NUFFNANG

Sunday, 7 July 2013

Blog dan Facebook


Teks : Khairunnisa Hamzahara

Asslammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah sebelum menutup mata malam ini, saya ingin membuat satu ulasan dalam artikel yang saya baca dalam Majalah IK -Inspirasi Kejayaan yang diasaskan oleh Irfan Khairi (Jutawan Internet). 

Tajuk Artikel tersebut iaitu "Facebook Membunuh Blog " tajuknya di berikan sedemikian bagi tujuan gimik semata. Apabila di baca keseluruhan artikel rupanya isi kandungannya bukan sedemikian rupa malah isi kandungannya adalah untuk memberitahu yang Facebook tidak membunuh blog malah di sini ia menghuraikan lagi tentang kelebihan serta kepentingan mempunyai blog.

Di mana asalnya perkataan Blog? Ia sebenarnya berasal dari perkataan "Web Log" di mana ia berfungsi seakan-akan buku log dan buku diari di alam maya dan boleh di akses oleh sesiapa sahaja bagi memuatkan tentang aktiviti harian, perkembangan hidup dan pelbagai lagi.

Dengan Adanya Facebook ia tidak mematikan blog malah ia bekerjasama dan saling memerlukan. Ia seperti tv yang tidak melenyapkan radio dan radio yang tidak menghilangkan surat khabar. 

Kepentingan Yang Pertama untuk mempunyai blog adalah kerana ia mudah di akses oleh sesiapa sahaja yang menggunakan internet di alam maya berbanding facebook kerana di facebook hanya friend saja yang boleh akses ke dalam facebook kita. Blog tidak memerlukan pelawat untuk meminta izin dan mendaftar masuk kepada pemilik akaun. Malah ia tidak memerlukan sistem log in. Ia adalah satu lama yang mesra dengan pembaca. Atas sebab itu, pembaca kurang gemari meninggalkan komen di blog yang mempunyai sitem kata laluan dan memerlukan tapisan terhadap komen ia seperti pembaca sedang berada di laman peribadi seseorang. Bagi laman yang mesra pembaca dan menggalakkan interaksi pembaca, penggunaan kata laluan dan tapisan terhadap komen sebaik-baiknya dielakkan.

Sekiranya kalian hanya mempunyai facebook bagi marketkan sebuah perniagaan i alam maya, apa yang akan anda tulis untuk memperkenalkan perniagaan, hanya pembaca dan pelanggan yang "LIKE" page kalian saja yang boleh membacanya. Itupun bukan semua yang buka untuk membacanya, hanya segelintir sahaja yang membaca. Lain pula situasinya jika menggunakan blog, apa sahaja yang anda tulis dan post boleh di akses, di jumpa dan di baca oleh sesiapa sahaja dengan melalui enjin carian.

Adakah kalian tahu yang kekuatan blog adalah dari segi enjin pencari. Enjin pencarian seperti Google sangat suka kepada Blog. Kebiasaannya ia seringkali memaparkan blog-blog sebagai maklumat pertamai yang tersenarai dalam result pencarian pembaca setelah menaip kata kekunci pencarian. Ini kerana di dalam blog terdapat banyak informasi yang dikongsikan oleh penulis yang menulis secara bebas. Ini sangat penting kerana hampir 90% pengguna internet menggunakan Google dan mereka akan dipaparkan kepada blog dan di dalam blog ini mereka akan membaca dan mendapatkan maklmumat tentang sesuatu dahulu dengan lebih terperinci serta meluas untuk mengetahu tentang sesuatu produk dan perkhidamatan sebelum membeli dan menggunakannya.

Selain itu, blog merupakan satu laman yang berfokus dan berpaksikan kepada sesuatu. Misalnya dalam penjenamaan. Ia adalah sebuah laman yang kemas dari segi warna, susunatur, kemudahan button dan bar maklumat di atas dan tepi . Ia menampakkan tentang keseluruhan isi kandungan blog/jenama. Penjenamaan yang baik adalah menjenamakan diri sendiri yang unik dan seterusnya boleh memperkenalkan produk dan perkhidmatan. Ini berbeza jika menggunakan facebook kerana pelawat perlu scroll down maklumat dan iklan tentang sesuatu produk. Jika di blog, ia mempunyai button menu dan pembaca boleh memilih bab dan kategori untuk di baca tanpa perlu scroll kesemuanya sebelum berjumpa dengan maklumat yang di carai.

Secara kesimpulannya, bagi pengguna dan pengusaha yang bijak, ia tidak akan menggunakan hanya satu sumber untuk tujuan menyampai dan memperkenalkan produk tetapi ia akan menggabungkan kesemuanya sebagai strategi pemasaran yang luas. Gabungkan facebook, blog dan web. Di dalam facebook perkenalkan entry dalam blog dan we kedai , di dalam blog perkenalakan website dan laman facebook kedai, di kedai pula perkenalkan link kan ke blog dan laman facebook. ia saling bersangkut paut dan terpulang kepada pembaca keraa ada yang hanya gemar online di facebook sahaja ada juga yang suka membaca detail di blog tak kurang juga yang suka melihat dengan tepat di laman web. Pelbagaikan suasana dan idea. Jadi kreatif dan berseronoklah dengan kemudahan teknologi yang ada dengan sebaik-baiknya dan menggunakannya dengan berlandaskan syarak.

Untuk menyertai Kelas Asas Blog dan Penulisan, penddaftaran boleh dibuat di khairunnisahamzahara@gmail. com atau facebook - Nisa Nua. Lampirkan maklumat analisa ini semasa permohonan :
-nama penuh dalam IC
-latar belakang pendidikan
-pengalaman bekerja
-pengalaman berniaga
-hobi dan kepakaran
-matlamat jangka pendek
-matlamat jangka panjang

analisa akan dijalankan dahulu untuk mengetahui tajuk blog yang akan dibina kelak dan kandungan yang akan ada di dalam blog ini

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

1 comments:

Dalilayusf said... [Reply to comment]

Fb sgt berkesan untuk mewawarjkan apa yg kita tulis dlm blog,
Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sew

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO