Pages

Thursday, 1 September 2016

Homestay Melaka Style Muslim Family Cottage Kini Di Buka Untuk Tempahan

Teks : khairunnisa hamzahara



Beberapa tahun yang lalu, kami temui rumah baru yang dibina di sebuah taman perumahan di mana ianya berdekatan dengan Area Pantai Klebang . Kami rancang untuk beraktiviti bersama keluarga di Pantai ini dek kerana kami suami isteri bekerja sendiri dan mempunyai kebebasan waktu sementara anak-anak masih kecil dan suka bermain.


sejak tinggal di bertam setia ni kami kerap berkelah pagi atau petang di pantai klebang

Sedar tak sedar, rupanya dah 2 tahun berlalu. Sampai lah masa si kakak darjah satu. Oleh kerana nak kan sangat anak belajar di sekolah agama sepenuhnya, di melaka , kami jumpa hanya ada 1 saja sekolah full agama dari pagi sampai petang direct siap dengan hafalan surah. Lokasinya jauh di tengah Melaka. Maka kami sekeluarga kena lah berkampung di sana pula demi membesarkan anak dalam suasana tersebut kerana jarak perjalanan untuk daddy nya hantar ke sekolah kakak sangat lah jauh jika bergerak dari bertam setia (kena keluar seawal 6.30 pagi) dan kemudian perlu bergegas ke tempat kerja pula.(meeting daddy start 8.00 pagi)


Dekat sekolah ni kakak di ajar makan cara sunnah. Bertalam dan berukhuwah

Fikir punya fikir, akhirnya kami yang awalnya rancang untuk menetap di sini sampai kakak kahwin kononnya, tapi akhirnya dengan berat hati terpaksa juga kami melepaskan unit ini kerana belum masanya untuk kami mengurus rumah banyak-banyak dengan anak-anak yang masih kecil dan jadual kerja mummy daddy yang sibuk sokmo. Dan juga kehidupan kami selepas ini tidak lagi ke arah Bertam Setia tapi bertumpu ke Melaka Tengah sahaja. 

Jadikan rumah sebagai HOMESTAY

Istimewanya Rumah ini, ia adalah Rumah hinggap kami (jarang duduk sebab selalu "outstation"), direkabentuk dengan konsep santai dan rehat, jadi rumah untuk bermain dan belajar buat anak-anak serta menjadi tempat kerja (small office home office) buat mummy dan daddy nya. Lokasinya yang berhampiran dengan pantai klebang menjadikan ia sebagai rumah rehat buat keluarga besar kami yang sentiasa datang tidur dan berkunjung apabila ada cuti dan perayaan.


Anak-anak ikut suka je pasang khemah di mana2 siap tidur lena

Rumah ini insyaallah ada roh yang baik, di sini kami pasang alunan Quran,mengaji, solat dan menuntut ilmu sepanjang masa


Ini pula khemah dari bilik diangkutnya ke tepi tingkap nak rasa angin dan dapatkan cahaya matahari ketika melukis guna cat air


Bila nenek atok datang mesti gi pantai klebang main layang-layang dan pasir laut

Okey jom saya cerita sikit tentang rumah bertam setia kami ini.

Mukaddimahnya. Saiz rumah 24 kaki x 70 kaki. 

(pelan rumah ada di bawah sekali) 
Rumah ini telah pun saya susun atur dan dekor nya mengikut beberapa fungsi ruang yang sengaja diwujudkan untuk memudahkan kerja dan aktiviti sekeluarga. Antara ruang-ruang yang wujud adalah:


Pintu masuk rumah dengan pintu yang luas

Masuk saja tersedia Bingkai untuk gambar-gambar kenangan keluarga di pintu masuk (entry)
Di luar rumah dah siap Pergola, Pangkin dan Taman Mini

Dekat luar ada taman mini siap berpokok kemboja

Ada juga pokok bonsai dekat dengan paip air basuh. pokok-pokok dekat luar ni semua yang tak payah siram selalu. 2 minggu tak siram pon tak ada masalah



Ini pula Ruang duduk santai menghadap taman dan pangkin tadi. Buka tingkap boleh rasa angin bertiup masuk masa duduk lepak di bangku ini dan boleh hulurkan kuih dari tingkap bawah tu ke orang yang duduk di pangkin
Ruang Tamu kononnya nak buat gaya-gaya hotel. Kat hotel kan ada meja tulis, cermin, karpet dan kerusi kerja. Laci di Meja konsol ni boleh buat simpan kunci kereta dan kunci rumah. malam buka lampu meja je warna jingga bagi mood romantik dan modd hotel tu datang.


Belakang dijadikan bilik kerja dan laundry (S.O.H.O). Masa nak masuk bilik SOHO dan laundry ini, dari luar nampak sedikit sahaja, tapi dalamnya ada lagi ruang (suprise, tetamu tak tahu apa ada dalam. Diingatnya hanya ada meja study)
Di bilik belakang ini kami tukarkan jadi S.O.H.O sebelah, sebelah lagi jadi laundry dan walk in wardrobe a.k.a storage. Di sebalik langsir tersebut adalah hampaian pakaian untuk jemur di matahari. Buka tingkap, terus sidai. (belakang tinggi ada tangga, jadi penyidai pakaian ni kami gantung bawah tingkap, baju boleh lepas gantung )



Ni masa temuramah majalah Nur tentang bekerja dari rumah. Sampai pejabat belakang ni mereka jengah masuk


Ini pula kabinet laundry berhadapan dengan meja kerja tadi. Atas letak sabun, bawah mesin basuh dan tempat simpan baju, cadar dan sebagainya.


Angkat baju dari jemuran disebalik langsir biru tu boleh terus agihkan ke dalam bakul jika belum sempat melipat


Di sebelah mesin basuh ada langsir biru, disebalik langsir biru inilah disediakan tempat menyidai pakaian. (matahari pagi naik dari belakang ini, Alhamdulillah, pakaian mudah kering)


Tak perlu keluar rumah, hanya perlu buka tingkap, selak langsir dan gantungkan pakaian basah dengan hanger. Turunkan pakaian-pakaian ini dari tingkap sahaja. (Pakailah tudung kerana takut jiran belakang tinjau pulak :). Dah kering, hanya perlu naikkan hanger-hanger tersebut dan masukkan pakaian yang dah kering ke dalam bakul-bakul mengikut kategori baju (kalau tak sempat melipat)

Ini bilik untuk anak-anak tidur dan bermain.
Di tangga katil ada almari pakaian kanak-kanak :)


Kalau bersepah bilik, boleh tutup pintu :)
Ini pula bilik tidur master. Simple je gaya santai dan rehat
Ruang makan pula dipasang dengan dinding wallpaper bercorak batu bata yang ditaja oleh Puan Norazam Baba pada raya tahun lepas
Ruang Makan dan Breakfast Bar saja kami buat macam ala-ala kafe sebab anak -anak suka lepak kedai, jadi mummy buka kafe dekat rumah untuk makan cekodok dan teh tarik. Mummy dekat sebalik meja bar kata : "Siap"!! (malam buka lampu stand jadi romantik je). Meja makan boleh di pendek kan dan dipanjangkan dari 4 orang makan ke 6 orang makan lebar nya.



Kalau malam buka lampu jingga ni sahaja dah terang satu ruang. Tu mug kenangan shooting dengan Fahrin tahun lepas :)

Dinding ini dimanfaatkan untuk jadi ruang pameran kenangan Travel.


Ruang menyimpan barangan stok makanan tin (atas peti sejuk), sejuk beku (peti sejuk) dan makanan kering (almari makanan sebelah kanan/bawah bar). Di sini juga terdapat laci untuk sudu, sudip dan kain lap.


Rak pameran di dapur dan meja kaunter penyedian makanan atau breakfast bar


Dapur masak harian (kalau nak masak kenduri boleh buka pintu belakang dan masak di luar), sink mencuci, rak pengering pinggan mangkuk dan turut disediakan pisau serta tupperware untuk barangan kering segar seperti bawang dan kentang


Tempat memasak terang kerana ada tingkap luar dan cahaya dari air well di atas bar sarapan. 
oven dan pembakar roti turut dilengkapkan di sini
  

Anjung kereta pula muat untuk 2 buah kereta
di anjung kereta juga boleh Buka swimming pool yang besar. musim panas je kena tiup pool bagi anak-anak terjun 

Kelengkapan yang ada pula sudah siap semuanya, hanya bawa pakaian sendiri sahaja. Yang lain insyaallah sudah siap sedia. Antara kelengkapan dan peralatan yang ada adalah:

Kipas ber MP3. Baik buka alunan Alquran dari buka lagu, kan? Anak-anak kami biasa diperdengarkan alunan Al-Quran yang di bluetooth kan dari handphone ke kipas Deka ini.
Ini remote kipasnya. Nampak tak button biru tu. Tu button bluetooth nya
Laci Anyaman tangan dari romantika untuk simpan remote dan letak telefon siap dengan kerusi anyaman kanak-kanak

Laci-laci bewarna ni boleh simpan segala remote. Kemas sikit dan senang nak cari remote. Atas laci boleh letak telefon dan wifi sebab belakang laci ni ada plug letrik



Berlampu meja

Pasu dan pokok tiruan sebagai penyeri dalaman rumah

Lampu stand yang boleh dibuka atau dipadamkan salah satu lampunya (ada 2 suis berasingan pada wayer nya)

Lampu spotlight dan khat khufi

Lampu meja depan ruang tamu

Lampu gantung moden

Kipas bar

Lampu dapur

Bekas Tisu dapur melekap di dinding

Bekas Bawang dari Tupperware dan pisau pemotong

penggantung baju dan tuala di setiap belakang pintu

Lain-lain kelangkapan adalah seperti


Aircond
water heater
dapur gas
oven
pembakar roti
stim iron
sejadah telekung
langsir-langsir di setiap ruang
(langsir blackout, langsir roman, tirai, bidai)
set perkakas pinggan mangkuk
peti sejuk
Lampu
Kipas
Tupperware bawang
Pisau memotong
lampu hiasan
Lampu berkaki
Lampu meja
Barang dekor dan hiasan
mesin basuh


Untuk anak-anak dan mak ayah, kami sediakan sekali buku bacaan untuk isi masa lapang. buku-buku kanak-kanak hardcover berkualiti tinggi dari luar negara. Ada banyak. Kakak abang dah tak baca jadi boleh lah dijadikan buku bacaan anak-anak di rumah ini. Buku ilmiah dan motivasi juga disediakan untuk yang dewasa selain majalah.

Ini sebahagian daripadanya. Yang lain disusun pada rak buku.

Bagi yang bukan orang Melaka tapi berhajat untuk menghabiskan masa di Melaka, Kemudahan dan aktiviti Yang boleh dilakukan berdekatan Homestay bertam setia ini adalah seperti:

Dekat dengan surau dan masjid. Si abang ni ikut daddy nya solat subuh (disurau)dan juga solat jumaat (masjid kompleks penjara sungai udang)
Dekat pantai klebang boleh breakfast dan minum petang sekeluarga

anak-anak suka main dekat palyground bentuk kapal di pantai kelebang ini


kalau orang datang, kakak abang suka lah ajak orang masuk tengok kapal selam sekali di pantai klebang
Kedai kat melaka ni mesra alam. Selalu ada cabutan bertuah dan pertandingan. Masa dekat KL dulu tak sempat. Di melaka kakak abang boleh lah join apa-apa pertandingan yang ada untuk kanak-kanak


Ini lah kerja kalau si abang ke pantai. siap pakai baju superman nak main terbang-terbang bila angin kuat
Kalau asyik travel atau musim hujan, maka kami pun anak beranak ke dobi berdekatan. Siap basuh, kering dan lipat di situ, balik bawa bakul baju dah siap basuh dan berlipat. kerja buat sama-sama anak beranak


Pantai klebang selalu ada konvoi ramai-ramai. Bila ada geng motor besar singgah makan dekat kedai makan berhampiran rumah bertam setia ini. si sabang minta tumpang bergambar dengan motor besar ni. Ni motor geng kumpulan Awie tapi Awie nya tak turun sekali.


Kalau sedara mara datang boleh ajak tidur di Bastel pantai klebang (hotel bas)


Layankan anak-anak, tikar atau lapek plastik mesti ada di bonet kereta daddy nya. siapkan set berpiknik dalam bonet


Paling best dekat pantai klebang boleh main bubble, layang-layang , main pasir,


Oh ya, orang sebelah rumah kami ni memang nak infak kan ilmu. Dia ajak anak-anak datang mengaji di rumahnya bila dia ada kelapangan masa. Kalau duduk lama boleh minta beliau ajarkan anak2 mengaji. Pendek kata jiran sebelah menyebelah baik orangnya. kiri anan depan semuanya melayu kita.


Baru-baru ini di kawasan sungai udang ada buat kem solat, abang dan kakak sempat ikut serta 


Dekat pantai klebang juga ada kuda. Boleh naik hujung minggu


Setahun sekali ada acara tahunan di pantai klebang iaitu race speed boat. ni memang si abang nak tengok tiap2 tahun


Kedai makan ada je di sekitar. tak sempat masak boleh duduk siap-siap di kedai makan. sini orang nya mesra-mesra. dah jadi kawan dah semua. kalau kat sungai udang lagi banyak kedai makan. 
Untuk solat boleh ke Masjid Penjara Sungai Udang atau Masjid Cina Melaka di belakang Stadium Hang Jebat Melaka 

Kalau nak aircond boleh makan di Tesco Cheng atau di Econsave Sungai Udang


Masih pasal pantai klebang. ada air pancut ekor ikan. tapi baby tak digalakan. Adik main air esoknya kena muntah dan cirit sebab banyak telan air. air recycle


Ni atoknya bawa buai thailand pasang dekat pokok halus pantai klebang. nak bagi cucu tidur katanya
Secara ringkas kawasan bertam setia ni
Dekat juga dengan 
Tesco Cheng
Econsave Sungai Udang
KFC sungai Udang
AYAMAS delivery cheng (boleh call, mereka dtg hantar nasi ayam)
Tadika
Sekolah
Klinik Cheng
Salon Muslimah Sungai Udang
Salon lelaki cheng
dobi
pasar malam Cheng (hari selasa)


Disebalik kisah rumah ini, dahulu Rumah ini pernah dikunjungi dan mendapat liputan dari Majalah Nur






 Untuk Lihat Gambar Keseluruhan homestay ini yang terbaru adalah seperti ini

Di ruang tamu di bahagikan kepada 
ruang santai lihat taman + ruang meja kerja + ruang duduk tetamu dan menonton + ruang tv + ruang telefon

Di ruang makan dan dapur pula dibahagikan kepada
Ruang kenangan travel + ruang lounge dan santai + ruang baring + ruang makan + ruang masa (jam) ruang membaca + ruang bar breakfast + ruang menyimpan bekalan makanan sejuk dan kering + ruang memasak + ruang membasuh

Ruang makan dan breakfast bar

Ruang makan. Meja makan ini boleh di tarik untuk dipanjangkan (transform) kepada 6 kerusi dan boleh dipendekan untuk 4 kerusi 


Sofa untuk membaca buku
Ruang menyimpan makanan sejuk dan makanan kering


Kerusi baby boleh alih untuk teman mak nya masak

Ruang dibahagikan dengan meja kerja
Pangkin duduk santai minum petang lihat taman (kadang kala angin kuat) , 
berborak dengan jiran (jiran kiri kanan depan semuanya melayu) dan pakai kasut.

Bangku dan landskap di luar pagar rumah untuk duduk berborak di luar dengan jiran atau untuk menunggu orang lain siap keluar rumah ( ni kayu landasan keretapi. tahan beratus tahun walau kena hujan panas)


Bilik tidur master menghadap pemandangan dan dipasangkan langsir ringgi dari siling untuk modd ala-ala hotel


Bilik Ada 4
1. Bilik tidur master suite
2.Bilik tidur queen
3.Biik tidur kanak-kanak
4.Bilik kerja dan laundry

Sofa Bed
1. Di bilik tidur master suite
2. Di ruang lounge
3. Di ruang entry mengadap taman
4. Sofa 3 seater di ruang tamu

Di rumah ini dilengkapi dengan karpet dan tilam toto untuk tambahan tempat tidur lagi,








Bagi yang berminat untuk menginap di Homestay ini boleh lah buat tempahan secara direct dengan saya sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh yang ingin diduduki. Ini kerana homestay ini telah dimasukan dalam Airbnb. Jadi untuk pastikan masih available pada tarikh tersebut, sebaiknya tempah awal.

Untuk tempahan :

RM300 semalam
(Check in 2.00pm - Check out 12.00pm)

KHAIRUNNISA HAMZAHARA
whatsapp : 0197720507
work at home mom 
@ Perkhidmatan Rekabentuk 3d Online





2 comments:

  1. TAWARAN PINJAMAN SEGERA DALAM 1 JAM PEMINDAHAN PERBANKAN DALAM TALIAN TERMOHON DENGAN KAMI

    Adakah anda memerlukan Pinjaman?
    Adakah anda sedang mencari Kewangan?
    Adakah anda sedang mencari Pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda?
    Saya rasa anda telah datang ke tempat yang betul.
    Kami menawarkan Pinjaman pada kadar faedah yang rendah.
    Orang yang berminat sila hubungi kami di
    Untuk maklum balas segera kepada permohonan anda, Sila
    balas e-mel di bawah ini sahaja.
    Whats-app +918256953815
    mrwilliam751@gmail.com
    Sila berikan kami maklumat berikut jika berminat.

    1) Nama Penuh:………
    2) Jantina: ………
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:………
    4) Tempoh Pinjaman:………
    5) Negara:………
    6) Alamat Rumah:………
    7) Nombor Telefon Bimbit:………
    8)Pendapatan Bulanan: ………………………
    9) Pekerjaan:………………………………
    )Tapak manakah yang anda lakukan di sini tentang kami…………………

    Terima kasih dan salam mesra.
    mrwilliam751@gmail.com
    +918256953815

    ReplyDelete
  2. Nice post! Thanks for sharing this quality information with us. check my site OKBet

    ReplyDelete