Pages

Friday, 8 November 2013

Walau Di Rumah, Masih Bekerja

Teks: khairunnisa hamzahara



Dalam kehidupan tiada istilah berhenti kerja
kerana "bekerjalah kamu seperti hidup seribu tahun lagi"
Walau di rumah, masih bekerja
Malah bertambah kerjanya
Dulu masa kerja di pejabat selalu lihat perkataan "Tugas Hakiki".
Perkataan Inilah antara yang menampakkan semula diri ini dengan "Tugas Hakiki" sebenar.
Bermula dengan keberanian Mengambil semula Tugas Hakiki ini telah menjadikan diri semakin bersemangat kerja setiap hari kerana Tugas hakiki ini memerlukan kekuatan mental, rohani dan jasmani. Disamping bekerja untuk kebajikan keluarga, bekerja juga untuk memenuhi tuntutan sosial. Membantu orang lain menyelesaikan masalah dengan kemahiran dan pengetahuan yang ada. Tidak sekalipun menyembunyikan dan mendiamkan kepakaran dan pengetahuan ciput yang ada. Apa yang ada, sentiasa disalurkan. Setiap hari tugas semakin bertambah. Siapa kata "berhenti kerja" dengan majikan itu bermakna seorang itu telah "berhenti kerja"? Malah sebenarnya kerjanya makin bertambah. Seseorang mempunyai pilihan untuk "bekerja" dengan cara yang bagaimana. Di akhir pemikiran, semuanya kembali kepada fitrah, pulang "bekerja" di rumah dan jangan pernah persoalkan soal rezeki. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 

Salah satu usaha yang telah pun terbukti berkesan, mengusahakan kreativiti dan perniagaan di alam maya. Istiqomah "bekerja" setiap hari membuka jaringan internet setiap hari seperti pergi ke pejabat setiap hari adalah salah satu pilihan yang ada di depan mata. Dari pengalaman sendiri, Belum pernah lagi perlu keluar rumah untuk berurusan. Ini bermakna tidak mustahil membuat sesuatu 100% di atas talian. Bukan sekadar bercakap kosong tapi diri ini sendiri pernah dan telah melaluinya, dan kini mula berjalan pada landasannya, kini sedang berlari-lari anak sambil mengajak ramai lagi yang ingin ikut serta. Ayuh berlari bersama.

Untuk "bekerja" di alam maya, sediakan "paltformnya" setelah "platformnya" siap, kukuhkan dengan "semangat" dan "disiplin". Tanpa semangat dan disiplin, buat apa pun tak jadi. Untuk yang bersedia untuk membina platform ini, binalah mengikut langkah-langkah asas. Carilah mentor untuk tidak ulang kesilapan. Modul telah disediakan. Langkah telah dipastikan. Tinggal kemahuan sahaja. Ayuh daftar ke kelas asas blog iaiatu asas dalam membina platform di alam maya. 

KHAIRUNNISA HAMZAHARA
{senibina kehidupan di rumah}

Mula bina platform di alam maya di sini:

No comments:

Post a Comment