Pages

Saturday, 15 March 2014

Hidup Berubah Selepas Ada Ilmu Berniaga

Teks: khairunnisa hamzahara

Assalammualaikum

Salam Sejahtera & Salam Bahagia

Sukacitanya saya ingin sampaikan 
saya akan adakan satu bengkel untuk sesi perkongsian ilmu dengan orang ramai.
Sebelum ini, saya sudah melatih 36 orang secara atas talian (online)
iaitu di dalam kelas asas blog online yang mula saya jalankan
secara atas talian pada Julai 2013.

Kelas ini di sebenarnya diasaskan oleh sifu saya
Dan ilmu dan langkahnya diturunkan kepada saya dan juga beberapa orang yang lain.
Berbekalkan ilmu ini, dan juga pelbagai teknik dan langkah lain,
Alhamdulillah saya sudah mendapat "Master Key" tentang teknik Menjenamakan Diri dan Perniagaan
Di mana ia bukan sekadar mempunyai sebuah logo perniagaan malah ia lebih dari itu.

Semenjak menggunkan teknik-teknik ini,
Perniagaan dan perkhidmatan yang dahulunya saya buat secara hobi dan sambilan,
kini saya menjadi tidak menang tangan untuk menguruskan setiap tempahan yang masuk
hari demi hari. 

Bayangkan ,dahulu perniagaan perkhidmatan merekabentuk kediaman dengan lukisan 3d
sepi tanpa pelanggan dan mengharapkan kenalan memerlukan perkhidmatan saya.
Kini, bukan setakat kenalan dan saudara malah saya tidak menyangka
ramai pelanggan yang membuat tempahan adalah dari kalangan mereka 
yang tidak saya kenali.

Syukur Alhamdulillah. Allah berikan nikmat rezeki ini.
Baru saya sedar bahawa tanpa mentor, ilmu dan teknik yang betul
kita sering membuat kesilapan, kebingungan dan cepat berputus asa.

Selepas saya menyedari akan kepentingan ilmu dan teknik ini 
saya terpanggil untuk berkongsi dengan orang ramai akan ilmu dan teknik ini
agar semua orang boleh aplikasikannya dalam perniagaan masing-masing.

Siapa sangka, saya yang sudah 2 tahun bergelar suri rumah,
mampu membuat perkhidmatan di atas talian secara online dan mendapat kepercayaan orang ramai
untuk membayar perkhidmatan saya yang mana sekali perkhidmatan bernilai ratusan ringgit hingga ribuan ringgit.
Ini bermakna mereka percaya dengan perkhidmatan yang saya berikan walaupun secara online
tanpa bersua muka. 
Allahuakhbar, sungguh Allah itu Maha Berkuasa untuk menggerakkan hati hamba-hambanya.
Mimpi menjadi kenyataan,
Saya pernah bermimpi tentang saya menjadi ikon seperti Wardina Saffiya
Tapi ia di luar daripada perkara logik dalam kehidupan saya yang sepenuhnya di rumah.
Namun jika anda adalah antara yang mengikuti perkembangan saya,
pasti anda juga tidak percaya yang saya sudah mula muncul dan diketengahkan oleh Media Massa.
Pada tahun 2011, saya mula masuk majalah IMPIANA,
Kemudian Majalah Mingguan Wanita dan MIDI.
Setahun kemudian rancangan SAIYYA TV9 menjemput saya untuk membuat perkongsian 
personaliti dan kerjaya. Seterusnya satu demi satu rezeki dan jemputan bertambah.
Saya dijemput pula untuk menjadi penulis kolumn Kediaman Idaman oleh Majalah Era Muslimah
secara tetap setiap bulan dan baru-baru ini membuat sedikit perkongsian 
artikel tentang ubahsuai rumah di Suratkhabar Berita Harian Metro. Bulan lepas pula
saya menerima jemputan dari MHI dan membuat shooting tentang perniagaan Homestay keluarga kami
di MHI TV3.

Saya ingin kongsikan apa yang ajaibnya apabila Media Massa memperkenalkan kita?
Ya, semestinya bukan saya lebih dikenali oleh orang ramai,
malah ramai pelanggan baru yang mempercayai perkhidmatan saya
dan perlukan perkhidmatan saya. 
Ia lebih hebat sambutannya daripada saya mempromosikan perkhidmatan saya sendiri. 
Media Massa benar-benar membantu saya.

Allahuakhbar, lagi sekali ia membuatkan air mata saya mengalir.
Sungguh Allah tidak menghampakan setiap hambanya.

Kini dari rumah, saya sentiasa ada projek merekabentuk kediaman
kerana ada senarai Q tempahan rekabentuk yang tidak putus-putus.

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan.
Satu persatu langkah nya saya akan tunjukkan dan semua orang boleh lakukannya.
Insyaallah saya ingin sangat berjumpa anda semua di bengkel yang pertama kalinya saya berani lakukan secara live.

Sangat penting bagi saya untuk latih anda semua sehingga boleh lakukan seperti saya
atau lebih dari itu. Setiap ilmu yang diamalkan pasti ada hasilnya!

Jumpa saya di:
BENGKEL BRANDING YOURSELF & BUSINESS STRATEGIES
Lokasi :     Melaka        / Kuala Lumpur  /     Kelantan
Tarikh :  5 April 2014     /    6 April 2014  /    26 April 2014
Masa ; 9:00pagi - 5:00 petang
Saya sudah masukkan sedikit agenda dan kesimpulan apa yang setiap peserta akan pelajari di bengkel ini di sini:
http://bengkelbranding.blogspot.com/
Untuk pendaftaran boleh isi borang bengkel di sini:
http://bengkelbranding.blogspot.com/p/1.html

Walaupun ia sesi perkongsian ilmu, 
saya maklumkan bahawa saya perlu letakkan sedikit yuran untuk
kos pengurusan bengkel, krew, barang persediaan , cenderhati , bilik seminar dan sebagainya .Ianya bagi keselesaan dan kemudahan anda semua sepanjang bengkel ini.

Saya juga perlu berenggang sebentar dengan keluarga dan anak-anak di hujung minggu kerana ingin berkongsi ilmu ini dengan orang ramai. Alhamdulillah suami merestuinya dan dia juga menggalakkan saya berkongsi dengan orang ramai. Katanya mungkin orang lain tidak ada masa berkongsikan cara dan menyebabkan ramai orang masih belum tahu. Sedagd saya punya masa itu.

Saya ingin kongsikan juga pengalaman saya selama ini.
Setiap sesi ilmu yang dibayar dengan yuran tertentu akan
lebih saya hargai dan pasti saya akan bertindak mengikut teknik yang di ajar
apabila  sekembalinya di rumah kerana saya tidak mahu mensia-siakan duit tabungan
yang digunakan untuk melabur bagi menuntut ilmu ini. 

Saya berpegang kepada biar lah melabur pada ilmu kerana ia akan lebih dihargai dan tinggi nilainya
pada diri kita sehingga kita pasti akan lakukan mengikut ilmu tersebut atau melangkah lebih jauh.

Saya pernah mempunyai peserta yang hanya ada rm15 sahaja di tangannya ketika itu,
Namun saya katakan dia masih perlu membayar yuran yang sama untuk dia hargai nilai yang di ajar.
Berkat kesungguhan, dia mengumpul duit dan akhirnya masuk ke kelas saya yang ketika itu hanya bernilai rm130 sahaja.
Alhamdulillah, kini dia merupakan antara peserta kelas yang grad paling cepat dari kelas saya dengan 
aktiviti perniagaan yang rancak. 
Katanya nilai yang dilaburkan dahulu sangat sedikit jika dibandingkan dengan nilai yang dia dapat sehingga kini.

Saya mahu semua orang merasakannya kerana saya sendiri merasakannya. 
Dahulu saya makan gaji, kemudian setahun berhenti kerja dengan kebuntuan dengan menjadi suri rumah sahaja.
Kini saya sudah menjadi WAHM (working mother at home) dan melakukan perkongsian ilmu di merata tempat.
"Jika saya yang lemau pun boleh buat, pasti anda yang hebat juga mampu melakukan sesutau yang lebih hebat"
Baiklah, saya berikan link bengkel sekali lagi untuk anda tahu tentang meklumat bengkel ini. 
Semoga kita dapat berjumpa di sana. Jemput bawa keluarga dan sahabat anda sekali ya.

Wassalam,
Jazakallah ;)
Link Bengkel : http://bengkelbranding.blogspot.com

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com
www.rekabentuk3donline.com





No comments:

Post a Comment