Teks: Khairunnisa Hamzahara
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Berkesempatan lagi saya menulis pada hari ini, syukur Alhamdulilllah
Semuanya dengan Izin Yang MAha Berkuasa
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang penyediaan ruang untuk tetamu mengikut kategori tetamu yang datang ke rumah kita. Pasti ada yang tertanya-tanya apakah kategori nya itu? Baiklah, saya akan terangkan di sini jenis keperluan ruang yang perlu diwujudkan bagi kategori tetamu yang berlainan
Tetamu asing di luar pagar
Yang pertama adalah tetamu asing yang tidak dikenali latar belakang nya. Bagi keselamatan penghuni rumah, ia elok berada di luar pagar sahaja. Oleh itu agak kreatif jika kita menyediakan bangku di luar pagar rumah. Ini sesuai untuk kita menerima tetamu asing seperti jurujual, peminta sedekah, orang kiriman dan sebagainya
# bangku
Tetamu dikenali di dalam laman
Yang Kedua pula adalah tetamu yang dikenali tetapi ia tidak diperlukan untuk ke dalam rumah. Antara faktor dia tidak diperlukan masuk ke rumah kerana dia hanya singgah sebentar, jiran sebelah yang datang hendak berborak, rakan niaga yang nak hantar dokumen dan sebagainya.
Selain itu ruang ini dicipta sebagai tapisan sebelum tetamu melangkah masuk ke rumah. Ini kerana mungkin rumah sedang sepah dan ada ahli keluarga yang sedang mengemasnya. atau mungkin kerana tiada muhrim di rumah maka perbualan dilakukan di luar rumah saja.
Kita hendaklah menjaga aib keluarga dan diri kerana rumah mencerminkan peribadi. Jadi sesuai juga untuk tidak mudah membawa masuk tetamu ke dalam rumah. wujudkan ruang tapisan ini yang nampak santai namun selesa untuk tetamu. sebenarnya jika diperhatikan konsep ini telah lama digunapakai oleh orang - orang dahulu di mana mereka muwejudkan serambi atau verendah untuk tujuan yang sama. Namun walaupun kini ramai yang berumah teres, masih boleh wujudkan ruang ni di bahagian satu sudut di tepi anjung kereta rumah.
#tempat duduk dan minum
#sediakan kipas jika perlu
Tetamu rapat ke dalam rumah
bagi tetamu yang rapat dan dikenali sepenuhnya, boleh lah dijemput masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah kita wujudkan ruang tamu iaitu bagi menerima tetamu. Namun ada juga yang tidak faham konsep ini atau tidak mahu menggunakan konsep ini lantas menyediakan ruang yang tidak mesra tetamu dan menunjukkan ruang itu adalah privasi dan dimilik oleh keluarga.
Misalnya seperti gambar di bawah. Yang pertama adalah ruang tamu yang bercirikan welcoming atau menyambut kedatangan tetamu di mana susunan sofanya terbuka dan tetamu boleh terus ke sofa dengan laluan yang ringkas. Ini di namakan susunan mesra tetamu.
#ruang tamu
Gambar yang kedua ini pula adalah contoh ruang tamu yang menunjukkan hak persendirian milik keluarga dan tetamu akan berasa sedikit janggal dan akan duduk dengan tatatertib. Kadangkala ada juga tetamu yang hanya akan duduk di lantai kerana merasakan sofa tersebut seperti ajak-ajak ayam :) untuk ke sofa tersebut saja , tetamu perlu melalui jalan yang panjang dan perlu membuat sedkit pusingan sebelum dapat duduk ke sofa.
Selain itu ada, ada jenis tuan rumah yang tidak sukakkan gangguan media ketika menerima kunjungan tetamu. Tuan rumah jenis ini gemar berborak dan fokus kepada perbualan. Susunan yang sesuai bagi mood yang diharapkan oleh tuan rumah adalah susunan sofa yang saling bertentangan dan dilengkapi dengan meja kopi untuk perbincangan seumpanya.
Tetamu bertandang ke rumah
untuk tetamu yang bertandang ke rumah seperti saudara atau kenalan rapat yang singgah seharian atau makan masa berejam, kita perlu menyediakan ruang untuk makan. Jadi jika rumah kecil, boleh satu kan sekali ruang makan tetamu bersebelahan ruang tamu. Jika rumah agak besar, boleh sediakan satu bilik/ruang khas untuk tujuan menjamu selera tetamu.
#ruang makan
#tandas
Bila datang ke rumah agak lama, dan sesudah makan, tetamu mungkin ingin ke bilik air. Oleh itu sediakan sebuah bilik air yang tidak perlu untuk tetamu ke dapur atau ke bilik tidur salah seorang ahli keluarga. Di dalam bilik air tersebut boleh diletakkan tisu, gambar-gambar pemandangan, towel, sabun, pewangi. Kelangkapan adalah ibarat memudahkan dan menyelesakan tetamu ketika berada di dalam bilik air tersebut.
#ruang solat
sediakan ruang solat di sebuah bilik. lengkapkan dengan sejadah, kain, telekung. Ruang yang kecil sudah cukup memadai. Hanya sediakan carpet yang selesa dan berkipas. Lebih elok ruang yang tertutup, jadi tetamu boleh buka tudung dan sebagainya. Agak bijak jika ruang solat dipilih bersebelahan dengan bilik air tetamu bg memudahkan keluar masuk ketika berwuduk.
Tetamu bermalam di rumah
#bilik tidur
BAgi yang telah berkeluarga, menerima kunjung sanak saudara pasti berlaku. Sediakan sebuah bilik tetamu bagi tetamu yang bakal menginap di kediaman kita. Tak apa menyediakan yang terbaik kerana memudahkan dan melayan tetamu selama 3 hari berturut-turut dengan terbaik akan mendatangkan rezeki dan berkat kepada tuan rumah tersebut.
Oleh itu sediakan katil yang beralaskan corak yang minimum. Jika mampu sediakan juga sebuah kerusi rehat , cermin muka, hiasan bunga dan lukisan dinding. Letakkan juga sebuah almari pakaian. Lebih baik menjadikan bilik yang bersambungan dengan bilik air sebagai bilik tetamu bagi menjaga aurat tetamu.
sampai di sini dahulu penulisan saya tentang persediaan menyambut tetamu. Bagi mempelajari teknik menghias dan melakukannya sendiri di kediaman/ di pejabat mahu pun di mana-mana ruang yang dihajati, boleh ikuti kelas secara online disini
Kelas Hias Rumah ONline @ email ke khairunnisahamzahara@gamil.com
ATAU Klik =>Belajar Asas Blog Online untuk belejar teknik dan langkah membina sebuah blog yang berpengaruh dan diminati pembaca
ATAU Klik =>Belajar Asas Blog Online untuk belejar teknik dan langkah membina sebuah blog yang berpengaruh dan diminati pembaca
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
{Senibina Kehidupan Di Rumah}
{Senibina Kehidupan Di Rumah}
No comments:
Post a Comment