NUFFNANG

Thursday, 13 June 2013

Senjata Rahsia Menjadi Wanita yang Hebat adalah dengan Membuat Perancangan

Teks : Khairunnisa Hamzahara




Assalammualaikum

Selamat Pagi kepada semua pembaca
Alhamdulildilah syukur kepada illahi kerana kita semua masih berpeluang hidup di pagi hari ini.

Kepada yang sedang menuju ke tempat kerja, berhati-hatilah. Jika tersekat dalam jem, cuba gunakan masa ini untuk berfikir tentang perancangan hari ini dan matlamat hidup. Gunakan masa tersebut dengan positif, elakkan mengeluh kesah atau bergaduh sesama kenderaan lain. Bagi ibu-ibu yang di rumah pula, mulakan kerja rumah seawal pagi kelak pasti banyak masa yang boleh dimanfaatkan jadi adalah masa untuk diri sendiri pula. 

Mari saya berkongsi tentang Trinny dan Susannah. Mereka ini adalah gandingan dua wanita yang hebat di UK. Mereke masih baru dan muncul di siaran langsung di sebuah stesen tv yang bernama ITV di UK. Mereka ini telah pelajari bagaimana mengahadapi kesibukan menguruskan rumah, kluarga, kerja dan aktiviti sosial tetapi masih mempunyai masa untuk diri mereka sendiri.

Di tangan saya ada sebuah buku yang dikarang oleh mereka yang bertajuk "The Survival Guide-A woman secret weapon for getting through the year" Di dalam buku ini mengandungi tunjuk ajar dan panduan bagaimana untuk mengimbang kehidupan yang sibuk seharian tetapi masih kelihatan hebat dan berasa hebat sepanjang hari sepanjang tahun. Teruja bukan?

Senjata rahsia mereka adalah menjadi seorang yang terancang. Merancang setiap perkara dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar besar perkara. Trinny & Susannah The Survival Guide adalah kemuncak kepada panduan perancangan kehidupan wanita, yang dilengkapkan juga dengan ruang untuk menyimpan data  informasi dan maklumat penting seperti no telefon tukang paip dan sebagainya. Dan di dalam buku ini juga mereka menonjolkan tentang menceriakan kehidupan dan juga tip bagi menjimatkan masa.

Mereka memberikan pandangan terkini tentang bagaimana untuk memilih pakaian dengan betul yang bersesuaian dengan diri seseorang, bentuk badan, masa dan tempat. Di dalam buku ini telah dilengkapkan dengan apa sahaja maklumat yang diperlukan oleh seorang wanita tentang keperluan dan pengetahuan-ia menceritakan tentang seni untuk tidak melihat paras umur diri sendiri, macam mana nak mengubahsuai pakaian lama agar kelihatan baru dan segar, dan bagaimana untuk memberikan hadiah yang tepat kepada orang yang sepatutnya. Di sini juga memuatkan bagaimana mereka menyenaraikan kedai-kedai yang terbaik mereka pilih di tempat mereka untuk membeli barang-barang tertentu. 

Mereka juga menyenaraikan idea-idea yang hebat untuk destinasi hujung minggu, nasihat untuk keluar membeli dengan anak-anak kecil dan anak-anak remaja, membeli belah ketika ada jualan murah, membersihkan kotoran, bulan untuk berehat, bersedia menghadapi cuaca, mengendali kejadian biasa yang selalu terjadi pada barangan rumah dan ketika musim cuti sekolah, dan tetapi setelah melalui semua ini masih sedang membina masa untuk memenuhi impian sendiri.

Tambahan di dalam buku ini ada perkara yang hebat tentang menguruskan dan menggunakan internet, menggunakan google, bijak dan pandai menggunakan ebay, dan website serta blog yang memberi input yang berguna dan boleh menjadikan diri wanita itu semakin hebat dan mengubah kehidupan harian seseorang. 

Saya rasa menarik membaca buku ini, insyaallah jika ada masa terluang saya akan berkongsi dengan semua apa yang terkandung dalam buku ini. Selalamat berjumpa lagi. Wassalam

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO