Teks :khairunnisa hamzahara
Sebenarnya kelas online belajar asas blog adalah kelas yang diilhamkan oleh pengasas nya iaitu Puan Masayu Ahmad. Saya sendiri selaku anak murid di pertengahan tahun ini yang lalu. Selepas melepasi standard, puan masayu menerima saya sebagai salah seorang pembantu kelas dan kemudian menjadi guru kelas online. Inilah kesempatan yg ditunggu. Walau pernah berhajat nak jadi guru atau lecturer tapi tak kesampaian, dapat juga bergelar guru biarpun guru online. Yang paling penting dapat kongsikan ilmu bagaimana membina dan menghasilkan blog yang berpengaruh dan memanfaatkan penulisan untuk bacaan umum dengan orang ramai melalui blog.
Sejak dari awal buka kelas dibawah group sendiri dan dipantau oleh puan Masayu, kelas mula diisi bermula dari isteri sahabat suami, sepupu saya dan sepupu suami, akawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah dan kawan sama masa U, ada juga isteri pada kawan dan makcik sendiri, paling tak disangka, tak kurang juga sambutan dari sahabat FB yang lain yang baru dikenali dan baru add jadi friends.
Ilmu mula tersebar, ukhuwah mula bertambah. Paling seronok bila terbaca salah satu blog yang merupakan blog pertama yang lahir dari peserta lelaki yang merupakan anak didik puan masayu, kerana dia juga adalah salah seorang sahabat abang saya ketika di sekolah menengah agama dulu.
Panjang pula cerita, sebenarnya nak jemput baca blog abang senior saya di sekolah dulu yang merangkap protge kelas direct di bawah puan masayu amad sendiri. Blog ini ada banyak kisah yang boleh memberi tauladan kepada kita:
------------------------------------------------------------------------------------------
Teks : Firdaos Mohd Rawi
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Pagi ni hantar anak ke Alim Kid. Memang seminggu sekali sahaja kami hantar anak kami ke sana. Pada mulanya saya ingin menceritakan mengenai budaya arab. Tetapi saya perlu berkongsi apa yang berlaku usai saya menghantar anak saya ke Alim Kid.
Selepas menghantar anak, saya pergi ke sebuah restoran. Sebelum ini saya pernah datang ke Restoran tersebut. Harini saya makan lagi di situ. Nescafe tarik dan Roti Arab. Sesudah selesai makan baru saya sedar saya bawak duit besar. Saya beritahu pada akak tu, "maaf kak saya bawa duit besar," sambil menunjukkan duit RM50.00 . Akak tu tenang dan memeriksa laci wang. Dia cakap, "sekejap dik akak tukarkan duit dulu dengan bos."
Bosnya tiada. "Adik, akak takde duit pecah dik. Takpe adik bayar lain kali sahaja ok?"
"Saya tinggal jauh dari sini, kak." Dengan wajah tenang tanpa marah dan dengan ikhlas dia berkata, "Takpe kalau tak sempat datang pun akak halalkan."
Dalam hati saya terucap, "Hebat betul akak ni. Dari luaran nampak biasa tetapi dalaman luar biasa!" Masa tu jugak saya teringat duit syiling dalam kereta dan bertanya padanya, "Akak terima duit syiling?" "Terima dik", jawabnya ringkas.
Saya pergi ke kereta dan mengenggam duit syiling dan kira di hadapan akak tersebut. Rasa macam tak cukup. Saya kira di hadapan akak yang baik hati tersebut, " Seposen dua posen tiga posen." Alhamdulillah cukup. "Terima kasih kak. Maaf tak bawak duit kecil." akak tu menjawab, "akak pun minta maaf ye dik." Kesimpulannya pada hari ini saya beruntung bertemu dengan orang yang hebat dalaman kerana empat ringgit.
Nampak biasa, tetapi kaya jiwa. Dia hanya pekerja, dan kalaulah saya tidak bayar mungkin dia pula yang akan keluarkan duit poketnya untun bayar secawan Nescafe dan sekeping roti arab yang best tu. Alhamdulillah.
Pesan ulamak, jangan memandang amalan yang kecil itu kecil kerana mungkin sahaja ia menjadi penyebab seseorang masuk ke dalam syurga. Mungkin sahaja nilai empat ringgit itu kecil, tetapi tidak kecil jika ia menjadi penyebab masuk ke dalam syurga Allah s.w.t.
Baca selanjutnya di blog Firdaos Mohd Rawi http://firdaosmohdrawi.blogspot.com/
-------------------------------------------------------------------
Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
Message saya Nisa Nua untuk dapatkan PROMOSI Oktober! dapat 3 + 1 ebook PERCUMA
atau baca dulu berkenaan kelas asas blog di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html
untuk pendaftaran boleh terus isi borang ini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html
No comments:
Post a Comment