Pages

Tuesday, 12 November 2013

Tips Menatarias Bilik Air

Teks : khairunisa hamzahara
Gambar : Imej Google

Gambar : Jangan disangka bilik air yang kecil tidak boleh kelihatan menarik! :)



Assalammualaikum

Hari ini saya ingin berkongsi tentang bilik air pula. Walaupun bilik air adalah ruang yang dianggap tidak penting, namun sebenarnya bilik air ini adalah cermin peribadi terhadap si tuan rumah! 

Jika bilik air tersebut bersih, maka pembersih lah tuan rumah dan begitu pula sebaliknya. Jika bilik air itu cantik, menarik, berhias ,maka begitulah juga diri si tuan rumah.

Sebab itu saya suka gunakan tag line saya "Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi" 

Sebab kediaman mencerminkan si tuan rumah. Kenapa orang menilai si tuan rumah ini tadi melalui bilik air nya? Kerana bilik air lah yang paling malas dibersihkan kerana kita masuk untuk selesaikan urusan yang segera kemudian keluar dari bilik air tersebut. Namun bagi yang prihatin, penyayang, pembersih, dan sebagainya , dia akan menjaga segala perkara dari sebesar-besar perkara hingga ke sekecil-kecil perkara. Di salam Islam sendiri ada menyebut "Kebersihan itu separuh daripada Iman. 

Ini bermakna kebersihan sangat diutamakan dalam Islam. Melalui penjagaan bilik air, maka si tuan rumah tadi telah lulus dalam soal penjagaan ruang kerana jika dia mampu jaga bilik air, maka ruang yang lain pun mampu dijaga oleh nya.

PENJAGAAN & MENGHIAS BILIK AIR 

Bagi yang ingin memulakan Penjagaan Dan Menghias Bilik Air, ada beberapa tips dan idea menghias bilik air yang saya ingin cadangkan. Ada diantaranya adalah idea yang terfikir oleh saya dan di atas pengamatan saya, dan ada juga saya berkongsikan idea yang saya lihat dari imej dari carian Google.

ASAS PENJAGAAN 
Membasuh lantai sekurang-kurangnya Seminggu Sekali
Menggosok mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali
Meletakkan sabun dan pewangi tandas setiap hari
Basuh dan Lap cermin tandas 1 minggu sekali
Menggosok dinding sekurang-kurangnya seminggu sekali
Menggosok mangkuk sink sekurang-kurangnya 2 minggu sekali

ASAS MENGHIAS
Memasang cermin muka
Sediakan tempat letak ubat gigi dan berus gigi di bekas yang mudah untuk diambil
Sediakan tempat bekas sabun mandi dan shampoo
Sediakan Tisu dan Towel
Sediakan rak menyangkut pakaian dan towel
Memasang tirai mandi
Sediakan Jam untuk melihat waktu
Letakkan Pokok Hidup untuk kesegaran
Memasang bingkai gambar/lukisan


Gambar : Lengkapkan bilik air dengan keperluan mandi dan tuala . Hiasi dengan cermin dan bunga-bungaan atau pokok hijau

ASAS UBAHSUAI
Memasang lantai jenis tidak licin
Atau memasang getah pelapik lantai bilik air
Menghias dinding bilik air dengan jubin
Sediakan Bath tup mengikut saiz keluasan bilik air 
Memasang kabinet towel dan peralatan mandi


Gambar : idea hebat. jadikan ruang bawah tangga sebagai bilik air. jika contoh di sini bilik air kering, kita boleh jadikan bilik air basah dengan menurunkan lantai nya ke 50cm dan memasang jubin lantai. Buatkan sistem paiping dan sitem kumbahan. (jadikan Powder Room -bilik air tetamu-)

MARI KITA KAJI TATARIAS BILIK AIR YANG ADA DI CARIAN GOOGLE BERSAMA-SAMA 

Gambar : Dari Sasinteriors.net, contoh kaedah menarik menyediakan tempat menggantung towel dan pakaian di bilik air  

Gambar : Warna biru navy disapukan di dinding bilik air dan di kontrakan dengan perkakas bilik air dengan warna putih.

Gambar : Kabinet bilik air seperti ini boleh di dapatkan di kedai kelengkapan rumah seperti Houz Depot , ia datang satu set lengkap dengan rak atas

Gambar : Bilik air yang kecil masih boleh dimuatkan bathup untuk keriangan anak-anak dan untuk merehatkan badan yang penat (spa di rumah) 
Gambar : Perhatikan perletakkan dan susunan aksesori : Cermin Muka Bulat berbingkai Aluminium, Sinki Batu BerMangkuk Bulat, Tabel top bewarna putih, Penyangkut tuala, Tuala gantung dan tuala lipat, kapas dan cotton buds. Cuba buat di bilik air sendiri :)
Gambar : untuk idea jimat, boleh juga gunakan bakul gantung untuk menyimpan tuala dan keperluan mandian

Saya letakkan dahulu ringkasan info tentang tips penjagaan dan menghias bilik air. Jika di Google, pasti banyak lagi idea menarik yang boleh kita lihat dan cuba praktikkan di kediaman sendiri :) Insyaallah saya akan kembali ke entry ini untuk update semula agar lebih padat dengan info.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jemput singgah di sini:

dan di sini :

sekian, wassalam

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
{Senibina Kehidupan Di Rumah}








1 comment:

  1. salam akak...nak tanya..kalau bilik air di Malaysia ni kan selalunya basah..x macam bilik air di luar negara...so kemasan cat yang macam mana sesuai? Dan..macam mana storage untuk mainan mandi anak2 nak disorokkan..Tq kak

    ReplyDelete