Teks: khairunnisa hamzahara
Ingat tak tahun lepas Abang dan Kakak dapat hadiah baju-baju untuk hari raya dari WAFA'S CLOSET? dan baju-baju ini digunakan untuk tujuan Photoshoot bersama kak ZARA HALEENA.
(Bagi yang terlepas ikuti cerita Wafa's Closet Ini Boleh Pergi ke Link Ini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2014/01/kedai-pakaian-kanak-kanak-wafas-closet.html)
Ini antara baju lengkap yang Wafa's Closet Taja tahun lepas |
Alhamdulillah, berkat minat yang mendalam dalam bisnes pakaian anak-anak dan mak-mak ini, Wafa's Closet sudah melebarkan sayapnya yang dulunya hanya di Bangi, kita sudah ada pula di Shah Alam.
Nak dijadikan cerita, selepas owner Wafa's Closet menaja baju-baju raya pada abang dan kakak untuk sesi fotografi, saya dihubunginya untuk mendapatkan khidmat merekabentuk Wafa's Closet yang bakal di buka di Shah Alam pula. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
Saya seronok merekabentuk boutique wafa's closet ini. Katanya, mereka mahukan konsep:
Kayu pallet
Ada banyak para
Nak letak baju anak dan mak
nak pamer aksesori
nak ada kaunter boleh pamer barang di kaunter sekali.
Alhamdulillah owner nya setuju dengan design yang saya buatkan seperti di bawah:
Ini antara gambar yang saya screenshoot di IG Wafa's Closet
Kunjungi Wafa's Closet Di Bangi Dan Shah Alam
FB :Wafa's Closet
Instagram : wafascloset
( mana tahu kot-kot tahun ini Wafa's Closet ada nak hadiahkan lagi baju raya untuk Kakak, Abang dan Adik pula, kan :) kami suka Wafa's Closet)
Baca cerita Wafa's Closet di sini:
Nak design kedai/butik/pejabat?
Layari blog rekabentuk saya di sini:
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina kehidupan di rumah
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete