood romantik. Bilik kanak-kanak, tak apa, tak letak dulu pasu dan bunga pun tak apa jika anak-anak masih kecil. Risau takut ada yang pecah pula kan. Bilik pejabat boleh juga di letakkan pasu dan bunga, pasu seramik pun sudah mencukupi. Bunga pula cari bunga yang bewarna terang untuk mendatangkan mood bersemangat ketika bekerja. Contoh boleh guna bunga yang bewarna merah dan berdaun hijau dan berpasu hitam.

Saya rasa sampai di sini dahulu tentang pasu dan bunga, insyaallah nanti saya nak cerita pula berkenaan bingkai gambar dan beberapa aksesori perhiasan rumah lagi, insyaallah.  

Selamat berpuasa ya
Wassalam

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//









0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO