Teks: khairunnisa hamzahara
Alhamdulillah, Allah berikan saya kesempatan untuk merasai lagi sekali akan nikmat orang mengandung dan melahirkan bayi untuk kali ke 3. Walaupun telah berpindah ke Negeri Melaka, sebaik sahaja disahkan mengandung, saya dan suami sepakat untuk masih melakukan pemeriksaan bulanan dan bersalin di Hospital Az-Zahrah di Bandar Baru Bangi. Namun saya khuatir juga jika kami hanya mempunyai kuasa merancang saja kerana yang menentukannya ialah Allah swt. Kerana pengalaman anak ke dua kami dahulu , akhirnya kami tidak dapat bersalin di Az-Zaharah walaupun pemeriksaan bulanan dilakukan di situ. Si abang ni akhirnya diberanakan di Hospital Serdang kerana ketika itu jatuh pada hari raya cina dan dokter pakar hanya ada seorang sahaja, labour room juga penuh. Disebabkan khuatir air ketuban yang telah bocor selama 2 hari, saya menyerah diri di Hospital Serdang (banyak peristiwa masa di hospital serdang, ada rezeki saya kongsikan nanti). Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Jadi di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya bersalin di Hospital Az-Zahrah kali ini buat rujukan ibu-ibu yang mencari Hospital bersalin yang menjalankan perkhidmatan secara Islamik.
Allah sebaik-baik perancang
a) Berdoa agar sempat sampai dan diizinkan bersalin ke Hospital Az-Zharah
Pengalaman saya yang lalu, anak sulong dapat bersalin di Az-Zahrah, anak kedua ditakdirkan tidak bersalin di Az-Zahrah walaupun booking telah dibuat. Kali ini, setiap kali lepas solat saya berdoa untuk Allah izinkan saya bersalin di Az-Zahrah Bandar Baru Bangi kerana saya mahu bersalin dalam suasana Islamik. Saya telah merasainya ketika anak sulong dan saya kalau boleh mahukan suasana Islamik dan terbaik yang boleh saya perolehi seperti proses bersalin anak sulong dahulu atau lebih baik dari itu. Saya terus berdoa agar Allah izinkan. Syukur Alhamdulillah, DIA Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. DIA makbulkan permintaan saya.
Lagi 3 hari sebelum saya bersalin ( due date lama lagi, lagi seminggu), saya sudah rasakan sakit di bawah sejak 2 minggu sebelum itu. Pada hari tersebut, saya message suami menyatakan saya takut tak sempat sampai ke Bangi. Lantas suami balas message "siap-siaplah, kita berangkat ke sana)
b) Berdoa agar diberikan nikmat bersalin normal tanpa di induce, namun akhirnya di induce (Allah lebih tahu apa yang lebih baik)
Apabila kami sampai di Az-Zahrah dan berkampung di Bangi, bidan sahkan bukaan sudah 2 cm. Apabila dokter sarankan untuk induce, suami sarankan saya untuk tidak induce kerana kedua-dua anak saya ambil induce dan suami kesian lihat saya sakit induce. Kami minta izin dokter untuk pulang dan Exercise sendiri. Suami bawa pergi jalan-jalan ke IKEA, shopping complex, naik turun tangga dan sebagainya. Katanya, banyakan jalan. Dokter pun kata boleh bantu bukaan. Setiap hari kami ke Az-Zahrah untuk cek, masih sama, bukaan hanya 2cm. Masuk hari ketika, saya pujuk suami untuk terima di induce kerana saya tidak sedap hati. Dokter sarankan masuk wad pukul 12.00 malam dan terus ambil induce kerana akan ditolak ke labour room pada pukul 6 pagi (check in pukul 12.00 malam di kira keesokan harinya, hari yang sama dengan hari bersalin, if not akan jadi hari ke 2, di mana bil bilik akan dikira 2 hari)
c) Berdoa untuk sempat beribadah untuk kali terakhir sementara tunggu proses bukaan
Lepas "Check in" pukul 12.00 malam, saya tidak dapat tidur di wad walaupun nurse dan suami suruh rehat tidur. Saya bangun solat sunat hajat, taubat dan tahajut sepanjang malam. Saya juga membaca Al-Quran. Mohon Allah permudahkan bukaan. Kerana jika bukaan sudah besar, saya tidak perlu diinduce pada pukul 6 pagi nanti. Tapi masih tiada bukaan lebih dari 2cm dan saya diinduce. (syukur buka saja almari, sejadah dan telekung telah disediakan. ada juga selipar bilik )
d) Berdoa untuk tidak diinduce tablet tapi diinduce secara drip
Namun alhamdulillah bukan induce tablet di rahim (sakit sangat kalau induce tablet), saya diberikan peluang untuk diinduce secara drip (induce drip kita boleh control dan monitor level inducenya). saya difahamkan, induce drip hanya dibolehkan untuk bukaan 2cm ke atas. Bagi yang tiada bukaan atau baru nak masuk 1cm bukaan, jika diinduce perlu guna induce tablet untuk membantu proses bukaan .
e) Berdoa untuk tidak lama di labour room, boleh solat, boleh pergi tandas dan sebagainya kerana jika masuk labour room sangat leceh, sudah tidak dibenarkan turun dari katil
Masa hampir pukul 6 pagi, nurse datang minta saya bersedia, namun saya minta untuk tunggu sehingga saya selesaikan solat subuh kerana bila masuk labour room kita tak dibenarkan untuk bangun dari katil. Alhamdulillah, saya selesai solat subuh. Tunggu punya tunggu tak ditolak-tolak lagi. Akhirnya bidan datang cek, dan katanya saya ditangguhkan ke labour room kerana labour room penuh ketika itu. Mereka pasang drip induce di dalam wad biasa namun katanya prosuder sama macam di labour room, saya tidak boleh bangun dari katil. Anggap seolah-olah di labour room
Syukur, akhirnya saya dapat solat zuhur dan asar sekali sepanjang di induce di dalam wad,(saya di ajar cara jamak oleh Ustazah di hospital ini, katanya himpunkan asar di dalam zohor tapi kena buat 4-4. bermakna 4 rakaat zuhur, 4 rakaat asar). Allah perkenankan doa saya untuk dapat solat apabila masuk waktu zuhur. Saya jamakan sekali Asar. (ketika tunduk bangun solat terasa sangat ia membantu menolak bayi ke bawah lagi). Dan saya juga dapat pergi ke toilet untuk buang air kecil dan air besar secara normal tanpa perlu di tadah atau disedut seperti prosuder di labour room (saya pujuk nurse untuk buka tiub induce untuk ke toilet. walaupun berat, akhirnya mereka benarkan)
f) Berdoa untuk selesa sepanjang menunggu proses kelahiran
Oleh kerana saya di induce di wad, bukan di labour room, ibu ayah, anak-anak, suami dan keluarga boleh ziarah saya seperti biasa. (jika di labour room hanya seorang sahaja boleh masuk teman. Ibu atau suami sahaja).Siap saya makan minum seperti biasa. Saya boleh solat dan ke toilet seperti biasa. Alhamdulillah. Allah mudahkan saya. Akhirnya selepas asar, pukul 5 petang, saya ditolak ke labour room kerana labour room sudah ada kekosongan. Kali ini level induce saya terus dinaikan serta merta dari awal bacaan 4 dan 8, kini sudah dipusing kepada 16 sehingga 32 kerana mahu segerakan proses bersalin (sebelum itu haya dipasang level rendah kerana takut saya bersalin awal, labour room penuh)
g) Berdoa untuk teran sekejap sahaja
Masa saya masuk labour room, sekali lagi saya rasa sakit perut nak buang air besar tapi tak dibenarkan ke toilet. Saya tahu itu sakit mahu membuang sebab di wad tadi saya bantai makan macam-macam walau selepas dah di masuk ubat cuci usus. Saya minta tolong sangat mereka benarkan saya ke toilet sebelum saya naik atas katil di labour room tersebut dengan katakan saya mahu buang air kecil. Sampai di toilet, lega saya menunaikan segala hajat :)
Dokter, buat pemeriksaan, katanya saya sudah ada bukaan sebesar 4cm. Katanya mungkin pukul 8 malam baru bersalin. jadi semua orang keluar tinggalkan saya seorang di labour room sambil dengarkan alunan ayat quran dari corong speaker di bilik tersebut. Suami saya juga minta izin untuk dia naik atas untuk solat asar dan bersiap solat maghrib dan mandi, nanti dia turun semula. Namun sebaik suami tutup pintu, saya rasa seperti mahu terberak. saya tahu ini adalah rasa nak beranak.
Saat itu ada nurse yang sedang buka pintu kerana mahu ambil barang, saya jerit "rasa nak teran!". Nurse kelam kabut panggil bidan. Bidan datang dan kata, puan jangan teran ya, lama lagi ni, tadi dokter cek baru 4 cm kan, pukul 8 malam nanti insyaallah baru bersalin. Jangan teran dulu nanti koyak banyak.
Saya terus jerit "Nak keluar, nak keluar" (mana boleh tahan bila panggilan bersalin telah sampai). Bidan ke 2 datang dan periksa, "subhanallah, F!) (F maksudnya FULL: 10 cm). Bidan 1 tercengang, tadi doketr kata baru 4 cm). Masa yg sama mak dan abang saya ada di luar labour room dan lihat nurse berlari-lari cari dokter dan dokter berlari-lari datang. Mak tanya kenapa. mereka kata "Nisa dah nak bersalin" "Kami belum sedia apa-apa". Abang saya cepat-cepat call suami saya untuk maklumkan saya dah nak bersalin. Suami yang sedang dalam bilik air mandi di bilik air wad, terus bergesa turun ke labour room.
Saya lihat mereka kelam kabut sediakan peralatan bersalin. Saya mengerang "nak keluar, Allahuakhbar" "Allahukahbar". Kemudian saya nampak muka dokter, dokter kata "okey nisa, bismillah. teran ya" dan ketika itu saya nampak suami saya buka pintu, pegang tangan saya, dan saya kedengaran bunyi yang saya nanti-natikan. Allahukahbar. Sebaik suami tampung badan saya, dan tolak ke hadapan seperti yang diarahkan oleh dokter, terus baby keluar dan menangis. Allahuakhbar
h) Berdoa untuk tidak menghadapi situasi yang susah dan kritikal
Sebaik sahaja saya melahirkan, dokter kata " dah hijau air nya" Alhamdulillah, Allah mudahkan proses bersalin dan buka kan pintu hati suami untuk terima saya di induce, anak dah mula berak dalam rahim rupanya. Namun, bayi disahkan sihat dan selamat kerana baru sahaja berak di dalam rahim, belum sempat menelan. Kata dokter, saya tidak boleh bersalin normal tanpa diinduce kerana kedudukan rahim tinggi, baby tidak turun bawah dan dinding rahim tebal tidak mahu buka sendiri. Proses induce rupanya telah bantu mudahkan proses bukaan rahim saya.
Semasa melahirkan saya berasa kepenatan dan sakit yang amat lalu saya menangis. Apatah lagi apabila melihat dokter mula masukan benang ke dalam jarum untuk mulakan proses menjahit. Apabila dokter lihat saya menangis, dokter pujuk, "baiklah nisa, saya bagi ubat tidur ya. awak tidak akan rasa apa-apa masa saya jahit" . Dan saya terlelap. Sedar-sedar saja saya sudah sampai di wad.
i) Berdoa untuk tidak dibebani kos
Oleh kerana tiada insurans yang cover orang bersalin, maka kita perlu tanggung kos sendiri jika mahu bersalin di Az-Zahrah yang merupakan Hospital Swasta. (namun harga nya masih berbaloi dan rendah jika dibandingkan dengan hospital swasta yang lain).Saya berdoa agar tidak dikenakan kos yang tinggi. Kami ambil pakej bersalin dengan nilai RM1688 di mana saya turut menerima voucher untuk pakej spa Az-Zahrah selepas bersalin nanti (saya belum redeem lagi sampai sekarang, katanya expired selepas 4 bulan bersalin). Saya hanya dikenakan tambahan beberapa ratus ringgit lagi kerana ambil Induce, Ubat Bius dan Ubat Tidur :)
Suasana Islamik Di Hospital Az-Zahrah
Kenapa saya sangat mahukan sangat bersalin di Az-Zahrah?
Jika ada tempat bersalin yang gunakan kaedah dan suasana islamik pasti saya ke sana jua. Saya sarankan pada yang mencari tempat bersalin untuk bersalin di Az-Zahrah kerana berikut:
-Di gantung ayat Quran dan Doa berserta maksudnya di dinding
-Ayat suci Al Quran di alunkan di dalam wad bersalin
-Hanya ada dokter wanita sahaja untuk proses kelahiran
-Bilik wad disediakan Sejadah dan Telekung
-Di ajar cara jamak solat apabila sudah tiba masa masuk labour room
-Ustazah datang ke katil pesakit untuk ajar doa dan mendoakan sebelum bersalin
-Ustazah datang ke katil pesakit untuk ajar doa dan mendoakan selepas bersalin
-Sekiranya sudah masuk laboor room, nurse akan bantu ambil kan wuduk dan solat di atas katil sahaja kerana wajib solat selagi belum keluar darah nifas
-Sekiranya sudah masuk laboor room, nurse akan bantu ambil kan wuduk dan solat di atas katil sahaja kerana wajib solat selagi belum keluar darah nifas
-Ustazah bagi madu untuk ayah tahnik anak lepas bersalin
-Dokter dan nurse sentiasa ucapkan Bismillah sebelum melakukan prosuder
-Semasa Discharge diberikan beg saguhati beserta buku doa dan amalan ibu dan untuk anak bagi mengamalkannya selepas bersalin dan di rumah
-Semua nurse dan dokter memakai pakaian menutup aurat
-Suami atau ibu dibenarkan teman di labour room
-Suami disuruh azankan ditelinga anak selepas bersalin
-Di nursery bayi juga dipasang alunan Al-Quran
-Dokter nasihatkan sunat anak seawal usia bayi mengikut sunnah rasullullah
-Dokter nasihatkan sunat anak seawal usia bayi mengikut sunnah rasullullah
Jika ada pilihan, pilih lah yang terbaik
Saya nasihatkan untuk sebolehnya elakan Dokter Lelaki dan Dokter Non-Muslim untuk sambut kelahiran anak kita. Jagalah aurat kita sebaik mungkin. Apabila sudah tidak ada langsung dokter wanita barulah kedua dokter tadi dibolehkan. namun ia perlulah dalam situasi yang dipanggil "darurat"
Bagaimana mahu booking Pakej Bersalin di Hospital Az-Zahrah Bangi?
Call Hospital Az-Zahrah Bangi
Website mereka: http://www.azzahrah.my/
Saya copy kan maklumatnya di sini sebab ramai yang email mahu tahu lanjut
Ummi Package - RM 1688.00
Features:-
- FREE 1 TIME Usage of sauna
- Spa:
- 50% discount for 2 hour Spa Package
Each package offered includes
- Supervised by Gynecology and Obstetrics specialist (women)
- Accommodation for 2 days 1 night including meals
- Nursery, Blood Group Test, G6PD Test, TSH and compulsory injections (VIT K, BCG and HEP B1)
- CTG check-up (2 times 10 minutes per session)
- Baby check-up by specialist
- Medical equipment and basic pregnancy necessities
- 2 bedded room
Terms and Conditions
- Normal birth method
- Payment can be made using :
- Cash term
- Credit card
- Antenatal installment scheme before birth
- Antenatal check-up for at least 2 times with Gynecology and Obstetrics specialist
- Booking fee of RM300 is applicable for every package offered
- Additional charge may apply if additional equipment or medicine is required, or birth process that needs special procedure such as Vacuum, Forcep or Epidural
- Here are additional charges if:
- IOI (INDUCTION OF LABOUR) : RM400
- VACCUMM:
1) NORMAL VACCUMM : RM400
2) KIWI VACCUMM : RM500
- EPIDURAL : RM800
- FORCEP : RM400
Lepas bersalin, sehari dua kemudian, ada mummygrapher contact nak shootkan baby. Dan ini lah hasilnya. Siapa berminat boleh hubungi mummygrapher ini di sini:
Alhamdulillah kini, ibu dah sihat, anak dah membesar. Syukur Alhamdulillah. Kalau dapat anak lelaki jangan lupa sunat kan masa bayi!
Lepas bersalin, sehari dua kemudian, ada mummygrapher contact nak shootkan baby. Dan ini lah hasilnya. Siapa berminat boleh hubungi mummygrapher ini di sini:
Alhamdulillah kini, ibu dah sihat, anak dah membesar. Syukur Alhamdulillah. Kalau dapat anak lelaki jangan lupa sunat kan masa bayi!
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah
DAPATKAN EBOOK
RAHSIA TEKNIK BRANDING UNTUK DIRI DAN PERNIAGAAN
(RM55)
Tempahan boleh di buat dengan mengisi borang ini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
Whatsapp 0197720507 :) (lihat di side bar blog)
SURI PROFESIONAL : TIPS DAN PANDUAN DI RUMAH SEPENUH MASA
(RM50)
Tempahan boleh di buat dengan mengisi borang ini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
Whatsapp 0197720507 :) (lihat di side bar blog)
BERMINAT UNTUK BELAJAR BINA BLOG SENDIRI SECARA ONLINE?
RM250 sahaja. Masa belajar flexible. Ikut masa sendiri
Penulis memberikan latihan secara online.
Untuk daftar ke kelas blog secara online,
daftar ke kelas dengan mengisi borang ini
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
RM250 sahaja. Masa belajar flexible. Ikut masa sendiri
Penulis memberikan latihan secara online.
Untuk daftar ke kelas blog secara online,
daftar ke kelas dengan mengisi borang ini
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
Puan, boleh saya tahu berapa ya rate/ kos untuk bersalin di Hospital ini?
ReplyDeleteTerima kasih ya puan.
Email saya pun xpe: nurruadila@gmail.com
saay pon suka sangat dgn suasana di hospital az zahrah BB bangi..anak sulong ena bersalin di hospital putrajaya..anak keluar bakal lahir bulan 10 nanti, kami belom decide lagi nk bersalin kat mana.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih atas perkongsian menarik puan..terasa seperti saya berada dilabour room,turut mengalirkan air mata slps baca part puan menangis slps bersalin..
ReplyDeleteBetul siapa yang tak mahu bersalin di pusat rawatan yang kesemuanya wanita dari doktor hinggalah ke nurse,islamic environment tapi apakan daya di saat dan ketika kadang tak dapat walau sudah dibooking sama seperti saya sebelum ini,harapan anak ke3 insyaallah saya pun mahu merasai pengalaman seperti puan..tetapi rezeki saya semasa bersalin anak ke 2 di hospital pulau pinang semuanya doktor dan nurse perempuan,suami juga ada disisi saat melahirkan,dapat bersalinkan normal dengn bayi seberat 3.7kg alhamdulillah..semasa di wad pun mendapat layanan yang baik daripada nurse.Allah tu tahu apa yang ada dalam hati kita,apa yang terbaik untuk kita,hari2 saya doa moga dipermudahakan proses bersalin saya.
kos yang saya bayar hanya rm300++ alhamdulillah..masuk wad kelas 2..mungkin kalau kelas 3 bbrp puluh sahaja..tapi bagi saya berbaloi untuk bayar lebih kalau mampu,untuk daptkn khidmat yang islamic dan selesa.
Sekali lagi terima kasih atas perkongsian puan.
www.hazritakahar.blogspot.com
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih atas perkongsian menarik puan..terasa seperti saya berada dilabour room,turut mengalirkan air mata slps baca part puan menangis slps bersalin..
ReplyDeleteBetul siapa yang tak mahu bersalin di pusat rawatan yang kesemuanya wanita dari doktor hinggalah ke nurse,islamic environment tapi apakan daya di saat dan ketika kadang tak dapat walau sudah dibooking sama seperti saya sebelum ini,harapan anak ke3 insyaallah saya pun mahu merasai pengalaman seperti puan..tetapi rezeki saya semasa bersalin anak ke 2 di hospital pulau pinang semuanya doktor dan nurse perempuan,suami juga ada disisi saat melahirkan,dapat bersalinkan normal dengn bayi seberat 3.7kg alhamdulillah..semasa di wad pun mendapat layanan yang baik daripada nurse.Allah tu tahu apa yang ada dalam hati kita,apa yang terbaik untuk kita,hari2 saya doa moga dipermudahakan proses bersalin saya.
kos yang saya bayar hanya rm300++ alhamdulillah..masuk wad kelas 2..mungkin kalau kelas 3 bbrp puluh sahaja..tapi bagi saya berbaloi untuk bayar lebih kalau mampu,untuk daptkn khidmat yang islamic dan selesa.
Sekali lagi terima kasih atas perkongsian puan.
www.hazritakahar.blogspot.com
Alhamdulillah.tahniah atas kelahiran cahayamata. Saya pun bersalinkan anak kedua ni azzahra. Sememangnya pengalaman yg sangat berbeza berbanding anak pertama di govt hosp. Segala2nya dipermudahkan. Alhamdulillah
ReplyDeleteTahniah. Saya pun berniat nak bersalin di Az Zahrah jika dapat rezeki anak lagi nanti. Terima kasih atas info.
ReplyDelete