Teks: khairunnisa hamzahara
Assalammualaikum
Sudah 2 minggu kita berhari raya, pasti banyak perkara yang menyeronokkan disamping sanak saudara. Yang paling seronok pastinya anak-anak kecil yang sememangnya tidak sabar menunggu ketibaan aidilfitri semenjak awal bulan Ramadhan lagi. Apa yang ditunggu oleh mereka adalah bukan setakat duit raya tetapi mereka dahagakan aktiviti kunjung- mengunjung ke rumah sanak saudara , bermain dan bergurau senda sebelum tibanya rutin biasa setelah cuti hari raya ibu bapa mereka tamat.
Semasa berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan, saya rasa seronok melihat keletah anak-anak saya yang sudah besar dan pandai bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Kadang-kadang saya turut menemani mereka bermain di bilik mainan kanak-kanak lain di rumah yang kami sedang berkunjung. Wahh, banyak nya mainan yang disediakan oleh ibu bapa mereka. Saya hanya tersenyum melihat keletah anak-anak saya yang seakan jakun dengan beberapa jenis mainan yang mereka tidak pernah bermain. Sedang saya lihat, anak tuan rumah pula telah rasa jemu dengan mainan tersebut. Mereka tidak endahkan mainan yang dipegang oleh anak-anak saya. Si ibu juga menyapa anak-anak saya, "pergilah main, di dalam bakul mainan tu ada banyak mainan lagi"
Mungkin cara orang lain tidak sama dengan cara kita dalam mendidik anak-anak. Jika kita dedah kan anak-anak dengan permainan yang mahal, mereka akan jadi seorang anak yang pasti ingin membeli mainan yang mahal jika pergi ke sesebuah shopping kompleks. Jika anak kita gemarkan teknologi , pasti dia melekat saban hari dengan teknologi. Pucuk pangkalnya, kita, selaku ibubapa yang sebenarnya mengajar anak kita. Jika anak-anak kita tidak boleh berenggang dengan TV, kita juga lah yang telah mencorakkannya.
Gambar: Masih belum terlambat, pupuk kan anak dengan minat membaca sejak kecil lagi. Sekurang-kurangnya biasakan mereka memegang buku atau kertas setiap hari. |
Ingatkah kita, pada awal-awal pembesaran mereka, kita lah yang membeli kan mereka mainan tersebut, kitalah yang sogokkan teknologi dan gadget sebab tidak ada masa nak melayan kerenah anak. janji diam. kita jugalah yang bukakan rancangan kartun untuk anak-anak tonton dan jangan kacau kita. Natijahnya apa? natijahnya, mereka melekat dengan semua yang kita sediakan dan kita sogokkan. Ia seperti buai, puting, bantal busu, semua ini bukannya anak kecil pandai minta tapi kita yang sediakan dan akhirnya mereka melekat dengan semua ini.
Gambar : Jadikan buku dan kertas sebagai perkara yang sangat menarik. Ini akan melahirkan anak yang cintakan buku (ilmu) |
Bagi pendapat saya, biarlah dari kecil, kita biasakan mereka dengan buku, kertas, pensil, biarlah mereka minat dan cintakan ilmu. Ketika masih bayi, belikan mereka buku-buku kecil yang diperbuat daripada material seperti plastik yang direka khas untuk anak-anak kecil menggigit dan mengunyah. Biar mereka melekat dengan buku tersebut yang mempunyai gambar dan ejaan huruf yang merupakan ilmu pertama mereka, dengan bongkah-bongkah kain yang bertulis dengan huruf-huruf jawa, rumi dan nombor.
Gambar : Pilih kan mereka buku yang mengandungi banyak aktiviti dan berbentuk pelbagai bagi mengelakkan mereka cepat bosan. |
Ketika mereka mula membesar, gemarkan mereka dengan buku-buku aktiviti, buku puzzule, buku yang boleh di buka dan di cantum, buku berbentuk 3D, buku yang boleh dicoteng, di color, buku yang berbunyi, buku yang boleh di lipat dan dikoyak atau apa saja jenis buku dan kertas. Pasti kelak ke mana pergi mereka tidak hiraukan permainan tetapi mereka akan seronok bila ke kedai buku atau stationary. Tak apa, ini adalah perkara positif, kelak pasti mereka cintakan ilmu. Ini lah yang terjadi pada anak-anak saya. Pantang ke kedai buku. Bangun pagi, celik mata, masuk ke bilik mainan mereka. Yang rata-rata adalah buku dan aktiviti kad atau aktiviti menulis dan melukis. Mainan? masih ada tapi yang ada hanyalah mainan berbentuk puzzle, dan lego. Saya suka bila anak-anak habis kan masa dengan bermain lego dan menunjukkan hasil binaan lego mereka setiap hari. Ini membantu mereka untuk menjadi seorang pereka cipta dan menggerakkan otak kanan mereka. Elakkan mainan patung dan kartun atau watak-watak kartun popular di TV, antara natijahnya jika anak-anak mula kenal karakter kartun di TV dan patung mainan karakter tersebut, anak-anak boleh menjadi seorang yang suka admire kepada pelakon atau watak di TV dan menjadi idola mereka semasa mereka sedang membesar seusia remaja. Seperti anak remaja yang menampal poster artist di dalam bilik mereka. Ini semua pengaruh semasa kecil, terlalu menyukai sesuatu karakter. Minta dijauhkan, dekatkan anak dengan ilmu. Cintakan ilmu agama dan ilmu dunia.
Wallahualam
Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
pendaftaran untuk menyertai kelas asas blog dan penulisan kini dibuka untuk sesi kedua. untuk keterangan lanjut boleh lihat di sini :
Quote "Biar mereka melekat dengan buku tersebut yang mempunyai gambar dan ejaan huruf yang merupakan ilmu pertama mereka, dengan bongkah-bongkah kain yang bertulis dengan huruf-huruf jawa, rumi dan nombor."
ReplyDeleteWahhh Kakak dan Adik belajar huruf2 jawa. Mak Long pun kenal huruf jawa ni. nak tumpang belajar boleh..heheheh
Setuju...
ReplyDeleteSy pun sgt kurang belikan mainan utk anak. Tak tau jenis mainan yg mcm mana yg dpt bantu mereka belajar.
Kalau kite tak ajar mereka beli mainan, diorg takkan merengek kat kedai2 kalau kite tak belikan...