Pages

Thursday, 9 July 2015

Tips rumah mesra anak-anak : Pendidikan Akhlak dan Tauhid kepada Allah

Teks: khairunnisa hamzahara


Tampal doa keliling rumah
(aplikasi ilmu di seminar puan Lina Karim)

Boleh tulis sendiri atau beli set kad doa dan tampal di tempat yang sesuai.


Misal:
Di kawasan meja makan:
1.Doa puasa
2.Doa berbuka
3.Doa makan
4.Doa selepas makan


 pintu bilik
1.Doa ibu bapa
2.Doa belajar
3.Doa sejahtera dunia akhirat
4.Doa ketetapan hati



Di kawasan cermin:
1. Doa lihat cermin
2. Doa memakai pakaian
3. Doa buka pakaian
4. Doa pagi

Di pintu utama rumah
1. Doa keluar rumah
2. Doa masuk rumah
3. Doa jauhi musuh

Di pintu peti sejuk:
1. Istighfar
2. Zikrullah
3. Basmallah

Dan macam-macam doa lagi boleh kita letak ikut lokasi dan keadaan. Anak-anak yang sedang dalan proses belajar membaca sukukata dan iqra ini suka kepada cabaran membaca dan mengingat. Alang-alang tu bagi dia ingat sesuatu yang berbaloi untuknya hingga dewasa berbanding baca buku cerita sukukata dongengan sahaja
Kita hanya mampu mencuba, 
moga Allah Restui cubaan ini.
Tak cuba, tak tahu.
Jika mencuba, insyaallah ada hasilnya.
Tak banyak, sikit pasti ada.

smile emoticon
(work at home mom)
Perekabentuk Kediaman Online 

Senibina kehidupan di rumah
MommyBlogger

6 comments:

  1. wah menarik tips ni..tq kak atas idea ni...

    ReplyDelete
  2. setiap ruang jadi informatif ,.very good tips

    ReplyDelete
  3. AlhamduLILLAH.. tips ini dah apply.. serius anak2 mudah ingat dan bila terlupa terus rujuk on d spot.. :))

    ReplyDelete
  4. Tips menarik...terima kasih...mudah-mudahan dengan usaha sebegini, anak sekali ngn mak ayah pun belajar ingat sekali..hihiih... ;)

    ReplyDelete