Pages

Saturday, 3 March 2018

Lukisan dan seni warna khat sebagai perhiasan dinding di rumah

Allahuakhbar. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah sebab ketemukan kami dengan sifu Tuan Ahmad Affzan Abdullah hari ini. Buat pertama kali mommy rasakan hasil pembelian joran (ilmu) yang sangat berbaloi. Tuan Affzan turun padang bukan memberi ikan. Tapi memberi joran. Kami hanya perlu usaha untuk memasang kail dan membaling joran selepas ini. Sama ada di laut dalam atau ditepi pantai itu terpulang pada masing-masing. Atau mahu memancing di sungai mahupun di tepi terusan di rumah sendiri. Lontaran nanti ikut lah gaya lontaran sendiri. Semoga Allah gandakan rezeki nikmat kehidupan yang lebih baik hari demi hari kepada sifu kami ini. 

34 tahun hidup baru mommy tahu cara buatnya. Cubaan sendiri makan bulan nak buat tapi tak jadi juga. Belajar dengan sifu satu hari saja balik dah boleh gantung di rumah kita. Allahuakhbar.








Dari sebuah kanvas yang kosong, kami di ajar segala-galanya tentang asas penggunaan cat arkilik dan penulisan khat. Tak percaya semuanya dalam satu hari sahaja. Masa dalam kelas duk fikir dalam kepala "Balik ni mommy nak letak bawah lampu spotlight. Biar lampu tembak naik kan seri lagi. Lepas ni tinggalkan asahkan kemahiran khat ikut rekaan masing-masing" 

Rasa ini lah terapi paling indah pernah mommy ikuti. Menulis khat saja perlu tarik nafas dalam sebelum jalankan berus kerana berus perlu jalan senafas.

Kata tuan guru “sebab tu orang yang membuat seni khat nyawanya panjang. Sebab mereka buat senaman pernafasan”

Anak-anak kata “balik mommy ajar kitaorang pula. Nak jual dekat mualim mualimah”






Upgrade nilai ruang.
Lukisan kanvas khat

Siapa nak tempah seni khat, roger mommy ni ya. InsyaAllah kita buat ikut kehendak setiap orang. Nak tulis apa? Warna apa? Saiz apa? Serahkan pada yang dah pakar ni :)

Senibina kehidupan di rumah


x

3 comments: