Harga yang perlu saya bayar kerana bekerja.
Teks : Mariatul Qiptiyah
sumber :http://mariatulqiptiyah.blogspot.com/2013/07/harga-yang-perlu-saya-bayar-kerana.html
Sambungan Kisah Saya 10 Tahun Yang Lepas...
Menjadi seorang wanita bekerjaya memang jadi satu kebanggaan. Apatah lagi masih bujang. Bangga dipuji pandai berdikari dan hidup sendiri. Apatah lagi kerja saya menuntut saya berpindah jauh dari kampung halaman di Selatan atau 'hometown' saya di Kuala Lumpurs. Selepas bertugas di Kuala Lumpur selama 2 tahun, saya diarahkan berpindah ke Johor Bahru. Lima tahun di sana diarahkan pula bertugas ke Pulau Mutiara. Berpindahlah saya lagi. Baru 2 tahun di Pulau Pinang, sekali lagi saya diarahkan berpindah cuma kali ini lebih jauh dari biasa. Dalam sejarah 110 penubuhan Jabatan saya bertugas, ini kali pertama pegawai jabatan ini diarahkan bertugas ke Sarawak dan Sabah. Ya, akhirnya saya di sini, di Bumi Kenyalang. Sememangnya setiap yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya. Syukur alhamdulillah di sini saya bertemu dengan jodoh saya.
Pengalaman bekerja dan berpindah ke tempat yang jauh dari keluarga dan kampung halaman banyak mengajar saya erti ikatan kekeluargaan dan bersaudara. Bila tinggal jauh dari keluarga dan kampung, banyak yang saya ketinggalan. Majlis-majlis kahwin sepupu dan anak buah, kenduri kendara, cuti-cuti emak saya dengan keluarga makcik-makcik yang lain. Seringkali juga bila saya telefon emak, emak sudah berada di kampung berkumpul dengan saudara mara, atau berada di tempat2 percutian dengan adik-adik. Saya rasa sedih. Rasanya saya banyak ketinggalan segala keseronokkan bila sering tiada dengan mereka.

Selain itu, saya juga sering jadi yang paling lewat sampai bila ada
kecemasan. Sekali seorang pakcik saya meninggal, kemudiannya 2 orang
sepupu saya pula yang kembali ke rahmatullah. Ketiga-tiga kalinya saya
lambat sampai ke kampung. Jenazah sudah selamat dikebumikan baru saya
hendak sampai. Tidak dapat saya menatap wajah mereka buat kali terakhir.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan
yang diredhai Allah.
Kejadian-kejadian ini menyebabkan saya sering berfikir sendiri. INILAH
HARGA YANG PERLU SAYA BAYAR KERANA PEKERJAAN INI. Di sebalik gaji dan
kelebihan lain yang saya terima, ada yang lain pula terpaksa saya
lepaskan. Jadi apa yang perlu saya lakukan agar perkara seperti ini
tidak berterusan?
Saya mencuba bermacam-macam cara dan idea. Pelbagai perniagaan telah
saya cuba. MLM, ejen insurans, berniaga terus, berniaga online pakaian
kanak-kanak dan lain-lain. Hummm, nampaknya semuanya tidak menjadi lagi.
Sehingga kini saya masih tercari-cari lagi jalan keluar saya. Saya tahu
saya perlu buat sesuatu. Jauh di sudut hati saya tersimpan satu azam
untuk berhenti kerja dan buat sesuatu yang membenarkan saya punya jadual
waktu yang fleksibel untuk semua perkara. Namun, untuk merealisasikan
impian berhenti kerja bukan satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang
perlu dipertimbangkan. Tambahan pula masih ada lagi hutang-hutang yang
perlu di lunaskan.
Alhamdulillah setelah berumahtangga, perkara ini saya bawa berbincang
dengan suami. 'Proposal awal' kata saya. Reaksi suami ternyata seiring
dengan hati saya. Kami bersetuju saya akan menjadi surirumah sepenuh
masa satu hari nanti. Namun kami perlu lakukan pelbagai persediaan baik
dari segi mental dan fizikal. Baik dari segi kewangan, rohani dan restu
kedua ibu bapa kami. Saya perlu yakinkan kedua belah keluarga tiada apa
yang rugi malahan menguntungkan. Saya juga tidak mahu terlalu
membebankan suami dengan hutang-hutang dan perbelanjaan saya.
Satu hari hati saya terbuka untuk respon kepada seruan sepupu saya Nisa Nuar atau Khairunnisa Hamzara untuk
mendapatkan bantuan dan berkongsi pengalamannya berhenti
kerja seterusnya menjadi suri rumah sepenuh masa yang berjaya. Dari sifu
saya yang comel dan ceria ini saya mula mengenali WAHM, SAHM dan SOHO.
Darinya juga saya sedang mula mengikuti Kelas Asas Blog Online sebagai
permulaan saya menjadikan cita-cita saya untuk menjadi Suri Rumah
Sepenuh Masa Yang Superb satu realiti. Awalnya saya fikir, apa salahnya
saya mencubakan. Insyaallah, mana tahu inilah jalannya. Chaiyo Mariatul
Qiptiyah!!! Jangan berhenti berharap dan berusaha!!!
..............................................................................................................
Terbuka kepada semua pembaca untuk sertai kelas asaas blog dan penulisan, untuk keterangan lanjut tentang kelas, tinggalkan pesanan di khairunnisa@gmail.com atau di official FB khairunnisa Hamzahara
Baru perasan ada Entry ni.. hehehe..
ReplyDelete