Pages

Tuesday, 28 October 2014

TEMPAHAN REKABENTUK LOTENG MENJAHIT DI RUMAH TERES SETINGKAT

Teks: khairunnisa hamzahara

Alhamdulillah,
Selesai menyiapkan rekabentuk hiasan dalaman ruang kediaman yang ditempah oleh sahabat FB di sini. Menariknya tempahan yang dibuat, selain menempah rekabentuk ruang tamu, ruang kedua dan ruang makan, pemilik juga mahu merekabentuk loteng di bahagian bilik kedua di rumahnya yang biasanya di rumah teres satu tingkat akan ditinggikan siling untuk menerima pencahayaan dari lubang air well. Di ruang loteng ini, pemilik mahu jadikan ruang untuk menjahit kerana di rumah pemilik penuh dengan mesin menjahit dan perkakas jahitan. Di sini, saya sertakan beberapa imej rekabentuk, selebihnya akan dikongsikan di entry yang seterusnya.

* Tutup program design, seterusnya buka pula microsoft word untuk menyediakan artkel tentang kediaman untuk Majalah Era Muslimah bagi keluaran seterusnya. Mak buyong sedang pecut laju menyiapkan tugasan

*Ebook Tips Ibu Boleh Bekerja dan Berkarya Dari Rumah InsyaAllah akan mula diedarkan pada mereka yang menempah pada 15 NOV 2014. Teruskan berusaha!

NOTA: Maaf sekiranya admin tidak membalas message. Boleh terus hubungi perekabentuk, Pn.Khairunnisa di talian whatsapp 0197720507 untuk sebarang tempahan.





No comments:

Post a Comment