Teks: khairunnisa hamzahara
Sebelum ini saya ada kongsikan tentang kelebihan menggunakan cadar patchwork di entry post yang lepas. Kali ini saya nak kongsikan pula tentang Cadar Patchwork yang diperoleh dari The Cotton Three pula. Pada entry yang lepas, saya kongsikan gambar queen yang dipasang dengan cadar patchwork corak dedaun. Cadar ini menjadi kesukaan anak lelaki saya yang berumur 4 tahun. Hampir setiap waktu dia akan cuba menyelinap masuk ke bilik saya semata-mata untuk baring dan tidur di atas katil saya kerana memakia cadar patchwork ini. Dia sangat selesa sampaikan dia menyampaikan hajat ingin memiliki cadar patchworknya sendiri di bilik nya.
Agak sukar saya memperoleh cadar patchwork saiz super single sebabnya kebanyakan yang menjual hanya menjual saiz Queen dan bercorak bunga-bunga. Namun, Alhamdulillah, The Cotton Three telah menunaikan hasrat anak lelaki saya untuk memiliki cadar patchworknya sendiri bersaiz super single dan bercorak untuk kanak-kanak lelaki.
The Cotton Three sentiasa follow up dengan saya sama ada cadar patchwork telah sampai ke rumah atau belum.
Semasa sampai nya cadar patchwork ini, ia beralamatkan rumah orang tua saya. Jadi saya message orang tua untuk pasangkan cadar di rumahnya dan snap kan gambar untuk saya lihat. Sebab tak sabar nak tengok. Orang tua pun layankan saja. Oleh kerana di rumah orang tua saya tidak ada katil single, ibu saya pasangkan cadar tersebut di katil queennya dan ambil gambar sebelah katil sahaja untuk nampakan efek katil single :)
saya tunjukan gambar yang di whatsapp oleh ibu saya kepada anak lelaki saya. Oh, dia sungguh tidak sabar untuk pulang ke rumah neneknya untuk dapatkan cadar patchworknya. Sampai saja di rumah nenek, terus dia tanya "mana cadar adik, nenek?". Esoknya masa mahu pulang ke rumah kami, perkara pertama yang dia sibukan adalah nak mengangkat beg cadar patchworknya. Sesampai saja di rumah, sebaik melangkah masuk dia bersuara "Daddy, pasangkan cadar adik!".
Alhamdulillah, selamat sampai dan pasang cadar patchwork di katil anak bujang. Apa lagi, setiap hari dia tidur di katilnya. kalau nak tengok tv pun dia akan ambil bantal patchwork ini untuk baring di depan tv. Benarkah sampai begitu sekali? Ya, anak lelaki saya yang berumur 4 tahun memang gemar cadar patchwork. Mungkin kerana kainnya cotton dan selesa buat kanak-kanak. Jika kanak-kanak selesa , apatah lagi orang dewasa dan orang tua, kan?
Beg nya diberikan sekali, mudah untuk simpan semula cadar ini jika tidak digunakan. Beg ini lah yang si anak bujang bawa ke hulu ke hilir.
Ni rupa nya bila dah pasang di katil si anak bujang
Dapatkan cadar patchwork untuk bilik sendiri, bilik anak mahupun bilik mak ayah kita untuk keselesaan tidur di malam dan siang hari. Kalau tempah dengan The Cotton Three, hari ini adalah hari terakhir untuk dapatkan nilai promosi. Hubungi The Cotton Three untuk membuat tempahan dengan hanya membayar rm50 sahaja!
TEMPAH DI THE COTTON THREE
harga diskaun sah sehingga 12 Mac 2015 sahaja!!
Oleh kerana hari ini hari terakhir dapat harga promosi,
saya juga tidak ketinggalan untuk order lagi cadar patchwork ini untuk IBU dan anak perempuan saya. saya pilih corak yang ber kod di bawah untuk mereka :
untuk ibu
Oleh kerana hari ini hari terakhir dapat harga promosi,
saya juga tidak ketinggalan untuk order lagi cadar patchwork ini untuk IBU dan anak perempuan saya. saya pilih corak yang ber kod di bawah untuk mereka :
untuk ibu
No comments:
Post a Comment