Pages

Tuesday, 8 October 2013

Hiasan Dalaman Rumah Teres Pelan Terbuka-Rumah Shima

Teks: khairunnisa hamzahara

TEMPAHAN REKABENTUK DARI TUAN RUMAH


Alhamdulillah saya baru sahaja menyiapkan rekabentuk hiasan kediaman rumah seorang pelanggan yang merupakan sahabat di Facebook peribadi Nisa Nua yang membuat tempahan rekabentuk melalui page FB rekabentuk saya iaitu 3D LOOK . Semasa mula -mula dapat pelan dari si tuan rumah melalui email, saya mengambil masa beberapa hari untuk berfikir tentang dekorasi yang terbaik buat kediaman milik tuan rumah ini. Kediaman yang dimiliki agak bersaiz comel namun ruang yang ada sememangnya menarik untuk direkabentuk dengan konsep pelan terbuka. Ini selaras dengan permintaan dari tuan rumah selepas menjawab soalan analisa dari saya tentang jenis bagaimanakah konsep kediaman yang diminati dan diperlukan dalam aktiviti dan kehidupan tuan rumah bersama seisi keluarga.

PELAN TERBUKA & KONSEP MODERN MINIMALIST

Pemilik kediaman ini masih muda dan belum mencecah 30an. Pastinya ketika usia sebegini, rekabentuk hiasan kediaman bercirikan konsep modern minimalis menjadi pilihan utama. Jadi saya selaku yang bertanggungjawab untuk melaksanakan rekabentuk hiasan dalam kediaman milik sahabat ini, perancangan susun atur perabot di lakukan dengan sangat teliti agar ruang tidak nampak sempit dan yang paling penting setiap inci ruang di manfaatkan.



Pada entry ini saya akan berkongsi sedikit tentang idea rekabentuk ruang bawah yang berkonsepkan ruang terbuka untuk kediaman ini. Bermula dari pintu masuk tetamu akan dapat melihat keseluruhan ruang di bahagian bawah ini di mana pandangan terus ke dapur tanpa sekatan. Untuk membuat dinding sekatan pula, ruang akan nampak lebih sempit. Jadi saya membuat beberapa pendekatan bagi mengelakkan ruang nampak sempit dengan cara menjadikan setiap ruang berguna dan berfungsi dengan aktif.

RUANG LOBI DAN SUDUT GALERI

Bermula dari pintu masuk utama, di sudut ruang tangga, saya letakkan sebuah bangku panjang untuk di duduki oleh tetamu yang kurang rapat. Tetamu ini akan duduk sebentar di sini sementara menunggu tuan rumah bersiap atau sementara menunggu tuan rumah menjemputnya untuk duduk ke ruang tamu. Di sini juga sebagai ruang rehat selepas makan di meja makan. Bagi penghuni rumah, ruang ini boleh digunakan sebagai ruang rehat dan membaca majalah serta membelek album-album keluarga. Ini bererti ruang yang kecil masih boleh dimanfaatkan. Jika dibiarkan kosong, ruang ini dipanggil negatif space. iaitu ruang yang tidak dimanfaatkan/tidak digunakan. Kalau boleh, dikediaman, pastikan setiap ruang dimanfaatkan sebaiknya ya :)

Gambar : Ruang Lobi dan ruang galeri 


RUANG TAMU DAN RUANG MENONTON

Gambar : Ruang Tamu digabungkan dengan ruang menonton
Ruang TV dan ruang tamu digabungkan bagi menjimatkan ruang. Dalam satu ruang kita bole adakan pelbagai aktiviti terutamanya seperti di ruang ini. 2 jenis kerusi digabungkan agar lebih ceria dan nampak lebih luas berbanding menggunakan 1 jenis kerusi di mana semua nampak sama , bosan dan sempit. Boleh dipadankan sama ada dengan kerusi santai di depan pintu sliding kaca yang mengadap taman atau menggunakan 2 buah kerusi single yang boleh diubah posisi dan boleh di alihkan bagi tujuan aktiviti yang berlainan. Susunan di option 1 adalah susunan untuk tuan rumah yang sering menerima kunjungan tetamu di mana susunan kerusi berbentuk U bagi tujuan berborak dan berbincang dengan memandang muka satu sama lain. 

Bagi option 2 pula, sofa berbentuk L dan kerusi bangku digunakan untuk keselesaan seisi keluarga di mana sofa L selesa untuk bersantai menonton TV dan berbaring. Manakal kerusi bangku panjang pula untuk menghayati suasana 2 hala, di dalam rumah dan di luar rumah. Konsep sebegini lebih santai. Pokok hidup sesuai diletakkan di penjuru rumah mengadap pintu kaca untuk menerima cahaya matahari. Bagi menaikkan susana dan nampak lebih kemas, kabinet TV di pasang dan di letakkan cermin gelap di sisi kiri dan kanan kabinet. Di dinding belakang sofa pula diletakkan lukisan yang diminati oleh tuan rumah seisi keluarga. Lampu berdiri yang boleh dilentur pula digunakan di malam hari bagi pencahaya buat tuan rumah bagi sekiranya ingin membaca majalah atau buku di sini. 


RUANG MAKAN , BAR, DAN RUANG DAPUR


Gambar : ruang makan, meja bar dan ruang dapur
Oleh kerana kediaman ini adalah rumah tepi dan ada bukaan dinding menuju ke taman, ruang makan menjadi ruang yang sangat mencabar dan menjadi island di dalam rumah. Di mana penghuni dan pengunjung perlu melalui di tepi meja makan ini sebelum ke dapur atau ke ruang tamu. Oleh itu, bagi mengelakkan laluan yang sempit, saya menasihatkan tuan rumah untuk membeli meja makan 4 seat atau 6 seat sahaja. Dan jangan lupa, bagi menaikkan mood di meja makan, letakkan pasu kaca berbunga di atasnya.

Bagi menampakkan pembahagian ruang yang lebih kemas, 3 panel kayu di bina sebagai membahasakan laluan ke dapur adalah peribadi dan ia juga menghala ke bilik bawah iaitu bilik tetamu. Meja bar di bina dan memuatkan 2 stool bar bagi tujuan sarapan pagi dan membuat kerja melalui gadget (laptop, ipad, hp, etc) di meja bar sahaja tanpa perlu menyepahkan ruang yang lain. Lebih-lebih lagi apabila telah dapat panggilan , bakal terima kunjungan tetamu sebentar lagi. Meja bar dijadikan sebagai ruang kecil untuk membuat kerja dan makan tanpa perlu menyentuh ruang lain. Menarik bukan? Masih ramai yang tertanya apa keperluan melangkapkan rumah dengan meja bar? Nah, ini saya sudah jawap. Harap dapat membantu pembaca sekalian yang masih sedang berkira-kira dalam menata rias kediaman masing-masing :)


"Sebenarnya rumah yang kecil juga boleh dihias dengan baik

Tidak ada alasan untuk tidak menghias rumah yang kecil

Rumah merupakan kediaman seisi keluarga 
Jadi, di rumah lah bermulanya semangat untuk bekerja 
di awal pagi. Dapur & Tempat makan pula adalah nadi
kehidupan di rumah tersebut. Berikan keselesaan bagi yang
memasak, kerana bila dia selesa dengan ruang kerjanya,
hasil masakannya nanti pasti menyelerakan.
Hidangan penuh dengan kasih sayang. Bayangkan jika ada kediaman
tapi dapur tak berasap, maka hilanglah nadi kediaman tersebut.
Para suami, tak rugi jika bermurah hati untuk menyediakan dapur
idaman untuk si isteri , kelak seribu masakan boleh datang dr dapur ini.
Biar kecil tapi masih ada gaya.

Untuk tempahan rekabentuk ruang di kediaman, bolehlah layari di sini :https://www.facebook.com/3Dviewing atauhttp://khairunnisahamzahara.blogspot.com/ saya juga menerima pertanyaan melalui email :khairunnisahamzahara@gmail.com

Di harap, sedikit sebanyak saya telah menjawap pertanyaan di email yang berderet bertanyakan tentang "Bagaimana ya, rumah yang saya beli berkonsepkan pelan terbuka. Saya pening nak design rumah saya. Nah, saya sudah jawap danmungkin ia boleh dijadikan guideline. Jika masih pening, boleh hubungi saya ya.

Sampai di sini dahulu, kita sambung di lain entry untuk kediaman yang lain
Akhir kata, wassalam


//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
Senibina KEhidupan Di Rumah

************************************************************************************************


Nota: Saya selaku Guru Online di Akademi Bekerja Di Rumah mengalu-alaukan pendaftaran semua pembaca ke 2 kelas Online yang kami jalankan bagi membantu perkembangan ilmu / perniagaan. Kelas tersebut ialah :

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang 2 kelas ini boleh layari di sini :http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html


5 comments:

  1. Assalamualaikum, boleh saya tahu. Reka benda ni pakai application apa? *ASAP THANK YOU

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam, saya gunakan program sketchup untuk melukis. Boleh lah cuba :)

    ReplyDelete
  3. Waalaikumusalam, saya gunakan program sketchup untuk melukis. Boleh lah cuba :)

    ReplyDelete
  4. Good info..tq

    Jemput ke blog saya
    Www.liyanahealthcare.com
    Liyana

    ReplyDelete