Teks: khairunnisa hamzahara
Alhamdulillah anak ke 3 kami selamat disunatkan ketika berusia 2 bulan setengah. Sama seperti Abang nya dahulu yang kini sudah pun berumur 4 tahun. Ramai masyarakat kita masih takut dan tidak didedahkan dengan sunat bayi ketika kecil. Ia bukan sahaja sunat rasullullah malah ia juga mempunyai banyak kelebihannya.
Antara kelebihan sunat bayi ketika kecil adalah:
1- Bayi masih tidak tahu rasa sakit.
Ketika ini bayi hanya pandai senyum, ketawa, menangis dan mengantuk. Menurut kata dokter, sebenarnya sunatkan anak ketika sudah besar adalah satu penderaan kepada anak-anak. Di mana ketika ini mereka sudah pandai merasa sakit, takut, ngeri dan sebagainya. Jika sunat ini dibolehkan sejak dari kecil, segerakanlah sunatkan anak ketika ia masih belum memahami pelbagai deria rasa lagi.
2- Proses siap seawal 5 minit sahaja
Pengalaman saya ketika sunatkan si abang, dia boleh berbual dengan dokter selepas nangis dibius. Ketika sunat, baby yang agah dokter. Mungkin dia ingat dokter sedang bermain dengannya. Kerana ketika ini bayi tidak faham apa-apa.
Namun berbeza dengan si adik ini, dari bius sampai habis sunat dia menjerit sebab si adik ni pantang orang pegang kaki dia. Bukan sakit sebab sunat tapi sebab marah orang pegang kaki. Masa si abang dulu, dokter lain, dia bedungkan si abang dengan kain dan balut kaki tangan tak boleh gerak. Tapi yang kali ini hanya nurse tolong pegnagkan kaki dengan kuat. Masa umur ini si adik punya kaki dah menendang-nendang kuat.
3- Penjagaan Mudah Selama 1 minggu sahaja
Cuma hari pertama sahaja, bayi akan menangis. Terutamanya apabila dia kencing. Nyilu agaknya. Tapi hari esok dan hari-hari seterusnya bayi dah tak menangis dan dia seperti biasa, ketawa, senyum dan tidur. Penjagaan nya sama seperti kita jaga tali pusat bayi ketika baru lahir dahulu. "Ring" yang dipasangkan untuk matikan kulit yang disunat itu akan tanggal dengan sendirinya seawal 1 minggu kemudian.
4- Tiada pantang
Jika anak-anak sudah besar kita kena risaukan pemakanan mereka sebab dikhuatiri bentan. Namun ketika usia bayi, bayi hanya menyusu susu ibu dan susu ibu adalah sebaik-baik pemakanan dan sistem kekuatan antibodi badan. Makanya bayi mudah pulih semula.
5- Sunah Rasullullah
Dan kita ibu bapa juga peroleh pahala kerana menyunatkan bayi ketika kecil. Ketika kami beratur menunggu giliran untuk disunatkan, ramai lagi ibu bapa yang turur ingin menyunatkan bayi masing-masing dan kebanyakan mereka adalah bangsa Arab. Kata dokter, beliau pernah menyunatkan bayi paling awal, 6 jam selepas kelahiran.
6- Sihat dan Boleh elakan penyakit
Bayi yang disunatkan seawal usia bayi boleh membantu mencegah dan membuang penyakit. Kami sendiri dinasihatkan untuk sunatkan si abang ketika berusia 2 tahun setengah kerana mengidap pronog jaundis selama 2 bulan setengah selepas dilahirkan. Sebaik sunat, demam kuningnya hilang dan tidak lagi kena "tembak" ketika buka pampers untuk dicuci. Bayi sudah pandai kawal kencingnya. Sesungguhnya banyak kebaikan apabila kulit hadapan yang perlu dibuang itu dibuang seawalnya. Tidak perlu tunggu sehingga anak besar kerana ia mungkun boleh terjadinya bentan atau angin pasang.
Untuk yang berminat untuk sunatkan anak seawal bayi, di Bandar Baru Bangi ada 2 buah hospital yang menyediakan perkhidmatan sunat bayi yang dilakukan oleh dokter pakar bedah dengan bayaran lingkungan RM300-Rm350 sahaja. Boleh call hospital AnNur atau AzZahrah untuk buat temujanji sunat untuk anak.
Berpeganglah kepada Al-Quran dan Sunat dalam amalan kehidupan Harian.
Kelak semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan
Usah bertangguh,
laksanakan hak anak sementara kita masih hidup.
Sudah sunat kan anak masa kecil, dah selesai satu tanggungjawab kita sebagai ibu ayah nya.
InsyaAllah
Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
0 comments:
Post a Comment