Pages

Wednesday, 23 October 2013

Manfaatkan Laptop dan Internet di kediaman mahupun di luar kediaman


Teks: khairunnisa hamzahara

Gambar : Sekadar hiasan
(kenangan semasa di Singapura pada hari raya yang lalu, walau berada di Singapura, message pelanggan dan peserta kelas online tetap dijawap dan diutamakan. Terima kasih Ya Allah di atas nikmat hidup yang sangat fleksible. Semoga Engkau sentiasa memberikan rahmatmu kepada semua hambamu yang mencintaiMU ya Allah

Hari ni en.husband berpakaian seragam. Katanya banyak appoinment hari ni. Naik kl dan shah alam. Ada ramai yg nak buat policy insurans. Dalam perjalanan dr melaka ke kl,dpt berita ada client prudential yg juga kawan husband masuk wad sebab demam panas. Moga cepat sembuh sepanjang dapat rawatan di hospital. Ameen.

Mommy pula dapat message dari beberapa orang kenalan minta buatkan rekabentuk bangunan dan rumah. Alhamdulillah, rezeki. Tapi kenalah ikut giliran. Sebab kena mendahulukan rekabentuk bg yg dah tempah awal.

Kelas online berjalan mcm biasa. Kat umah atok lagi laju nak buat banyak kerja dlm satu laptop sebab rumah atok ada wifi. Adik dan kakak pun lagi seronok sebab bole buka video youtube favourite diaorang melalui handphone dan ipad sebab guna wifi laju je tengok video. Hehe, ni bukan iklan wifi tau. Cuma nak cerita seronoknya buat kerje bila ada wifi berbanding broadband.

Internet la jaringan yang menemukan mommy dengan ramai pelanggan asing di luar sana. Namun kini alhamdulillah, mereka lah sahabat dan pelanggan setia. Bukan sekadar memberikan perkhidmatan malah menambahkan ukhuwah. 

Bertuahlah siapa yang ada komputer dan internet. Banyak yg boleh diusahakan walau di mana saja. Sebab tu lah setiap hari mommy ni tak jemu cerita tentang kebaikkan dan manfaat berblog. Bulan oktober dah nak berakhir, promosi yuran kelas belajar asas buat blog online pun bakal berakhir. 

Untuk yang dah comfirm nak masuk kelas, tapi belum bole register sebav belum dapat gaji, book dulu tempat ya. Bayar dulu rm50 tuk book tempat bg yuran promosi oktober. Pastu dah boleh dapat ebook asas belajar blog untuk baca dan khatamkan dulu. Lepas dapat gaji, bayar baki yuran, kemudian kita dah boleh mula belajar dan masuk kelas. Insyaallah, di sinilah permulaannya.


Catatan Harian :
24.10.2013

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
{Senibina Kehidupan Di Rumah}

No comments:

Post a Comment