Teks: khairunnisa hamzah
Imej : Google, Pinterest, Koleksi Peribadi
Rumah
mesra anak
Ingat tak masa kita
kecil dahulu?
Seronok kita bermain di rumah tanpa larangan. Begitu juga di luar
rumah. Kita seronok bermain dengan kawan-kawan. Kadang-kala sudah maghrib baru
kita pulang ke rumah. Saat kita pulang ke rumah, rumah sudah pun kemas dan tiba
masa untuk kita siapkan diri untuk makan, solat dan mengaji sebelum kita masuk
ke bilik tidur.
Itu corak kehidupan
zaman kecil kita.
Bagaimana pula
corak kehidupan zaman kecil anak-anak kita sekarang ini?
Sedar tak kita yang
anak-anak kita tidak hidup bebas seperti kita dahulu?
Anak-anak kita
sekarang lebih elok berada di rumah berbanding di luar rumah.
Kerana apa?
Kerana faktor
persekitaran yang tidak mesra lagi dengan anak-anak kecil dek kerana
kegelojohan pembangunan di mana-mana dan juga ketirisan ekonomi yang sedang di
alami di Negara kiita.
Ia menyebabkan
persekitaran rumah kita kini mengalami pencemaran alam sekitar, pencemaran
gejala sosial, penyebaran penyakit berjangkit, dan paling menakutkan adalah
jenayah penculikan kanak-kanak yang semakin berleluasa.
Oleh itu, anak-anak
lebih banyak berada di rumah berbanding di luar rumah. Bagi memberikan
persekitaran yang baik buat anak-anak membesar, kita perlu mula memikirkan
keperluan anak-anak di rumah agar ia tidak memberikan tekanan kepada anak-anak
kerana perlu berada di rumah.
Ini kerana fitrah
anak-anak itu sukakan kebebasan, kegembiraan dan suka membuat eksperimen baru
setiap hari.
Jadi selaku ibu
bapa , apakah yang kita boleh lakukan agar rumah kita menjadi mesra kepada
anak-anak?
Sebelum saya mengupas
lebih lanjut tentang perkara ini, mari kita bincangkan dahulu bagaimana fitrah
sifat seorang anak kecil? Dari sini , kita akan cuba lakukan sesuatu agar kita
tidak menghalang fitrah kelakuan anak-anak ketika berada di rumah Di bawah ini
adalah antara fitrah anak kecil yang telah dikenal pasti :
1. Suka
mencuba
2. Suka
membuat bising
3. Suka
menyepahkan
4. Suka
makan dengan banyak dan pelbagai
5. Suka
teknologi canggih
6. Suka
bermain di luar
7. Suka
bergerak aktif
8. Suka
binatang
Daripada sifat
fitrah anak-anak kecil yang kita dapat kenalpasti seperti di atas, apakah yang
boleh kita sediakan di rumah agar rumah kita mesra dengan fitrah anak-anak
tadi?
Suka untuk saya
mengingatkan diri kita bersama agar tidak menghalang fitrah anak kecil ini.
Kerana apabila kita menghalang, kita telah membantutkan proses perkembangan
mental, jiwa dan fizikal mereka.
Baiklah, saya cuba
tonjolkan antara perkara yang boleh kita lakukan untuk memenuhi fitrah
anak-anak kecil ini di rumah kita sendiri:
Suka
mencuba
Anak-anak kecil
suka mencuba perkara baru. Mereka mahu membuat apa yang dibuat oleh orang lain.
Terutamanya oleh ibu bapa atau adik beradik sendiri. Misalnya, jika ibu membuka
laci untuk mengambil barang, anak kecil juga akan cuba membuka laci untuk
mengambil barang.
Untuk keselamatan
anak, elakkan mempunyai perabot dan kelengkapan rumah yang tinggi. Terutamanya
untuk tempat simpan barang yang sering digunakan atau yang disukai oleh anak.
Jika anak kecil
melihat ibunya ambil biskut dari almari gantung di atas dapur, boleh jadi anak
kecil akan usaha untuk cuba memanjat dapur bagi mendapatkan balang biskut
tersebut. Sebaiknya kita sediakan almari di bahagian bawah untuk simpan makanan
anak-anak. Di kala usia kecil, mereka sibuk mahu mencuba sendiri. Berikan
mereka pengalaman berusaha sendiri mendapatkan biskut mereka.
Suka
membuat bising
Anak bukanlah
kereta control yang mempunyai remote. Atau bukan juga seperti televisyen yang
boleh di laraskan volume suaranya. Bercakap kuat ketika bermain dan bergelak
ketawa itu perkara biasa yang mereka suka lakukan. Jika tetamu datang ke rumah,
adakah relevan untuk kita menyuruh anak kita diam?
Pasti tidak senang
duduk mereka.
Sebaiknya kita
sediakan satu ruang untuk anak-anak bermain riang dengan bebas. Ibu bapa boleh
sediakan bilik mainan anak dengan penebat suara. Penebat suara boleh dihasilkan
dengan memperbanyakkan kelengkapan di dalam bilik tersebut seperti sofa,
karpet, langsir, almari , bantal besar, teddy bear dan sebagainya. Lagi banyak
barang, lagi ia menebat suara. Apabila pintu ditutup, suara anak bermain sudah
kedengaran sayup sahaja. Saya pernah melihat bilik yang ditebat dinding nya
dengan bekas telur. Ia benar-benar menyerap bunyi. Main drum pun rumah masih
tenang, tidak keluar bunyi apabila pintu ditutup.
Suka
menyepahkan
Letih kan? Sebaik
kemas, sepah semula. Biasalah. Nama pun anak kecil. Sifat mereka memang suka
ambil benda kemudian tidak pula menyimpan kembali. Selepas tertarik dengan
benda lain, benda yang tadi ditinggalkan saja di tempat dia berada buat kali
terakhir tadi.
Jadi apa ibu bapa
boleh buat?
Ibu bapa boleh
wujudkan sistem storage di merata tempat. Setiap ruang ada sistem storage tersendiri.
Ini sangat membantu terutamanya jika tiba-tiba menerima kunjungan tetamu dan
kita tidak sempat untuk menyimpan kembali barang yang dikeluarkan oleh anak.
Atau, ibu bapa
boleh sediakan bilik khas untuk anak puas punggah barang untuk bermain. Jika
ada lebihan tanah diluar, boleh lah sediakan ruang bermain anak di luar rumah
seperti bangsal permainan seperti di dalam cerita-cerita orang putih yang kita
tonton. Cumanya pastikan ia di bawah pokok atau di bawah anjung rumah. Ini
kerana iklim Negara kita sangat bahang ketika tengah hari dan petang.
Suka
makan dengan banyak dan pelbagai
Anak-anak kecil
suka sangat makan. Jika tidak ada sistem kawalan, pasti rumah cepat meleket dan
kotor. Apa tidaknya, ketika tangan meleket atau mempunyai coklet, sekejap saja
sudah di lap ke langsir atau sofa.
Ciptakan satu ruang
makan untuk anak kecil. Di sini mereka boleh bebas menikmati makanan tanpa
bebelan orang tua. Kerusi dan meja mengikut saiz dan ketinggian mereka. Warna
yang digunakan juga adalah warna yang ceria. Sediakan balang-balang comel untuk
mengisi makanan snek yang digemari. Temani mereka untuk habiskan makan dan
minum di situ.
Pasti mereka berasa
anda ibu bapa yang sangat menyanyangi mereka kerana menemani dan menyediakan
tempat makan khas buat mereka. Sebenarnya ia adalah satu sistem untuk
memastikan rumah anda terkawal daripada kekotoran yang disebabkan oleh makanan.
Suka
teknologi canggih
Sekarang anak seawal
usia 1 tahun pun sudah mahu cua sendiri pasang wayer charger. Mereka senantiasa
tertarik untuk memetik suis dan cuba sendiri memasang plug. Awas! Sudah banyak
kita dengar berita tentang kisah kematian anak kecil yang suka menarik wayer
yang sedang berarus elektrik.
Suis elektrik boleh
dipasang di dalam kabinet atau di ubah ke kedudukan yang tinggi. Yang boleh
dicapai oleh orang dewasa saja. Suis elektrik di bawah sebenarnya tidak relevan
dan membahayakan keadaan. Selain daripada bahaya anak bermain suis elektrik, ia
juga bahaya apabila berlakunya banjir dan ditenggelami air.
Bagi anak yang suka
kan teknologi ini, ibu bapa sebaiknya charge bateri gadget secukupnya terlebih
dahulu. Kemudian barulah “menghidangkan” gadget di ruang khas untuk bermain. Di
ruang ini ibu bapa boleh memantau aktiviti anak bersama.
Suka
bermain di luar
Sudah lumrah
kanak-kanak kecil sukakan kebebasan. Ruang dalam rumah yang sempit tidak sesuai
dijadikan medan permainan mereka kecuali ruang tersebut lapang dan tidak
mempunyai perabot yang membahayakan. Untuk bermain luar kawasan rumah seperti
di padang dan jalan raya pula perlukan pantauan orang tua.
Apa yang boleh
dilakukan adalah ibubapa boleh mewujudkan ruang permainan anak khas di bilik
kosong, di anjung rumah atau di laman. Antara aktiviti yang boleh disediakan
adalah seperti buaian, ruang untuk menari dan berlari, serta ruang untuk
mengekspresikan diri. Sebab itu kita biasa melihat orang putih menyediakan
pondok permainan anak mereka di laman belakang rumah. Di sini ibu bapa boleh
memantau anak mereka ketika memasak dan berkebun di laman.
Suka
bergerak aktif
Anak- kecil suka
berkejaran. Mereka aktif bergerak dari awal bangun sehingga menutup mata
kembali. Setiap saat boleh berlaku keadaan yang tidak di duga. Ada ibu bapa
yang takut memikirkan keselamatan anak mereka sehingga mereka lebih “rela” “mengosongkan”
rumah. Tiada apa-apa perabot di rumah bagi mengelakkan berlaku nya kejadian
yang tidak diingini.
Namun begitu, jika
ada peruntukan, ibu bapa boleh memasang lantai dengan lantai lamina kayu. Ia
tidak sekeras lantai simen. Kecederaan apabila terjatuh di lantai kayu tidak
seteruk lantai simen. Lebih baik jika lantai di alas dengan fabric tebal
seperti karpet. Untuk elakkan dari anak terhantuk ke dinding pula, boleh
letakkan bantal-bantal besar di tepian dinding. Perabot yang digunakan
sebaiknya perabot yang tidak mempunyai bucu yang tajam. Sekiranya sudah membeli
perabot yang mempunyai bucu yang tajam, ibu bapa boleh dapatkan “safety corner”
yang ada dijual di kedai atau di Lazada. Ia menutup bucu tajam dan
menjadikannya membulat.
Suka
binatang
Seorang anak jiran
saya pernah dinasihatkan oleh dokter pakar untuk membela haiwan peliharaan. Ini
kerana anaknya begitu aktif dan tidak fokus kepada setiap perbuatan. Apabila
dia diberikan tanggungjawab khas, dia menjadi seorang yang lebih
bertanggungjawab.
Bagi ibu bapa yang
turut membela haiwan di rumah untuk anak-anak, wujudkan satu ruang khas untuk
anak-anak bermain dengan haiwan peliharaannya seperti di belakang rumah atau di
anjung rumah. Sebaiknya elakkan haiwan dari masuk ke dalam rumah.
Dengan muwujudkan
taman khas untuk membela haiwan ini, anak merasakan dia mempunyai satu ruang
yang sangat istimewa untuk dia pergi setiap hari.
Suka
menulis dan membaca
Menulis dan membaca
adalah satu skill baru yang didambakan oleh anak kecil. Mereka mahu segera tahu
membaca dan menulis. Oleh itu ini akan menjadi aktiviti wajib mereka setiap
hari. Mereka akan terus menerus melakukan aktiviti ini.
Sekiranya tiada
tempat khas yang disediakan untuk menulis sejakd ari awal, anak kecil akan
perlahan-lahan cuba menulis di lantai dan di dinding. Ibu bapa boleh
menyediakan ruang untuk anak-anak menulis dan membaca. Jika anak sangat aktif
dan masih mahu menulis di dinding, kini sudah ada cat dinding yang boleh di
conteng dengan kapur dan pensil warna. Sebaik selesai menulis, ibu bapa boleh
membersihkan dinding itu kembali.
Untuk aktiviti
membaca, sediakan reading corner khas buat anak dengan buku yang sentiasa
ditukar ganti. Kerana anak cepat bosan dengan buku yang sama. Simpan separuh
buku dan selang selikan berada di situ untuk setiap minggu yang berlainan.
Tahniah kepada ibu
bapa yang berhempas pulas menyediakan keperluan si anak kecil. Percayalah usaha
anda sangat berbaloi. Kerana anak yang dihargai akan lebih menyanyangi kedua
ibu bapanya dan orang di sekelilingnya. InsyaAllah!
Khairunnisa Hamzah
Penulis Buku
Supermama Terbitan Telaga Biru
Penasihat Kediaman
Online/ Penulis/Perekabentuk / Blogger
@ Blog Panduan
Untuk Kediaman Idaman
untuk dapatkan buku supermama boleh whatsapp penulis di 0197720507 |
No comments:
Post a Comment