Pages

Thursday, 19 November 2015

TIPS SERONOK BEKERJA DARI RUMAH #23

Teks: khairunnisa hamzahara



TIPS SERONOK BEKERJA DARI RUMAH #23
----------------------------------------------------------

OUTSOURCE KERJA + VIRTUAL STAFF+ GUNA TOOLS, SISTEM & APLIKASI ONLINE

Ramai yang merungut kerana tidak dapat menguruskan kerja dari rumah. Dan sehingga ada yang membuat keputusan akhirnya untuk meletakan anak di bawah jagaan pusat pengasuhan sama seperti masa bekerja di luar rumah bersama majikan dahulu. 

Namun sebenarnya perlu memahami semula tujuan bekerja dari rumah.
Adakah kerana mahu kebebasan bekerja tanpa tuan/majikan?
Adakah kerana mahu keselesaan?
Adakah kerana mahu bebas mengejar pendapatan tanpa batasan masa?
Atau adakah kerana mahu mengasuh anak dan menjaga rumah?


Ketika menjawab persoalan ini barulah kita dapat mengenalpasti apakah keutamaan yang telah kita letakan. 

Saranan saya biarlah bekerja dari rumah itu kerana Allah Taala bagi menyempatkan kita menyempurnakan tanggungjawab sebenar. Kerja dari rumah yang boleh menjana pendapatan itu dijadikan sampingan bukan keutamaan. 

Tidak menang tangan?

Ya, saya juga pada mulanya semua buat sendiri. Lama kelamaan emosi dan fizikal juga terbatas. Akhirnya setelah melalui beberapa episod pengalaman dan sesi bertukar ilmu dengan mereka yang lebih berpengalaman, untuk hasilkan kerja dari rumah yang konsisten dan makin maju kehadapan, kita perlu mula untuk :

Membahagikan Tugasan.

Antara kaedah pembahagian tugasan apabila bekerja sendiri dari rumah, kita boleh membuat :

1. Outsource tenaga untuk menguruskan kerja rumah
2. Upah virtual staf untuk kerja-kerja digital dan online
3. Gunakan tools, sistem dan aplikasi online sedia ada


Buat kata sifu-sifu yang berpengalaman,
jangan kita jadi bekerja untuk duit
tapi biarlah duit yang bekerja untuk kita.


Jadi nya duit yang masuk,
digunakan semula untuk memudah kan kerja kita.
Apabila kerja mudah, kita lagi ringan badan dan minda.
 

Ini bermakna kita mudah untuk fikirkan langkah seterusnya.
Dan lebih ceria di rumah tanpa menjadikan anak-anak atau urusan rumah sebagai bebanan lagi.


Saya kongsikan salah satu laman untuk dapatkan virtual staff yang sering saya gunakan untuk memudahkan kerja saya. Semoga ia membawa manafaat kepada semua. Namun sekiranya masih was-was atau samar-samar cara menggunakan virtual staff ini, boleh dapatkan khidmat saya untuk urusan yang sama seperti yang tersenarai pada laman ini. Laman yang saya maksudkan adalah berikut: https://www.fiverr.com

Selain itu khidmat dari saya adalah seperti berikut: https://rahsiabranding.aztetic.my/
 
Khairunnisa Hamzah
senibina kehidupan di rumah
www.khairunnisahamzahara.com www.surirumah.com (dalam pembinaan) http://rekabentuk3donline.blogspot.com

No comments:

Post a Comment