Pages

Sunday, 15 November 2015

SETIAP ORANG BERHAK MELANTIK AGEN NYA SENDIRI MAKA LANTIKLAH AGEN TAKAFUL DAN INSURANS WANITA ANDA SENDIRI

SETIAP ORANG BERHAK MELANTIK AGEN NYA SENDIRI


Apa peranan seorang agen?
Agen ini peranannya sebagai pembantu yang memudahkan cara dan proses sesuatu perkara. Jika dibaca melalui laman wikipedia, agen bermaksud :


" in commercial law, is a person who is authorized to act on behalf of another (called the principal) to create a legal relationship with a third party "

kiranya agen ini sebagai orang tengah yang berlesen tentang sesuatu perkara bagi mewujudkan perhubungan dengan pihak ketiga

Misalnya :
agen hartanah memudahkan proses mencari, menjual dan membeli hartanah antara penjual dan pembeli

agen produk memudahkan proses menjual dan membeli produk antara pemilik produk dan pembeli

dan banyak lagi bidang yang memerlukan agen untuk memastikan sesuatu proses itu berjalan lancar di mana agen menjadi penasihat ,pembantu dan perunding cara dalam sesuatu bidang yang dimahirinya dan mempunyai lesen terhadap skill dan pengetahuan terhadap bidang tersebut antaranya adalah :

agen pilihanraya
agen bebas
agen penulisan
agen media
agen sukan
agen bakat kesenian
agen orang asing
agen politik
agen hartanah
agen pelancongan
agen pendidikan

dan banyak lagi.

namun di malaysia ada 1 agen yang orang Melayu kita kebanyakannya melarikan diri sedang ditempat lain berebut mendapatkan khidmat agen ini untuk urusan kemudahan mereka pada masa hadapan.

Apakah ia?

Ya, agen insurans atau kini dipanggil agen takaful!! 

Kenapa ramai melarikan diri?

Kerana mereka ingat agen ini mahu ambil duit mereka
Tapi bila "agen kad kredit" menghampiri, laju pula mereka mendekati 


Kad kredit = membawa hutang = peleburan = beban
Takaful = memberikan dana = pelaburan = perlindungan kewangan


Jadinya boleh kah seseorang itu terus direct dengan syarikat insurans/ takaful tanpa ada agen nya sendiri?

Jawapannya boleh.

Namun adakah mudah untuk berhubung dengan syarikat insurans/takaful apabila mengahdapi musibah dan ingin membuat tuntutan?

Mana lagi mudah? terus lalui agen atau kaunter pertanyaan syarikat insurans/takaful? lagi-lagi bila agen yang dilantik itu adalah kawan sendiri atau orang yang memang kita kenali? 

Di kaunter person in charge tak kenal kita
Mungkin kita kena lalui pelbagai prosuder
Proses mungkin memakan masa dan belum tentu lagi tuntutan di layan. 


Kerana apa? 

kerana orang kaunter tiada hubungan dengan kita.

Bagaimana pula jika kita lantik agen?

Ya, agen dapat membantu menguruskan dan memberikan pelbagai maklumat serta penyelesaian terhadap kes tuntutan dan segala proses dengan takaful/insurans. Malah dengan adanya agen mungkin kita tidak perlu urus kan apa-apa lagi. semuanya diuruskan oleh agen (namun ikut budi bicara agen tersebut) 


Kerana apa?

Kerana apa yang dibayar tiap-tiap bulan pada takaful/insurans adalah terus kepada syarikat. Bukan kepada agen. Ini bermaknan agen betul-betul hanya membantu. Mereka mendapat "gaji" dari syarikat insurans/takaful. bukan dari kita (klien). Ia tidak seperti di bidang lain di mana agen dibayar "gaji" di atas kerja yang dilakukannya oleh klien yang melantiknya. Di sini agen bantu memudahkan cara namun tiada bayaran dikenakan.

Jika begitu kenapa masih ramai yang melarikan diri apabila mendengar seseorang sahabat atau kenalan itu adalah agen insurans?

jika kita faham, kita berebut ingin melantiknya. sedang dia sedikit pun tidak meminta upah atas servisnya. di sini dia memainkan peranan dengan ikhlas. Ada juga kes tengking dan memaki agen bagaikan mereka membayar agen tersebut rm1 juta sebulan.

Oleh itu saya dengan rendah dirinya
memaklumkan saya adalah agen takaful/insurans.
Jika sebelum ini suami saya sebagai agen insurans rakan2 saya,
mulai saat ini dan tahun-tahun seterusnya saya sudah berdaftar sebagai agen takaful dan telah lulus peperiksaan serta syarat yang dikenakan ke atas seorang agen ( ini lah exam yang saya ambil pada bulan lepas bagi menjayakan saya berstatus agen yang sah kepada sahabat-sahabat di sini selepas mendapat permintaan ramai ke atas agen wanita bagi membincangkan hal-hal sulit tentang wanita :))



Keutamaan saya adalah untuk memberikan perkhidmatan takaful kepada:
- wanita samaada suri rumah atau bekerja di luar rumah
- anak-anak kecil
- bakal pemilik rumah baru yang membuat pinjaman perumahan

Jika di sini ada yang kategori di atas, dan pening nak buat insurans/takaful ke tidak, tak tahu macammana, kini saya ready untuk jadi agen kalian tanpa bayaran (hanya khas untuk kategori di atas ya)

Kenapa wanita berhak melantik agen wanita nya sendiri?

Kerana wanita perlu malu untuk membincangkan hal sulit tentang wanita kepada agen lelaki

Kerana wanita sukar berterus terang kepada agen nya jika agennya lelaki 

Kerana wanita lebih memahami wanita 

Kerana wanita mudah berhubung dan menjalinkan hubungan erat sesama wanita tanpa was-was dan melindungi batasan syariat

Nak lantik saya jadi agen takaful?

Whatsapp atau email saya dan nyatakan hajat nya :)


Mummy dah jadi agen takaful berdaftar di seluruh Malaysia
Pilihlah agen takaful "free" anda dengan bijak
Anda yang menetukan siapa agen anda.
Keistimewaan lantik mummy : mummy datang rumah dapat free khidmat idea untuk rekabentuk rumah. wahh dapat 2 dalam 1. dapat perunding takaful + perunding kediaman. 

Okey tak?

fahrin banyak soalan. mummy kena explain a lot. akhirnya, kata fahrin "Puan nisa ada kad?". kata saya "Okey ini kad saya, next kita sambung lagi ya

Khairunnisa Hamzah
work at home mom
senibina kehidupan di rumah
www.khairunnisahamzahara.com
whatsapp 0197720507
email : khairunnisahamzahara@gmail.com

No comments:

Post a Comment