FAEDAH BILA DAH BOLEH MEMBACA
Pagi ini Dia minta tolong ayat yg ke enam.
"Mummy tuliskan!"
Alhamdulillah. Sambil bermain dia cuba menghafal. Mudah saja bila anak dah pandai membaca.Perkara mula2 Allah tugaskan Malaikat Jibril ialah ajarkan rasullulah kita "iqra"! (Bacalah!). ajarilah anak membaca sejak kecil lagi. Insyaallah (dengan izin Allah) Ia tidak menjadi bebanan pada anak kecil tetapi menjadi senjata dan kelengkapan bagi anak kecil kita mengharungi dunia yang penuh pancaroba pada masa hadapan. Biar mereka tahu lebih awal. Biar mereka matang lebih awal.
Tiada istilah dalam islam "kalau awal dah tahu nanti mereka bosan" . Yang ada dalam islam ialah " Tuntulah ilmu sejak dari buai hingga ke tiang lahad". Usah melambat-lambat dalam menuntut ilmu
Allahuakhbar
Hayya A'lal Falah
Senibina kehidupan di rumah
No comments:
Post a Comment