Teks: khairunnisa hamzahara
Beginilah situasi kebanyakan pemilik rumah yang hubungi saya untuk dapatkan perkhimatan rekabentuk 3d hiasan dalaman kediaman mereka. Ada yang dah 5 tahun beli rumah namun masih belum duduk kerana tak tahu macam mana nak design rumah. kalau tanya kontraktor, kontraktor kata, tuan rumah design, kami ikut je binakan. Tuan rumah pening. Jadi bila tuan rumah google tentang hiasan dalaman rumah, jumpa lah mummy!
smile emoticon
InsyaAllah dengan pengalaman sebagai arkitek yang makan gaji beberapa tahun dahulu dan juga pengalaman jadi suri rumah sepenuh masa sejak 3 tahun lepas menjadikan mummy lebih menjiwai setiap sudut dalam rumah. Yang pasti sebelum proses design, pemilik akan diberikan soalan kaji selidik citarasa dan kehendak terlebih dahulu.
Okey jom cuci mata hiasan dalaman ruang tamu, lounge dan ruang makan simple milik pasangan jururawat dan jurutera ini.
Untuk yang nak dapatkan design rumah bagi menyambut hari raya yg bakal menjelma, boleh whatsappkan pelan rumah pada mummy untuk mummy tengok dulu berapa upah designnya
smile emoticon
Terima kasih semua kerana sentiasa sokong dan memilih perkhimatan mummy at home ni
work at home mom (since 2012)
perkhidmatan rekabentuk 3d online
whatsapp : 0197720507
PELAN HIASAN DALAMAN
Email kepada tuan pemilik kediaman :
Assalammualaikum
Terima kasih atas tempahan rekabentuk 3d kediaman yang telah dibuat dengan Perkhidmatan Rekabentuk 3d Online.
Rekabentuk yang dihasilkan :
RUANG TAMU
1. Dari pintu masuk dipasang cermin besar di belakang pintu untuk preparation sebelum keluar rumah dan juga untuk impak ruang lebih besar
2. Ruang tamu dilengkapi dengan sofa yang bersaiz dominan dan di tambahkan dengan kerusi rehat serta bench yang disorongkan di bawah meja console (ditarik apabila ingin digunakan (pertambahan tetamu)
3. Meja console untuk meletakan aksesori rumah dan frame gambar keluarga.
4. Di kiri kanan sofa dilengkapkan dengan side table dan lampu meja sebagai penyeri di kala malam dan penghias di kala siang.
5. lampu spotlight dipasang pada lukisan penghias dinding.
6. pokok2 segar diletakan bertentangan tingkap
7. tiang-tiang divider diwujudkan bagi penapis pandangan direct orang keluar masuk bilik
RUANG MAKAN
1,Dibahagikan kepada 2 bahagian, dibahagian hadapan sliding door diwujudkan ruang lounge untuk borak dan santai selepas makan
2. Divider diwujudkan untuk membahagikan ruang lounge dan ruang makan agar menjadi kemas ruang nya
3. Di ruang lounge disediakan tempat duduk , meja dan stool
4. gambar-gambar kenangan travel keluarga boleh diletakan di ruang ini untuk tatapan kenangan
5. Ruang makan di lengkapkan dengan kabinet preparation
6. kabinet preparation dilengkapkan dengan hand wash basin. oleh itu tetamu tidak perlu ke dapur untuk membasuh tangan. di sini juga untuk menyiapkan hidangan dan simpan pinggan mangkuk serta cawan untuk dihidang kepada tetamu
Begitu lah sedikit sebanyak tentang rekaentuk yang dihasilkan
Sekali lagi diucapkan terima kasih atas tempahan.
Sekiranya terdapat masalah, boleh hubungi semula
Semoga impian untuk menjadi kediaman selesa tercapai hendaknya
Jazakallah
RUANG TAMU
RUANG MAKAN
No comments:
Post a Comment